Celik MADANI : Pemberian RM50 Untuk Pelajar IPT

celik madani
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelancaran inisiatif terbaru oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang dikenali sebagai “CELIK MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongi maklumat lanjut berkenaan dengan program Celik MADANI tersebut.

Baca juga:

Kenyataan Akhbar PNB

INISIATIF LITERASI KEWANGAN: CELIK MADANI UNTUK MEMPERKASA 1 JUTA PELAJAR IPTA DIPERKENALKAN

Pemberian pelaburan permulaan percuma RM50, sumbangan bersama antara Kerajaan Malaysia, PNB, dan syarikat korporat

Shah Alam, 22 Ogos 2024: Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperkenalkan inisiatif Celik MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI yang menyasarkan satu (1) juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk institusi pengajian vokasional baharu, dengan menyediakan nilai pelaburan permulaan percuma sebanyak RM50 dan alat kewangan asas untuk menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan generasi muda.

Inisiatif ini yang diperkenalkan bersempena penjenamaan semula Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, di sini hari hari ini.

MSAM 2024 dirasmikan Perdana Menteri YAB Dato’s Seri Anwar bin Ibrahim yang dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, YAB Dato’s Seri Amirudin bin Shari. Turut hadir Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda; Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Dato’ Abdul Rahman bin Ahmad; barisan kepimpin kanan PNB dan syarikat strategik yang juga merupakan Rakan Korporat MSAM 2024.

Inisiatif Celik MADANI: Celik Kewangan MADANI menyasarkan pendaftaran 1 juta pelajar IPTA dan institusi pengajian vokasional baharu yang akan diberikan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM50 seorang, hasil sumbangan bersama antara Kerajaan Malaysia, PNB dan syarikat korporat, dengan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM50 juta.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan golongan belia di Malaysia mula merancang kewangan mereka pada usia muda dan secara terus membantu mengukuhkan kedudukan kewangan mereka apabila terus menyimpan dan melabur bersama ASNB walaupun selepas tamat pengajian. Matlamat ini adalah untuk membangunkan tahap celik kewangan generasi masa depan Malaysia, memperkasakan mereka dengan alat kewangan asas agar dapat membuat kewangan yang termaklum pada masa hadapan.

50 peratus (50%) daripada jumlah sumbangan RM50 kepada setiap pelajar adalah sumbangan daripada Kerajaan Malaysia, manakala baki RM25 akan ditaja oleh PNB dan syarikat korporat lain. Berdasarkan mekanisme inisiatif tersebut, RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM) pelajar IPTA, di mana nilai ini akan dikunci bagi tempoh 5 tahun.

Sepanjang fasa ini, pelajar akan digalakkan untuk membuat simpanan berulang yang kecil setiap bulan untuk memupuk tabiat menabung. Berasaskan sumbangan nilai pelaburan percuma sebanyak RM50 dan diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5% setahun*, di mana apabila pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama 4 tahun sepanjang tempoh pengajian dan mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat.

*(Nota: Pulangan simulasi setahun adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja dan bukan menunjukkan prestasi masa hadapan)

Inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini akan diselaraskan oleh ASNB, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB. ASNB akan bekerjasama dengan IPTA, institusi pengajian vokasional serta penaja korporat untuk pendaftaran pelajar baharu, sebagai pemegang unit ASNB dan menganjurkan kempen celik kewangan untuk pelajar.

MSAM 2024

Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad berkata, acara literasi kewangan terbesar negara tahun ini dianjurkan di negeri Selangor untuk kali pertama menawarkan pengunjung dengan pengalaman melangkui pengetahuan pengurusan kewangan dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen pendidikan kewangan yang lebih meluas.

Beliau berkata, “MSAM tahun ini juga menyaksikan permulaan era baharu bagi ASNB melalui pelancaran logo baharu, yang kini tampil segar dan dinamik untuk menarik generasi muda dan memperkasa pemegang unit sedia ada”.

“ASNB mengambil pendekatan yang lebih menarik dan disokong dan khidmat nasihat kewangan dalam talian lebih peribadi dan mudah seperti Penasihat Pelaburan Robo (RIA), ASNB Academy dan kerjasama dengan Touch & Go,” tambah beliau.

