Hari Pekerja / Cuti Hari Buruh 1 Mei 2023 Malaysia
Hari Pekerja yang digelar sebagai Hari Buruh atau Labour Day ini disambut pada 1 Mei setiap tahun.
Ia adalah cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.
Asal-usul Hari Pekerja atau Hari Buruh ini mungkin kurang diambil perhatian oleh rakyat Malaysia, namun ia diraikan seperti juga negara-negara lain di seluruh dunia untuk memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja.
Ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti.
Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.
Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.
Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.
Tarikh Cuti Hari Buruh 2024
Cuti Hari Pekerja bagi tahun 2024 ini jatuh pada hari Rabu, bersamaan 1 Mei 2023.
Ia merupakan hari kelepasan bagi semua negeri di Malaysia.
Menariknya, cuti hari buruh ini masih lagi dalam awal bulan Syawal tau. Maksudnya, ada peluanglah untuk kita pergi berhari raya atau pulang ke kampung lebih lama kan?
Cuti Wajib Di Seluruh Negeri Di Malaysia
Tahukah anda, cuti hari buruh ini termasuk dalam 5 hari kelepasan am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.
Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955].
Adakah anda dapat bercuti? Kalau anda bekerja dan bergaji bawah RM400, jangan lupa claim OT tau! Rujuk : Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan & Cara Kira Overtime
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cuti dan akta yang ditetapkan, sila rujuk : Soalan-Soalan Lazim Berhubung Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022