Sebahagian sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Dual Language Programme (DLP) sama ada di sekolah rendah atau menengah.
Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada murid untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Mengenai Dual Language Programme Malaysia (DLP)
DLP merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran bidang Sains dan Matematik yang ditetapkan oleh KPM.
Ianya adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
DLP dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan KPM secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.
Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung.
Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
Objektif DLP
DLP dilaksanakan di sekolah bagi mencapai objektif berikut:
- Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid melalui PdP mata pelajaran Sains dan Matematik serta mata pelajaran yang berkaitan.
- Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global.
- Meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan.
Kelebihan DLP
Terdapat beberapa kelebihan program antaranya:
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya mereka yang berbahasa Inggeris di rumah.
- Meningkatkan daya ingatan murid bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang tinggi.
Kriteria Sekolah
Terdapat 4 kriteria sekolah untuk melaksanakan DLP iaitu:
- Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi
– Sekolah hendaklah mempunyai guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengajar mata pelajaran bidang Sains dan/atau matematik dalam Bahasa Inggeris.
– Sekolah hendaklah mempunyai bilik darjah dan/atau bilik-bilik khas yang mencukupi untuk melaksanakan PdP DLP. - Pengetua/Guru Besar (PGB) mempunyai perancangan untuk melaksanakan DLP
– PGB hendaklah mengadakan perbincangan bersama-sama guru dengan bimbingan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang merangkumi aspek seperti guru, murid, bilik darjah, dan sumber PdP bagi memastikan keberkesanan dan kelangsungan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah. - Permohonan daripada ibu bapa/penjaga
– Sekolah hendaklah menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka.
– Ibu bapa/penjaga yang memohon perlu dimaklumkan jika bilangan permohonan adalah tidak mencukupi bagi pembukaan kelas yang melaksanakan DLP. - Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
– Peratus pencapaian Tahap Penguasaan Minimum Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan UPSR dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu SPM sekolah bagi tahun sebelumnya hendaklah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian yang ditetapkan oleh KPM.
Mata Pelajaran DLP
Mata pelajaran DLP di sekolah adalah seperti berikut:
i- Sekolah Rendah
- Sains
- Matematik
ii- Menengah Rendah
- Sains
- Matematik
iii- Menengah Atas
- Sains
- Sains Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik
- Matematik Tambahan
Senarai Sekolah
Senarai sekolah yang melaksanakan DLP di seluruh negara adalah seperti berikut:
Permohonan Pelaksanaan DLP Di Sekolah
Permohonan pelaksanaan program ini di sekolah mestilah mengikut carta alir berikut:
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Dual Language Programme Malaysia, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.
Baca juga: Cuti Umum 2025 & Cuti Sekolah Malaysia KPM