Daun Pegaga: Khasiat Pada Kesihatan & Cara Tanam Yang Betul

daun pegaga
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Daun pegaga sangat sinonim dikaitkan dengan awet muda bagi wanita. Ia juga menjadi ulam-ulaman pembuka selera bersama sambal belacan dan budu sama seperti petai, jering, kacang botol, ulam raja, dan sebagainya.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun pegaga dan tips mudah untuk tanam sendiri di rumah.

Baca juga:

Apa itu daun pegaga?

daun pegaga

Daun pegaga (Centella asiatica) atau juga dikenali dengan panggilan “Gotu Kola” adalah sejenis tmbuhan herba yang tumbuh secara menjalar dan merayap di atas tanah.

Ia biasa ditemukan di kawasan tanah yang lembap, terbuka, sawah padi, dan padang.

Sejak dulu kala lagi, daun pegaga sudah digunakan dalam bidang perubatan dalam masyarakat India.

Bahkan Pertubahan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyarankan tumbuhan ini sangat penting untuk dipelihara dan ditanam.

Jenis dan spesis

Terdapat tiga jenis spesis pegaga yang biasa boleh ditemukan seperti pegaga salad, pegaga kerinting, dan pegaga biasa atau pegaga ubi.

Adapun spesis pegaga yang paling banyak kelebihan dan manfaatnya adalah pegaga ubi.

Kandungan nutrisi dalam daun pegaga

Berikut adalah nutrisi yang terkandung dalam daun pegaga:

  • Air: 85.34 ± 2.21 g
  • Protein: 1.75 ± 0.03 g
  • Lemak: 0.53 ± 0.03 g
  • Karbohidrat: 7.03 ± 0.04 g
  • Serat pemakanan: 3.47 ± 0.18 g
  • Abu: 1.43 ± 0.03 g
  • Kalsium: 318.95 ± 8.76 mg
  • Zat besi: 9.35 ± 0.08 mg
  • Magnesium: 47.4 ± 0.18 mg
  • Fosforus:
  • Potasium: 468.59 ± 0.58 mg
  • Sodium: 32.06 ± 0.40 mg
  • Zink: 2.30 498.4 ± 0.0 mg
  • Vitamin A-RAE: 498.4 mcg
  • ß-karotena: 5984 mcg
  • Vitamin C: 15.43 ± 1.68 mg

Khasiat daun pegaga

Terdapat pelbagai khasiat yang boleh anda dapatkan dari daun pegaga ini. Berikut adalah antara manfaat dan kelebihannya:

1. Melancarkan peredaran darah

Pegaga digunakan hari ini sebagai phlebotonic untuk mengatasi masalah Insufisiensi vena kronik (IVK) atau chronic venous insufficiency (CVI).

Ketika seseorang mendapatkan CVI, mereka akan mengalami masalah untuk mengedarkan darah kembali ke jantung. Kesannya, pembekakan mungkin akan berlaku di salur darah kerana darah berkumpul di kaki.

2. Bagus untuk ibu berpantang

Pegaga kaya dengan serat, zat galian dan pelbagai vitamin yang sesuai dijadikan ulam untuk membantu memperbanyakkan dan mempercepatkan pengeluaran susu badan.

Bukan sahaja daun, malah akar ulam pegaga juga berkhasiat dan baik untuk ibu berpantang kerana ia membantu untuk memanaskan badan, melancarkan peredaran darah, mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin.

3. Bertindak sebagai antidepresen

Kajian pada tahun 2016 yang lalu membuktikan bahawa pengambilan daun pegaga untuk menggantikan ubat antidepresen mampu mengurangkan masalah tekanan, kebimbangan dan kemurungan.

Hal ini sekaligus menyokong kenyataan bahawa ubat herba mempunyai kesan positif terhadap unsur-unsur kemurungan tingkah laku tertentu, termasuk berat badan, suhu badan, dan kadar denyutan jantung.

4. Melegakan sakit sendi

daun pegaga

Seiringnya bertambah umur, kita akan cenderung untuk mengalami dan merasai gejala awal penyakit sendi atau saraf seperti kebas, sakit lutut, sakit belakang dan sebagainya.

Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk merawat kusta dan reumatik iaitu sakit sendi.

5. Mengurangkan masalah insomnia

Mereka yang mempunyai masalah untuk mendapatkan kualiti tidur yang sempurna oleh kebanyakkan manusia normal disebut sebagai insomnia.

Sesetengah orang menggunakan ubat herba dari pegaga sebagai alternatif selamat berbanding ubat-ubatan preskripsi yang berikan oleh doktor untuk. menangani masalah insomnia.

6. Memulihkan parut “stretch mark” selepas bersalin

“Stretch mark” atau parut pembedahan caesar biasa timbul kepada wanita yang menggunakan kaedah C-section untuk melahirkan anak.

Lazimnya, tempoh luka czer sembuh sepenuhnya akan mengambil masa sekitar 6 minggu atau sebulan lebih. Kesan dari luka itulah nantinya akan menyebabkan anda mempunyai parut yang jelas.

Untuk menunggu parut itu pudar dari masa ke semasa ia mengambil masa yang agak lama. Justeru penggunaan pegaga dalam proses kesembuhan tersebut oleh mengurangkan parut yang jelas.

Hal ini kerana, terpenoid yang terdapat di dalam pegaga boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan.

Yang seterusnya membantu menghalang kesan regangan baru daripada terbentk serta menyembuhkan sebarang kesan sedia ada.

7. Kulit berseri dan awet muda

Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Anda boleh makan begitu sahaja seperti ulam-ulaman, direbus ataupun dikisar lumat menjadi jus.

8. Merawat masalah Alzheimer

daun pegaga

Penyakit Alzheimer adalah penyakit penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan. Simptom biasa yang berlaku adalah hilang daya ingatan dan tidak memiliki kemampuan untuk melakukan aktiviti harian.

Kajian 2012 yang dijalankan oleh Amala Soumyanath dan rakan-rakannya mendapati bahawa ekstrak daun pegaga mempunyai kesan positif terhadap keabnormalan tingkah laku.

Di samping memberi kesan sederhana untuk melindungi sel-sel otak daripada ketoksidan dan pembentukan plak yang berkait rapat dengan Alzheimer.

Namun begitu, kajian terperinci perlu dijalankan untuk menentukan dengan tepat bagaimana daun ini boleh digunakan untuk merawat Alzheimer kepada manusia.

Cara tanam pokok pegaga dalam pasu

  1. Pilihan dahan pokok pegaga yang sihat.
  2. Potong beberapa dahan pokok pegaga.
  3. Sediakan baldi yang berisi sedikit air untuk merendam keratan dahan pegaga yang sudah dipotong tadi.
  4. Rendam kerata pegaga selama beberapa hari sehingga dahan keluar akar.
  5. Untuk medium tanaman, anda boleh gunakan campuran cocopeat dan tanah kompos organik.
  6. Selepas 5 hari, keratan pegaga tadi akan mengeluarkan akar dan ia sedia untuk ditanam ke dalam pasu.
  7. Sebelum mula menanam keratan pegaga tadi, anda boleh basahkan sedikit medium tanaman tersebut.
  8. Kemudian, cari dan pilih keratan yang sihat dan mempunyai akar.
  9. Potong dalam anggaran 2 atau 3 akar dalam satu dahan.
  10. Tanam akar pegaga dalam medium tanaman tersebut.
  11. Sebaiknya aktiviti menanam akar pegaga ini dilakukan pada lewat petang untuk mengelakkan suhu panas matahari yang boleh merosakkan anak pokok.
  12. Ulang langkah penanaman akar tadi sehingga memenuhi ruang pasu.
  13. Anda boleh siram tanaman ini setiap 2-3 hari sekali dan membajanya untuk kesan terbaik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun pegaga dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Everything You Need to Know About Gotu Kola. Healthline
  2. Centella Asiatica. Biodiversity for Food and Nutrition
  3. Cara Tanam Pegaga Kampung Dalam Pasu. AA Farmland
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut