TARIKH CUTI UMUM CNY 2025 (TAHUN BARU CINA)
Tahun Baru Cina adalah antara cuti umum yang utama di seluruh negeri di Malaysia, di mana cuti ini diberi sebanyak 2 hari dalam kalendar umum.
Tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana ia mengikut tarikh dalam kalendar lunar, tetapi ia selalunya jatuh pada awal tahun dalam bulan Januari atau Februari.
Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut secara besar-besaran dan suasananya begitu meriah di Malaysia memandangkan hampir 1/4 daripada rakyat Malaysia adalah berbangsa Cina.
CNY 2025
Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak setiapnya iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi; haiwan ini sepatutnya mewakili karakter pada tahun satu-satu tahun tersebut dan mereka yang lahir di dalamnya.
Selain itu, setiap binatang ini juga memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.
Cuti Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Malaysia
Cuti umum CNY diperuntukkan sebanyak 2 hari di Malaysia.
Bagi tahun 2025, perayaan ini jatuh pada 29 Januari 2025 (Rabu), di mana ketika itu merupakan cuti sekolah akhir tahun bagi sesi 2024/2025.
Sila rujuk kalendar kuda 2025 di bawah:
Cuti Sekolah KPM
Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2025 yang jatuh pada 29 dan 30 Januari 2025 berada dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026).
Sila rujuk Takwim kalendar akademik KPM sesi 2025 / 2026 di bawah sebagai rujukan:
Kumpulan A
Kumpulan A merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).
Kumpulan B
Kumpulan B merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Budaya sambutan CNY
Pada malam CNY, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga, lebih-lebih lagi ahli keluarga yang telah lama terpisah.
Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi paket ‘angpau, iaitu sejumlah wang yang diisi dengan sampul kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga yang membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan.
Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Chinese New Year, dan semua ini akan kelihatan tergantung pada rumah-rumah, kedai, pusat membeli belah termasuklah hiasan jalanan.
Sepanjang berlangsungnya perayaan ini, tarian singa yang diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah akan dapat dilihat di rumah-rumah dan kedai-kedai.
Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.