Dalam rutin penjagaan kulit harian, langkah pertama yang paling penting ialah membersihkan wajah dengan sempurna dan di sinilah cleansing oil terbaik memainkan peranan utama.
Pembersih jenis minyak ini bukan sahaja mampu menanggalkan solekan tebal, pelindung matahari dan kotoran yang menyumbat liang pori, tetapi juga membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit tanpa menjadikannya kering.
Artikel ini menyenaraikan 15 cleansing oil terbaik yang telah terbukti berkesan dan mendapat ulasan positif, bagi membantu anda membuat pilihan yang bijak dan sesuai dengan keperluan kulit anda.
Baca juga: 10 Patch Jerawat Terbaik untuk Muka Berjerawat
Beauty Of Joseon Ginseng Cleansing Oil
Cleansing oil terbaik ini mengandungi 50% minyak kacang soya (soybean oil) yang kaya dengan asid oleik, linoleik, dan linolenik.
Ia berfungsi dengan lembut menanggalkan kotoran dan sisa mekap tanpa menyumbat pori, sambil bertindak sebagai agen pelembut kulit.
Tambahan 0.1% minyak biji ginseng pula melindungi kulit daripada rangsangan luar dan memberikan aroma semula jadi yang menenangkan sepanjang proses pembersihan.
Hada Labo Hydrating Cleansing Oil
Diperkaya dengan 5 jenis minyak kecantikan (minyak zaitun, macadamia, jojoba, rosehip dan moringa), Hada Labo memberikan pembersihan menyeluruh sambil melembapkan.
Ia juga mengandungi Super Hyaluronic Acid yang memberikan kelembapan mendalam dan tahan lama.
Teksturnya ringan dan tidak berminyak, sesuai untuk menanggalkan solekan kalis air, dengan perlindungan tambahan daripada pencemaran dan bebas bahan iritasi seperti alkohol dan pewangi.
SKINMADE Cleansing Oil
Cleansing oil terbaik ini menonjol dengan formulasi ringkas dan keberkesanan membersih yang tinggi.
Ia membantu menanggalkan solekan dan kotoran tanpa merengsakan kulit, menjadikannya pilihan sesuai untuk pengguna yang mengutamakan bahan semula jadi dan hasil minimalis
Medicube Zero Blackhead Deep Cleansing Oil
Diformulasi khusus untuk mengatasi blackhead dan whitehead dengan bahan aktif seperti LHA.
Ia memberikan kesan double cleansing, membantu menanggalkan solekan, mengurangkan sebum dan mengekalkan hidrasi kulit. Digabungkan dengan produk Zero Pore Foam Cleanser untuk kesan maksima.
Numbuzin No.1 Easy Peasy
Formulasi daripada minyak semula jadi seperti minyak jagung, macadamia dan bunga matahari ini mampu mencairkan mekap kalis air, blackhead, dan sebum berlebihan.
Teksturnya ringan dan mudah dibilas, menjadikannya ideal untuk kulit berminyak atau kombinasi. Ia juga hypoallergenic dan telah melalui ujian iritasi mata, sesuai untuk langkah pertama dalam rutin double cleansing.
Safi Naturals Micellar Cleansing Oil Normal To Dry Skin
Menggunakan 100% bahan aktif semula jadi dan teknologi Nano Micelles, pembersih ini berkesan menanggalkan mekap dan kotoran dalam satu sapuan tanpa meninggalkan rasa berminyak.
Ia tidak pedih di mata, sesuai untuk semua jenis kulit dan memberikan kesan kulit lebih lembut serta berseri.
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil
Formulasi yang bertukar menjadi emulsi susu apabila bersentuhan dengan air, Neutrogena menawarkan pembersihan mendalam dalam satu langkah.
Ia mampu menghapuskan kotoran dan mekap kalis air, sambil mengekalkan kelembapan kulit dengan bantuan kompleks botanikal. Diuji oleh pakar dermatologi dan tidak menyumbat pori.
COSRX Pure Fit Cica Clear
Diformulasi dengan CICA-7 Complex yang tinggi, minyak pembersih ini menenangkan, melembapkan dan menyejukkan kulit sensitif.
