Cuka Epal: Khasiat Kesihatan & Keburukan Jika Diambil Berlebihan

cuka epal
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah antara bahan wajib bagi setiap rumah dan ia telah digunakan sejak berabad lamanya oleh pelbagai dinasti.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cuka epal dari segi khasiat pada kesihatan dan keburukannya apabila dimakan secara berlebihan.

Baca juga:

Apa itu cuka epal?

cuka epal

Cuka epal adalah cuka yang dihasilkan dari penapaian Apfelmost (buah epal). Dalam proses itu, gula dalam epal akan melalui proses fermentasi atau penapaian lalu menukarkan ia menjadi asid asetik.

Rasa masa cuka ini adalah kerana adanya asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

Menurut sejarah, para pahlawan Samurai Jepun meminum cuka ini bagi tujuan meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh badan.

Antara jenama cuka epal yang popular di pasaran adalah Heinz, Radiant, Bragg, Surya dan bermacam-macam lagi.

Kandungan nutrisi

Satu sudu besar (15ml) mengandungi:

  • 3Kcal/13KJ
  • 0.1 karbohidrat
  • 11mg kalium
  • 1mg kalsium
  • 1mg magnesium

Cuka epal kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium, dan fosforus, mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Khasiat makan cuka epal

1. Mengawal paras gula dalam darah

Khasiat cuka epal berkait rapat dengan pesakit kencing manis tahap 2. Kencing manis tahap 2 ini adalah keadaan di mana badan menghasilkan insulin, tetapi tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.

Kebanyakkan diabetes jenis 2 terjadi disebabkan faktor pemakanan. Justeru penggunaan cuka ini mampu untuk mengimbangi kadar gula dalam darah dan mengawal masalah diabetes jenis 2.

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa hanya dengan beberapa sudu teh cuka epal di dalam hidangan, ia mampu untuk mengurangkan paras gula dalam darah selepas makan, dan meningkatkan tindak balas insulin jika diambil sebelum makan.

2. Mengawal tekanan darah tinggi, strok, dan serangan jantung

Kalium atau potassium di dalamnya mampu untuk memecahkan lemak dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri.

Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri.

Semua ini boleh mengurangkan risiko tenanan darah tinggi, strok atau serangan jantung.

3. Melegakan sakit tekak

Khasiat lain yang boleh anda dapat adalah sebagai ubat batuk semula jadi bagi mengatasi masalah sakit tekak dan batuk.

Hal ini kerana ia mempunyai kandungan antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit.

Petua: Campurkan 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.

4. Membantu menurunkan berat badan

Bahan asid asetik dalam cuka epal boleh membantu mengawal glukosa darah dan mengurangkan selera makan.

Oleh itu, ini secara tidak langsung boleh membantu menurunkan berat badan anda.

Walaubagaimanapun, asid asetik boleh menyebabkan sakit tekak. Pastikan anda campurkan cuka epal dengan sedikit air (lebih kurang 250 ml) untuk mengelakkan sakit tekak. 

Apapun, anda hendaklah mengambilnya dengan konsisten tetapi tidak berlebihan. 

5. Melegakan sakit pedih ulu hati

Sakit pedih ulu hati atau juga dikenali refluks asid boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.

Biasanya ia terjadi apabila asid dari perut terlepas dan bergerak naik ke dalam esofagus anda dan menyebabkan rasa pedih dalam dada atau tekak. 

Cuka epal boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid dan turut mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh mencegah masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Selain itu, cuka epal juga akan membantu memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut untuk memudahkan makanan dicerna. 

Petua: Tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.

6. Mengurangkan kadar kolesterol

Kajian yang pernah dilakukan kepada tikus menunjukkan berlakunya pengurangan kolesterol LDL (kolesterol jahat), dan paras trigliserida disebabkan oleh antioksidan dalam cuka ini.

7. Menghapuskan kelemumur rambut

Kelemumur rambut akan menyebabkan seseorang itu mudah berasa tidak selesa dan mudah gatal dibahagian kepala.

Banyak produk yang dijual di pasaran untuk mengurangkan masalah kelumumur, tetapi tahukah anda terdapat cara tradisional boleh anda gunakan iaitu dengan cuka epal?

Sifat asid yang dimilikinya akan menyebabkan kulat/bakteria (yang menyumbang kepada kehadiran kelemumur) tidak akan mampu membiak di kulit kepala anda.

Petua: Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala anda, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkannya sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

8. Memutihkan gigi secara semula jadi

Ia mempunyai sifat “menghakis” yang mana boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran degil dan kekuningan pada gigi. 

Bahkan bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi tertentu.

Petua: Berkumur dengan cuka epal setiap pagi.

9. Membantu merawat ketuat

Selain itu, anda boleh juga menggunakan cuka ini untuk merawat masalah ketuat. Ketuat adalah pertumbuhan kecil yang tumbuh pada kulit disebabkan oleh virus human papilomavirus.

Petua: Sapukan cuka epal di ketuat anda dan tutup kawasan tersebut menggunakan plaster (band-aid). Biarkan satu malam. Cabut plaster dan ulang langkah yang sama sehingga ketuat hilang.

10. Merawat luka dan meningkatkan imun badan

Tahukah anda, semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama, cuka epal digunakan untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan?

Bahkan, ia juga boleh diminum untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh kerana mengandungi asid amino, kalium dan enzim yang membantu untuk menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.

Keburukan jika dimakan berlebihan

cuka epal

Pada umumnya tidak ada kajian yang menyatakan bahawa cuka ini mendatangkan kesan buruk jika diambil dengan kadar yang betul.

Ini kerana cuka tersebut dihasilkan 100% daripada bahan semula jadi tanpa apa-apa olahan dan tambahan bahan kimia yang berbahaya.

Namun demikian, kami tidak mensyorkan anda untuk mengambil cuka epal ini dalam bentuk kapsul atau pil kerana kandungannya agak diragui. Adalah sebaiknya anda ambil yang asli dan diyakini bahan kandungannya.

Ingat, pastikan cuka ini diambil tidak melebihi dos yang dicadangkan untuk mengelakkan masalah yang boleh memburukkan keadaan.

Pengalaman Minum Apple Cider Vinegar | ML Studios

Tip pilih cuka epal yang betul

Sebelum anda membeli cuka ini, berikut kami kongsikan beberapa tips yang perlu anda tahu untuk memilih cuka yang berkualiti:

  • Raw (mentah): Menggunakan buah epal asli bukan perasa. Melalui proses fermentasi, tanpa pemanasan, tanpa proses filtrasi yang sempurna.
  • Istilah “mother”: Mother merupakan bakteri baik/ bakteria probiotik yang memiliki banyak manfaat untuk kesehatan. 
  • Tanpa pemanasan/pasteurisasi:  Tidak melalui proses pemanasan atau pasteurisasi.
  • Warna cuka: Mempunyai pelbagai warna bergantung proses fermentasi yang dilakukan.
  • Bau dan rasa cuka: Mempunyai bau yang masam dan tajam (pH 2-4).

Apa-apa pun jika anda mengambil sebarang ubat, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tips yang kami berikan di atas tadi.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat cuka epal dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Khasiat Cuka Epal, Boleh Memutihkan Gigi Secara Semulajadi! My Sihat
  2. Khasiat Cuka Epal Untuk Kesihatan (Boleh Kurus Juga!) Bidadari.My
  3. Keburukan Cuka Epal Jika Diambil Secara Berlebihan. Bidadari.My
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut