e-Housemen: Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Lantikan Baru

e-housemen
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

e-Housemen merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan Pegawai Pergigian Gred UD41 lantikan baru membuat permohonan penempatan mereka.

Calon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.

Dengan penggunaan porrtal ini, pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan.

Selai itu, permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”.

Artikel berkaitan: MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA

Pengenalan

e-Housemen merupakan portal di bawah sistem e-Placement yang telah diperkenalkan pada bulan September 2022 yang lalu bagi membolehkan pegawai yang mendapat tawaran jawatan tetap di KKM membuat pemilihan penepatan secara dalam talian.

Pegawai yang berkaitan akan menerima emel notifikasi mengenai pembukaan permohonan untuk penempatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum permohonan dibuka.

Harap maklum bahawa portal e-Housemen ini hanya boleh digunakan oleh pegawai perubatan yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian perubatan yang telah tamat pengajian.

Artikel berkaitan: e-Placement: Permohonan Penempatan Pegawai KKM Lantikan Baru

Proses permohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41

Infografik di atas adalah proses lantikan Pegawai Perubatan Gred UD41.

Jika anda boleh dilihat, pada langkah ke 4 barulah sistem e-Housemen boleh digunakan untuk membuat permohonan penempatan.

Cara daftar

Pemohon yang layak mendaftar adalah berdasarkan pengumuman surat tawaran yang diuruskan oleh pihak SPA dalam jangka waktu yang ditetapkan mengikut kumpulan (batch).

Pengumuman berkenaan dengan calon-calon pemohon juga
yang layak juga akan dimaklumkan melalui secara email.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dalam sistem e-Housemen:

  1. Layari laman web e-Housemen di alamat https://ehousemen.moh.gov.my/auth/main
  2. Sila scroll ke bawah dan klik pada hyperlink “Pendaftaran Baru
  3. Lengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan butiran seperti yang diminta
  4. Setelah itu, anda akan mendapat emel pengesahan pendaftaran bersama-sama maklumat untuk log masuk ke akaun anda

Log masuk sistem

Anda boleh log masuk akaun e-Housemen anda melalui halaman utama.

Scroll ke bawah dan klik pada hyperlink “Log Masuk” di halaman tersebut.

Cara membuat permohonan penempatan

Pemohon yang ingin membuat permohonan penempatan boleh melihat manual panduan di bawah:

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah ketika menggunakan portal e-Housemen ini, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut