Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 telah mengumumkan cadangan semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan (SST).
Oleh itu, hasil kutipan dari SST akan disalurkan kembali kepada rakyat melalui penyediaan infrastruktur, perkhidmatan dan pendidikan yang lebih baik, berkualiti serta efisyen. Dalam masa yang sama, bantuan asas kepada rakyat akan terus ditambahbaik dalam menangani kos sara hidup rakyat.
Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ini tidak melibatkan barangan keperluan harian rakyat — sama ada yang dihasilkan dalam negara atau diimport.
Bermula 1 Julai 2025, setiap bank di Malaysia akan mengenakan cukai sebanyak lapan peratus (8%) bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Cukai Bank / SST Yang Dikenakan Kepada Perkhidmatan Kewangan Mulai 1 Julai 2025?
Cukai merupakan bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu atau syarikat untuk membiayai perbelanjaan awam dan menjalankan tugas-tugas pemerintahan.
Keperluan meningkatkan hasil cukai adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan fiskal dan kewangan negara :
- Memastikan kemampanan kewangan negara
- Keperluan menambah baik perkhidmatan rakyat terutamanya perkhidmatan kesihatan dan pendidikan
- Membina ruang fiskal untuk ekonomi
Walau bagaimanapun, Kerajaan melaksanakan pendekatan bersasar progresif, di mana ia menjamin kos sara hidup rakyat agar tidak terbeban.
Berikut antara contoh skop yang dicukaikan serta perbandingan terhadap keperluan rakyat Malaysia:
Mulai 1 Julai 2025, semua bank di Malaysia akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus (8%) ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang berasaskan yuran dan komisen.
Perkara ini merupakan sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diumumkan kerajaan sewaktu belanjawan 2025 yang lepas, untuk memperkukuh pendapatan negara dan menyokong konsolidasi fiskal jangka sederhana.
Perkhidmatan Bank Yang Dikenakan SST Mulai 1 Julai 2025
Cukai 8% ini akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang berasaskan yuran dan komisen, antaranya:
- Pemindahan dana rentas sempadan.
- Transaksi pelaburan.
- Pengeluaran laporan khas.
- Perkhidmatan nasihat tertentu.
- Yuran perkhidmatan arranger/facility agent, yuran agensi, dan caj pentadbiran dalam pasaran hutang
Baca juga: Senarai Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan [TERKINI]
Perkhidmatan Bank Yang Tidak Dikenakan SST
Namun seperti yang dijelaskan di bahagian sebelum ini, bukan semua perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak 8% tersebut. Berikut merupakan perkhidmatan yang mendapat pengecualian cukai:
- Perkhidmatan asas akaun simpanan dan akaun semasa, termasuk untuk perbankan konvensional dan Islam, seperti:
- Urus niaga pasaran modal seperti keuntungan pertukaran asing
- Yuran penalti dan caj tertentu, contohnya:
- Caj penalti
- Kiriman wang keluar
- Caj pemindahan masuk kepada ejen kiriman wang asing
- Pembiayaan berkaitan eksport
- Pembrokeran atau penaja jamin insurans hayat, perubatan, keluarga atau takaful
- Transaksi perniagaan-ke-perniagaan (B2B)
- Perkhidmatan patuh syariah untuk Bursa Malaysia dan Labuan
- Yuran kad kredit yang sedia ada dikenakan cukai SST RM25 tanpa tambahan cukai perkhidmatan baru
Pengecualian ini bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dan mengelakkan kesan berganda ke atas harga pengguna.
Soalan Lazim (FAQ) & Maklumat Lanjut SST 2025
Tidak.
Antara perkhidmatan yang dikecualikan SST ialah akaun simpanan dan semasa, pengeluaran ATM, pindahan wang tempatan seperti DuitNow dan IBG, bayaran bil serta simpanan biasa. Ini bermakna, rakyat masih boleh menggunakan perkhidmatan bank harian seperti biasa tanpa dikenakan cukai tambahan.
Secara ringkasnya, SST (Sales and Service Tax) tidak dikenakan ke atas akaun peribadi bank secara umum.
Contoh perkhidmatan yang tidak dikenakan SST:
-Pembukaan akaun simpanan / semasa
-Pengeluaran atau deposit tunai
-Perbankan dalam talian (transfer duit sesama akaun)
-Pemindahan GIRO, DuitNow, FPX (tanpa caj)
-Pengeluaran ATM
SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan khusus seperti caj pelaburan (brokerage), pindahan wang antarabangsa, nasihat kewangan profesional dan laporan khas oleh bank iaitu perkhidmatan yang lebih tertumpu kepada syarikat dan golongan berkemampuan.
Cukai 8% ini akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang berasaskan yuran dan komisen, antaranya:
-Pemindahan dana rentas sempadan.
-Transaksi pelaburan.
-Pengeluaran laporan khas.
-Perkhidmatan nasihat tertentu.
-Yuran perkhidmatan arranger / facility agent, yuran agensi, dan caj pentadbiran dalam pasaran hutang
Tidak. Perkhidmatan kewangan asas seperti ATM adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan
Tidak. Tiada SST untuk Pemindahan duit (IBG/FPX/DuitNow).
Tiada SST untuk transaksi ATM.
Tiada SST juga untuk penggunaan Kad debit.
Tidak Dikenakan SST.
Untuk maklumat yang sahih dan terkini, sila rujuk saluran rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di laman sesawang: www.mysst.customs.gov.my
Berikut adalah maklumat talian Pusat Panggilan SST bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Peluasan Skop SST 2025.
Sila hubungi nombor berikut –
Talian Sedia Ada:
03-8323 7406
03-8323 7407
03-8323 7409
Talian Baharu:
03-8323 7412
03-8323 7414
03-8323 7415
03-8323 7416
03-8323 7417
Atau email kepada :
.