Calon Dari Rahim Yang Sama – Sinopsis, Waktu Tayangan & Pelakon
Dari Rahim Yang Sama bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 yang bakal ditayangkan bermula 14 April 2025.
Drama ini mengangkat isu yang jarang diperkatakan – anak tidak sah taraf dan kecuaian ibu bapa yang dijangka menyentuh hati orang ramai.
Selain itu, drama ini juga sarat dengan mesej kemanusiaan yang mendalam, iaitu tentang kasih seorang kakak, pengorbanan, dan perjuangan menuntut pengiktirafan hidup.
Sinopsis Dari Rahim Yang Sama
Dari ini mengisahkan Balqis (Mhia Firdaus), remaja tabah yang tinggal di Kuala Lumpur bersama dua adik lelakinya, Aqil (Rykarl Iskandar) dan Afiq (Rafique Iskandar).
Mereka adalah adik-beradik seibu tetapi berlainan bapa dan lebih menyedihkan, ketiga-tiganya tidak pernah didaftarkan kelahirannya.
Tanpa sijil kelahiran, mereka tidak layak bersekolah dan dinafikan hak sebagai warganegara.
Ibu mereka, Suraya (Nabila Huda), seorang GRO yang sering menukar pasangan dan langsung tidak ambil peduli tentang kebajikan anak-anaknya.
Semua tanggungjawab di rumah digalas oleh Balqis – dari memasak, menjaga adik-adik, sehinggalah menguruskan hal rumahtangga.
Konflik memuncak apabila Suraya mengaku bahawa dia sengaja tidak mendaftarkan anak-anak kerana takut Balqis akan meninggalkannya suatu hari nanti.
Ketegangan demi ketegangan mencabar semangat Balqis untuk terus berjuang demi masa depan yang lebih cerah.
Waktu Tayangan & Platform
- Hari Tayangan: Isnin hingga Khamis
- Masa: 10 malam
- Slot: Slot Samarinda
- Saluran: TV3
Bagi mereka yang tak sabar menonton drama ini, anda boleh tonton lebih awal di platform Tonton – 24 jam sebelum siaran TV.
Barisan Pelakon & Watak
Barisan pelakon dan watak bagi drama ini adalah seperti berikut:
Pelakon | Watak |
Nabila Huda | Suraya |
Mhia Firdaus | Balqis |
Rykarl Iskandar | Aqil |
Rafique Iskandar | Afiq |
Angeline Tan | – |
Kahoe Hon | – |
Trailer Drama
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai update terkini drama ini, sila ikuti saluran berikut:
- Youtube TV3 Official
- Youtube Drama Sangat Official
Baca juga: Telaga Suriram – Sinopsis, Barisan Pelakon & Trailer