Cara Daftar Penamaan Waris Simpanan Tabung Haji (TH)

Adakah anda telah melakukan penamaan simpanan Tabung Haji anda?

Jika belum, kenalpasti penama akaun simpanan anda menerusi Carta Waris Penamaan Simpanan TH dan daftar penama anda sekarang.

Penama hendaklah waris yang berhak mengikut hukum syarak.

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar penama akaun simpanan TH anda sekarang untuk urus harta yang baik kelak.

Urus harta, bukan rebut harta.

Penamaan Waris Tabung Haji

Pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih hendaklah menamakan seorang atau 2 orang sebagai penerima namaan bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada TH selepas dia meninggal dunia.

Tujuan Penamaan Tabung Haji (TH)

Penamaan dibuat untuk memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan (Bicara Kecil Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad).

Penamaan mestilah dibuat oleh pendeposit semasa hayatnya dengan melengkapkan Borang Penamaan yang disediakan oleh TH dan dihantar ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran untuk didaftarkan ke dalam sistem TH. Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima dan didaftarkan.

Sesuatu penamaan akan terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut (merujuk kepada Akta Lembaga Tabung Haji 1995, Peraturan-Peraturan Lembaga Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) 2002, Pindaan 2003, Pindaan 2013 dan Pindaan 2017) :

  • Dengan kematian penama, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, dengan kematian semua penama itu semasa hayat pendeposit; (maksud: semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa hayat pendeposit).
  • Berhubung dengan kepentingan di bawah penamaan bagi mana-mana penama, dengan kematian penama itu semasa hayat pendeposit, melainkan jika kepentingan penama dilupuskan oleh penamaan itu; (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat penamaan baru dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).
  • Dengan notis pembatalan bertulis yang diberikan oleh pendeposit dan diterima oleh TH semasa hayat pendeposit; atau (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat pembatalan penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).
  • Dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut subperaturan (3) oleh pendeposit yang melupuskan penamaan yang terdahulu. (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat pertukaran penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).

Siapakah Yang Boleh Dinamakan Sebagai Waris?

Pendeposit dikehendaki menamakan waris Penerima Namaan yang berhak mengikut Hukum Syarak.

Waris-waris yang berhak adalah seperti berikut:-

Waris Lelaki

  • Anak lelaki.
  • Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah.
  • Bapa.
  • Datuk sebelah bapa dan ke atas.
  • Adik-beradik lelaki kandung.
  • Adik-beradik lelaki sebapa.
  • Adik-beradik lelaki seibu.
  • Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung.
  • Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke bawah.
  • Bapa saudara sekandung dengan bapa.
  • Bapa saudara sebapa dengan bapa.
  • Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa.
  • Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa.
  • Suami.

Waris Perempuan

  • Anak perempuan.
  • Cucu perempuan daripada anak lelaki.
  • Ibu.
  • Nenek sebelah ibu.
  • Nenek sebelah bapa.
  • Adik-beradik perempuan kandung.
  • Adik-beradik perempuan sebapa.
  • Adik-beradik perempuan seibu.
  • Isteri

Cara Daftar Penamaan / Waris Simpanan Tabung Haji

Untuk makluman, urusan kemaskini maklumat penama hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja dengan melengkapkan Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris.

Anda boleh muat turun borang di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/muat-turun-borang.

Sekadar makluman, pendeposit perlu melengkapkan kemudahan janji temu sebelum hadir ke cawangan Tabung Haji.

Kemudahan Janji Temu boleh digunakan oleh pendeposit bermula 9 Mei 2022.

Urusan yang disediakan melalui Janji Temu adalah seperti di bawah:

– Urusan Tuntutan Pusaka

– Urusan Permohonan Hibah Amanah

– Urusan Kemaskini Maklumat Peribadi

Pendeposit hanya perlu melayari laman web TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik di menu pilihan urusan Janji temu untuk membuat permohonan mengikut tarikh dan slot yang kosong.

Tempoh Tuntutan

Untuk makluman, tempoh proses permohonan tuntutan pusaka akan mengambil masa 14 hari bekerja dari borang permohonan diterima oleh mana-mana cawangan Tabung Haji, Tabung Haji Negeri dan Ibu pejabat Tabung Haji.

Sehubungan itu, sekiranya tempoh permohonan telah melebihi 14 hari bekerja, anda disarankan hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 bagi semakan status tuntutan pusaka tersebut.

Hibah TH

Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.

Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.

Kelebihan Hibah Amanah TH

  1. Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.
  2. Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.
  3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.
  4. Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru / mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
  5. Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.

Pendaftaran hibah amanah, pendeposit perlu membayar caj pendaftaran sebanyak RM190.

Bagi semakan lanjut maklumat berkaitan hibah amanah, puan juga boleh ke pautan https://www.tabunghaji.gov.my/…/perkhid…/hibah-amanah-th

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut:

Sekiranya berminat untuk mendapat maklumat lanjut, sila isikan maklumat anda di sini :

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!