Tema, “Kukuhkan Hidup Anda di MSAM” adalah selaras dengan Matlamat diperbaharui PNB, mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi, yang menjadi panduan PNB dalam memenuhi mandatnya, untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara.

MSAM 2024 turut membawakan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik pengunjung daripada setiap lapisan masyarakat menerusi inisiatif seperti konsert Labur Ria, fiesta makanan di MAE-Dan Selera, pameran kereta di AutoMania dan hadiah-hadiah menarik bernilai kira-kira RM1 juta.

Kira-kira 50 peserta pemeran yang terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, Rakan-Rakan Korporat, syarikat strategik dan teras yang terpilih, bank-bank, badan kawal selia, dan agensi Kerajaan Negeri menyertai acara mega tahun ini yang sekali lagi menerapkan pendidikan kewangan dan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) agar menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk menuntut ilmu dan pelajar pendidikan tinggi.

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2000 di Kuala Lumpur, MSAM menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan dalam bilangan pengunjungnya dengan lebih 4.3 juta sejak penubuhannya 24 tahun lalu telah menarik orang ramai dari kawasan bandar dan luar bandar. Nilai ini termasuk 24,000 orang pengunjung daripada MSAM 2023 yang diadakan di Bertam, Pulau Pinang tahun lepas.

MSAM 2024 dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, dari 22-25 Ogos di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor. Untuk pendaftaran, para pengunjung digalakkan untuk daftar masuk melalui aplikasi myASNB mereka. Layari www.pnb.com.my/msam untuk maklumat lanjut. Masuk adalah percuma.

Celik MADANI
Celik MADANI
Celik MADANI

Apa itu Celik MADANI?

Celik MADANI adalah sebuah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk menyediakan nilai pelaburan permulaan percuma sebanyak RM50 dan alat kewangan asas untuk menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan generasi muda.

Tujuan Program Celik MADANI

Program ini bertujuan untuk mendidikan serta menggalak anak muda melabur dengan biaya daripada Kerajaan dan PNB sebanyak RM50 juta dengan sasaran pendaftaran 1 juta pelajar universiti dalam tempoh lima tahun.

Selain itu, inisiatif itu juga dibangunkan bagi memastikan golongan belia di negara ini mula merancang kewangan pada usia muda dan secara terus membantu mengukuhkan kedudukan kewangan mereka apabila terus menyimpan dan melabur bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) walaupun selepas tamat pengajian.

Objektif Program Celik MADANI

Matlamat program celik MADANI ini adalah untuk membangunkan tahap celik kewangan generasi masa depan Malaysia, memperkasakan mereka dengan alat kewangan asas agar dapat membuat keputusan kewangan yang termaklum pada masa hadapan.

Repost dari: BERNAMA

Berita baik untuk golongan muda yang sedang merancang kewangan. Bersempena dengan penjenamaan baharu ASNB ketika MSAM 2024, inisiatif Celik MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI, khas untuk pelajar baharu IPTA dan institusi vokasional telah diperkenalkan.

Mula menyimpan dan melabur pada awal usia. Lagi cepat bertindak, lagi awal faedah dinikmati, lebih cerah masa depan anak muda.

Cara Pembahagian Dana

50 peratus daripada jumlah sumbangan RM50 kepada setiap pelajar adalah sumbangan kerajaan Malaysia, manakala baki RM25 akan ditaja oleh PNB dan syarikat korporat lainnya.

Berdasarkan amaun tersebut, RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun ASB atau ASM pelajar IPTA, di mana nilai ini akan dikunci bagi tempoh 5 tahun. Sepanjang fasa tersebut, pelajar digalakkan untuk membuat simpanan berulang yang kecil setiap bulan untuk memupuk tabiat menabung.

Berasaskan sumbangan nilai pelaburan percuma sebanyak RM50 dan diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun di mana apabila pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun sepanjang tempoh pengajian dan nilai simpanan ditambah ke RM100 sebulan ketika mula bekerja, mereka akan mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat.

Golongan Sasaran

Peruntukan RM50 juta disediakan untuk sejuta pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kolej vokasional.

Maklumat Lanjut

Anda digalakkan untuk daftar masuk melalui aplikasi myASNB atau layari www.pnb.com.my/msam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut