Apakah doa Nuzul Quran yang boleh anda baca untuk menyambut malam yang penuh keberkahan ini?
Nuzul Quran merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang menandakan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini berlaku pada malam 17 Ramadan di Gua Hira ketika malaikat Jibril menyampaikan firman Allah kepada Rasulullah SAW.
Oleh itu, umat Islam menyambut malam ni dengan penuh keinsafan dan penghayatan terhadap kebesaran Al-Quran.
Baca juga: Salam Nuzul Quran – Contoh Ucapan, Quotes dan Poster Menarik
Kepentingan Nuzul Quran
Nuzul Quran bukan sekadar memperingati turunnya wahyu pertama, tetapi juga menekankan kepentingan Al-Quran sebagai panduan hidup. Kitab suci ini mengandungi ajaran yang membimbing umat manusia dalam setiap aspek kehidupan, baik dari sudut keimanan, ibadah, akhlak, mahupun muamalat.
Dengan memahami makna dan tafsir ayat-ayat suci, kita dapat mengamalkan ajaran Islam dengan lebih sempurna.
Baca juga: Nuzul Quran : Peristiwa 17 Ramadan & Peng ajaran
Doa Nuzul Quran
Pada malam yang penuh keberkatan ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, zikir, dan membaca Al-Quran.
Walaupun tiada doa khusus yang harus dibaca pada malam tersebut. Namun berikut adalah salah satu doa yang boleh diamalkan pada malam Nuzul Quran:
1. Doa Memohon Keampunan (Diri)
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahaladzim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih
"Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain Dia, yang hidup dan berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku."
2. Doa untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina adzabannar
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
3. Doa Memohon Kesihatan
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بصري لا إله إلاَّ أَنْتَ
Allahumma ‘afini fi badani. Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashar
"Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku."
4. Doa Memohon Syafaat Al-Quran
اللهُمَّ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ الأَرْضَ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا أَبَد بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatika kamaa nawwartal ardha binuuri syamsika abadan abada birahmatika yaa Arhamarraahimiin
Trending sekarang"Ya Allah, terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan matahari-Mu selamanya berkat rahmat-Mu wahai Zat yang paling mengasihi."
5. Doa Memohon Keampunan (Ibu Bapa)
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا
Rabbighfirli wa liwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira
"Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil."
6. Doa Khatam Al-Quran
اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآنِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً،الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِل، وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.Allaaahummarhamnaa bil qur’aani. waj’alhu lanaa imaaman wa nuuran wa hudan wa rohmah. allaaahumma dzakkirnaa minhu maa nusiinaa wa ‘allimnaa minhu maa jahilnaa. warzuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaar. waj’alhu lanaa hujjatan yaa rabbal ‘aalamiin.
"Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam."
Amalan yang Digalakkan pada Malam Nuzul Quran
- Membaca dan Tadabbur Al-Quran – Luangkan masa untuk membaca dan memahami makna ayat-ayat suci.
- Solat Sunat dan Qiyamullail – Laksanakan solat sunat seperti tahajud dan witir bagi mendapatkan keberkatan malam yang istimewa ini.
- Memperbanyakkan Doa dan Zikir – Berdoalah agar mendapat rahmat dan keampunan Allah.
- Bersedekah – Membantu mereka yang memerlukan sebagai tanda syukur atas nikmat Al-Quran.
- Menghadiri Majlis Ilmu – Ikuti kuliah atau tazkirah yang membincangkan keagungan Al-Quran.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Nuzul Quran merupakan peristiwa yang perlu dihayati dengan penuh keinsafan dan kecintaan terhadap Al-Quran. Dengan memperbanyakkan doa dan amalan soleh, kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mengukuhkan keimanan.
Semoga kita semua menjadi golongan yang mencintai Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.