Advertisements

Hari Pekerja / Cuti Hari Buruh 1 Mei 2023 Malaysia

Advertisements

Hari Pekerja yang digelar sebagai Hari Buruh atau Labour Day ini disambut pada 1 Mei setiap tahun.

Ia adalah cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.

Asal-usul Hari Pekerja atau Hari Buruh ini mungkin kurang diambil perhatian oleh rakyat Malaysia, namun ia diraikan seperti juga negara-negara lain di seluruh dunia untuk memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja.

Ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti.

Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.

Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.

Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.

Tarikh Cuti Hari Buruh 2023

Cuti Hari Pekerja bagi tahun 2023 ini jatuh pada hari Isnin, bersamaan 1 Mei 2023.

Ia merupakan hari kelepasan bagi semua negeri di Malaysia.

Adakah anda dapat bercuti? Kalau anda bekerja dan bergaji bawah RM400, anda layak claim OT tau! Rujuk : Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan & Cara Kira Overtime