Teksturnya ringan seperti air, tetapi sangat berkesan untuk menanggalkan mekap degil, sambil membersihkan pori dan mencegah bintik hitam serta putih. Bebas alkohol, paraben, pewangi tiruan dan minyak mineral.
Simple Kind to Skin Hydrating
Cleansing oil terbaik ini menggunakan 100% minyak biji anggur semula jadi dan diperkaya dengan vitamin A dan E.
Ia membersih dengan mendalam tanpa meninggalkan sisa berminyak, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. Diformulasi secara vegan dan mesra alam.
SKIN1004 Madagascar Centella Light
Mengandungi minyak Centella dari Madagascar dan enam minyak botani lain, produk ini menanggalkan kotoran dan solekan sambil memberikan sensasi ringan dan segar pada kulit.
Ia membantu menyucikan kulit tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.
MEDIPEEL Red Lacto Collagen
Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah bintik hitam, minyak berlebihan dan sel kulit mati.
Ia tidak menyebabkan iritasi mata dan terkenal dalam kalangan pengguna produk Red Lacto Collagen. Memberikan kesan pembersihan yang mendalam dengan rasa kulit lebih bersih dan licin.
SILKYGIRL Just Melt Deep Cleansing Oil
Mengandungi minyak biji epal semula jadi dan minyak biji bunga matahari yang menenangkan serta menyuburkan kulit.
Dengan teknologi Micellar, ia menanggalkan mekap tahan lama dan kalis air dengan mudah. Bebas alkohol dan SLS, teksturnya ringan dan tidak melekit.
papa recipe Blemish Cleansing Oil
Formulasi dengan 71% minyak beras tulen dan 17 bahan semula jadi, produk ini bukan sahaja menghapuskan mekap kalis air, malah membersih pori dari sebum dan sel mati.
Ia tidak berminyak dan mudah dibilas, sesuai untuk mereka yang mencari pembersih anti-irritasi dan melembapkan.
Pyunkang Yul Deep Cleansing Oil
Gabungan minyak jojoba dan avocado dalam produk ini membantu menanggalkan kotoran sambil mengekalkan kelembapan kulit.
Dilengkapi dengan ekstrak Soapwort dan Centella Asiatica yang menenangkan, serta Panthenol dan Hyaluronic Acid untuk penjagaan penghalang kulit. Sesuai untuk kulit sensitif.
Kiehl’s Midnight Recovery Botanical Cleansing Oil
Mengandungi Squalane, Evening Primrose dan minyak lavender, cleansing oil terbaik ini memberikan pengalaman membersih yang lembut, menenangkan dan efektif.
Ia bertukar menjadi susu apabila dicampur air, sesuai digunakan pada waktu malam sebagai langkah awal rutin penjagaan kulit. Tidak menyumbat pori dan diuji selamat pada mata.
Baca juga: 10 Organic Shampoo untuk Rambut Gugur Jadi Lebat Bersinar
FAQ Cleansing Oil
Cleansing oil ialah sejenis pencuci muka berasaskan minyak yang digunakan untuk menanggalkan solekan, kotoran, dan lebihan minyak dari kulit wajah dengan lembut dan berkesan.
Semua jenis kulit boleh menggunakan cleansing oil, termasuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia membantu membersihkan tanpa mengeringkan kulit.
Tidak. Cleansing oil direka untuk melarutkan minyak dan kotoran di wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak jika digunakan dan dibilas dengan betul.
Sapukan cleansing oil pada wajah yang kering dan urut perlahan-lahan. Kemudian tambah sedikit air untuk mengemulsikan minyak (menjadikannya seperti susu), dan bilas sehingga bersih.
Ya. Kaedah ini dipanggil “double cleansing” selepas guna cleansing oil, cuci sekali lagi dengan pencuci berasaskan air untuk memastikan kulit betul-betul bersih.
Ya. Cleansing oil sangat berkesan untuk menanggalkan solekan kalis air seperti maskara dan eyeliner.
Ya. Ia selamat digunakan setiap hari, terutama pada waktu malam untuk membersihkan sisa solekan dan kotoran seharian.
Jika tidak dibilas dengan betul, ia boleh menyumbat pori-pori. Pastikan anda emulsi dan bilas dengan bersih atau ikuti dengan pencuci biasa.