Johor Umum Cuti Khas Peristiwa Pada 2 Mei 2022 (Isnin) – MB Johor

cuti perisitiwa johor 2 mei
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

CUTI KHAS PERISITIWA JOHOR PADA 2 MEI 2022

Menyedari ramai Bangsa Johor yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan cuti kelepasan am pada 2 Mei 2022 (Isnin).

Perkara itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media rasmi oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi pada hari ini, 27 April 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Cuti Khas Perisitiwa 2 Mei ini.

Cuti Khas Peristiwa Johor (2 Mei 2022)

Hari Kelepasan Am ini terpakai kepada semua jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta di negeri Johor.

Kerajaan mengistiharkan 2 Mei 2022 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Khas Peristiwa bagi Negeri Johor) setelah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  1. Memudahkan perancangan perjalanan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
  2. Mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya pada hari Isnin sebelum perayaan bagi mereka yang bekerja dan tergesa-gesa untuk pulang menyambut hari perayaan.
  3. Memberi ruang kepada keluarga melapangkan masa lebih lama bersama-sama setelah dua tahun tidak dapat meraikan Aidilfitri dengan meriah ekoran PKP
  4. Meningkatkan motivasi dan kebajikan pekerja dengan memberi cuti lebih awal
  5. Memberi kemudahan kepada keluarga membuat persiapan hari raya dengan tenang dan selesa.
  6. Memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi menguruskan anak-anak yang tidak bersekolah dan masih kecil kerana pusat penjagaan kebanyakannya akan ditutup apda tarikh tersebut.

Kuasa bagi mempertimbangkan kelulusan cuti kelepasan am (Cuti Khas Perisitiwa) merujuk kepada Seksyen 9 (1) – Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Semoga kita semua beroleh manfaat dari cuti perayaan bagi bersama-sama keluarga, sanak-saudara serta rakan taulan meraikan hari lebaran.

Rancanglah perjalanan anda dengan baik agar sentiasa lancar dan selamat ke destinasi masing-masing.

Sumber: Kenyataan Media Menteri Besar Johor, 27 April 2022

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut