Doa Masuk Pasar – Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Doa Masuk Pasar - Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Doa Masuk Pasar – Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Pasar adalah merupakan salah satu tempat jual beli yang sering kita kunjungi untuk membeli barang keperluan. Ataupun, sebagai penjual yang berniaga di situ. 

Tahukah anda, terdapat satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW apabila masuk ke pasar?

Doa ini mempunyai kebaikan yang besar untuk sesiapa yang membacanya iaitu Allah menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Doa Masuk Pasar. 

BACA JUGA: Doa Nabi Daud โ€“ Agar Dicintai Allah

Doa Masuk Pasar

Berikut ialah doa yang anda boleh baca apabila masuk ke pasar:

Maksudnya: 

Tiada Tuhan yang kayak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya segala kepujian, Dia yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Maha Hidup dan tidak akan mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. 

Doa Masuk Pasar - Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Hadis Berkaitan

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn โ€˜Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ุณูู‘ูˆู‚ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠูƒู ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูŠูุญู’ูŠููŠ ูˆูŽูŠูู…ููŠุชู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุญูŽู‰ูŒู‘ ู„ุงูŽ ูŠูŽู…ููˆุชู ุจููŠูŽุฏูู‡ู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ ูƒูŽุชูŽุจูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽู‡ู ุฃูŽู„ู’ููŽ ุฃูŽู„ู’ูู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽุญูŽุง ุนูŽู†ู’ู‡ู ุฃูŽู„ู’ููŽ ุฃูŽู„ู’ูู ุณูŽูŠูู‘ุฆูŽุฉู ูˆูŽุฑูŽููŽุนูŽ ู„ูŽู‡ู ุฃูŽู„ู’ููŽ ุฃูŽู„ู’ูู ุฏูŽุฑูŽุฌูŽุฉู

Maksudnya: Sesiapa yang masuk ke dalam pasar lalu dia membaca :

ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠูƒู ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูŠูุญู’ูŠููŠ ูˆูŽูŠูู…ููŠุชู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุญูŽู‰ูŒู‘ ู„ุงูŽ ูŠูŽู…ููˆุชู ุจููŠูŽุฏูู‡ู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Maka Allah menetapkan satu juta kebaikan buatnya dan menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat.

Riwayat Al-Tirmizi (3428)

Hukum Memasuki Pasar

Doa Masuk Pasar - Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Merujuk laman sesawang Maktabah Al Bakri, apabila banyaknya kebatilan serta terzahirnya kemungkaran di pasar, maka hukum memasukinya adalah MAKHRUH. Pada asalnya, hukum memasuki pasar adalah HARUS.

Terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุจูู„ูŽุงุฏู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽุจู’ุบูŽุถู ุงู„ู’ุจูู„ูŽุงุฏู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽุณู’ูˆูŽุงู‚ูู‡ูŽุง

Maksudnya: โ€œTempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.โ€

Riwayat Muslim (671)

Berdasarkan hadis di atas berikut penjelasannya:

  • Masjid-masjid merupakan tempat yang paling disukai oleh Allah SWT adalah disebabkan ia merupakan tempat yang dilakukan ketaatan serta ia diasaskan di atas ketaqwaan.
  • Manakala, di pasar-pasar selalunya merupakan tempat terjadinya penipuan, tipu daya, riba, sumpah yang dusta, pemungkiran janji, menjauhkan daripada mengingati Allah dan sebagainya.
  • Walaubagaimanapun, hadis ini bukanlah bermakna larangan yang membawa hukum haram memasuki pasar sama ada untuk berniaga atau membeli barangan. 
  • Bahkan sekiranya para peniaga menjadikan pasar sebagai tempat yang penuh dengan kebaikan seperti kejujuran dalam jual beli dan timbangan, tidak berlaku kelalaian dalam zikrullah, berniaga dengan maksud untuk mempertingkat ekonomi umat Islam, maka kesemuanya ini adalah kebaikan besar yang diperoleh pahala kepada para pelakunya.

Akhir kata, marilah kita amalkan membaca doa di atas agar memperoleh ganjaran yang dijanjikan oleh Allah. Patuhilah adab-adab semasa masuk ke pasar dan pastikan urusan jual-beli dilakukan mengikut syariat Islam. 

Adakah Pasar Sama Dengan Pusat Beli Belah?

Doa Masuk Pasar - Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Merujuk laman sesawang Mufti WP, pusat membeli belah yang merupakan tempat berlakunya jual beli dan perniagaan juga boleh disifatkan sebagai sama seperti pasar.

Hukum memasukinya adalah sama seperti masuk ke dalam pasar iaitu harus.

Meskipun begitu, seseorang yang memasukinya dituntut untuk tidak melakukan perkara yang lagha atau melalaikan dari mengingati Allah.

Sebaliknya menyingkatkan tempoh masanya agar tidak mengambil masa yang lama melebihi kadar keperluan sahaja.

Sumber:

  1. AL-KAFI #1401 : ADAKAH MEMASUKI PUSAT MEMBELI BELAH SAMA SEPERTI MASUK PASAR? – Mufti WP
  2. Zikir Masuk Pasar – Jabatan Mufti Negeri Perlis
  3. #4566: Hukum Memasuki Pasar – Maktabah Al Bakri 
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut