Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

10+ Cat Cafe (Kafe kucing) di Malaysia 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (Kuala Lumpur & Selangor)

Bagi peminat kucing, terdapat beberapa cat cafe di Malaysia yang anda boleh kunjungi. Di kafe-kafe tersebut, anda boleh menjamu selera dan juga meluangkan masa bersama kucing-kucing comel yang jinak dan manja!

Jadi, jika anda sedang mencari cat cafe di Malaysia yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan, berikut dikongsikan senarai 10 kafe kucing di Malaysia yang anda bolehpertimbangkan untuk singgah kelak. 

BACA JUGA: 15 Kafe di Johor Bahru – Instagrammble & Muslim-Friendly!

Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

1. Puchi Marry Cat Cafe (Coo & RIKU LaLaport Pet Shop)

  • Alamat: LaLaport Bukit Bintang City Centre, Lot L4-05 & 06, Level 4, Mitsui Shopping Park Lalaport, BBCC, 2, Jln Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Setiap Hari, 10 AM–10 PM
Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Puchi Marry Cat Cafe  yang terletak di Lalaport Bukit Bintang ini adalah antara cat cafe yang popular di Malaysia. Ia menempatkan lebih kurang 15–30 ekor kucing pelbagai baka (British Shorthair, Sphynx, dan lain-lain). Tempat ni sangat luas ye, memang selesa dan sesuai bawa seisi keluarga datang!

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Di sini, anda boleh bermain dan berinteraksi dengan kucing-kucing comel sambil menikmati hidangan ringan. Ada juga makanan untuk kucing yang anda boleh beli untuk diberikan kepada kucing-kucing yang ada di kafe ini. 

Kafe ini bergabung dengan Coo & RIKU LaLaport Pet Shop, iaitu sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan kucing dan haiwan peliharaan lain. 

2. Poppy Kat Cafe

  • Alamat: 34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Ahad- Khamis (11 AM–10 PM), Jumaat-Sabtu (11 AM–12 AM), Rabu Tutup

Poppy Kat Cafe juga antara cat cafe yang anda boleh singgah di Kuala Lumpur. Kafe ini sangat tenang dengan warna warm dan dekorasi yang minimalis. Yang bestnya, kucing-kucing kat sini semua gebu dan manja!

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)
Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Menu di Poppy Kat Cafe memang pelbagai. Ada kek, pastri, kopi, teh, minuman sejuk dan beberapa pilihan makanan yang mesra Muslim. Sedap-sedap pulak tu!

3. Cuffymeow Cat Cafe

  • Alamat: 37a, Jalan 16/155C, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat (1–8 PM), Sabtu–Ahad (12–8:30 PM)

Kafe ini menawarkan ruang yang cozy dan mesra keluarga, lengkap dengan Wi-Fi yang sesuai untuk anda bekerja atau bersantai sambil ditemani kucing-kucing comel yang jinak dan mesra. 

suasana di Cat Cafe

Salah satu pujian yang sering diberikan oleh pengunjung kafe ini, tahap kebersihannya yang tiptop. Anda boleh menjamu selera tanpa menghidu bau-bau yang tidak menyenangkan. 

Lagi satu, kafe ini mengasingkan tempat untuk bermain dengan kucing dan tempat makan. Jadi, anda boleh pilih untuk bermain dengan kucing di Petting Zone dan kemudian menjamu selera atau sekadar menjamu selera bagi yang tidak gemar/takut dengan haiwan comel tersebut. 

4. Ragdoll Catfe

  • Alamat: No 60-1, Plaza Usahawan Crystal Ville, Off, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 12–10 PM

Dengan konsep unik bertemakan “camping”, kafe ini dilengkapi dengan kerusi lipat, meja piknik dan hiasan daun hijau tiruan yang mencipta suasana santai dan mesra keluarga. 

Kafe ini menempatkan lebih daripada 70 ekor kucing pelbagai baka seperti Ragdoll dan Munchkin. Kesemuanya bebas berkeliaran dan berinteraksi dengan pengunjung.

Menariknya, tiada bayaran masuk dikenakan di kafe ini. Anda hanya perlu membuat sekurang-kurangnya satu pesanan makanan atau minuman dengan harga bermula sekitar RM10 hingga RM15. 

menu di kafe kucing KL

Ada macam-macam menu yang ditawarkan termasuk hidangan berat seperti Nasi Lemak Ayam Goreng, Rendang Mutton Rice, Unagi Tamago Rice Bowl dan sebagainya. Untuk pencuci mulut pula, terdapat pilihan seperti bingsu perisa mango atau matcha serta waffle unik seperti “Blackpink Sensation” yang menggunakan dakwat sotong dan sos beri.

Sangat disyorkan untuk singgah!

5. Monster. A Garden Cafe

  • Alamat: No. 54, 1st Floor, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Selasa, 12–8:30 PM

Monster. A Garden Cafe juga terkenal sebagai cat cafe yang santai dan mesra bajet. Untuk masuk, pengunjung tidak perlu bayar apa pun. 

Pengunjung hanya perlu pesan makanan atau minuman, kemudian boleh bermain dengan pelbagai kucing yang jinak dan aktif yang ada di sini. 

Kafe ini sangat sesuai dijadikan lokasi lepak santai untuk hilangkan stres pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. 

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Ada beberapa menu ringkas ditawarkan di sini, antaranya croffle, kek, kopi, teh, dan minuman sejuk. Sesuailah untuk mengalas perut sambil berinteraksi dengan kucing-kucing comel di sini. 

5. Mao Catfe

  • Alamat: 6-1 Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa, Akasa Cheras Selatan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Waktu operasi: Isnin–Jumaat (11:30 AM–7 PM), Sabtu-Ahad (11:30 AM–9 PM), Rabu Tutup

Mao Catfe menempatkan lebih daripada 20 ekor kucing pelbagai baka seperti British Shorthair dan Munchkin. 

Cat cafe ini menawarkan suasana cozy dan moden, dihiasi dengan dekorasi minimalis serta ruang yang luas untuk kucing bermain bebas. 

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Menu di Mao Catfe menampilkan pelbagai pilihan makanan ringan, kopi, teh, kek dan pencuci mulut yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Kafe ini juga menitikberatkan kebersihan dan keselesaan serta menyediakan Wi-Fi percuma untuk pelanggan. 

Kalau anda cari tempat “healing” yang sempurna untuk melepaskan tekanan sambil menikmati masa berkualiti bersama kucing-kucing comel, datanglah ke Mao Catfe!

6. Purradise Cat Cafe

  • Alamat: 24A (First Floor, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (2–9 PM), Sabtu (2–10 PM), Ahad (11 AM–7 PM)

Purradise Cat Cafe adalah merupakan antara cat cafe di Malaysia paling lama bertapak dan terkenal di Lembah Klang. Purradise menempatkan lebih 20 ekor kucing yang diselamatkan dan dijaga rapi.  

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Kafe ini menawarkan suasana santai dan mesra pencinta kucing. Ruang kafe yang luas memberikan keselesaan untuk pengunjung dan kucing pun boleh bermain bebas. 

Pengunjung boleh berinteraksi dengan kucing-kucing mesra ini sambil menikmati minuman dan makanan ringan.

Purradise mengenakan bayaran berdasarkan masa; RM21 untuk jam pertama termasuk satu minuman percuma, dan RM5 untuk setiap 15 minit berikutnya. Terdapat juga pakej tanpa had sepanjang hari dengan harga RM59.

7. Moon D Cafe | Pet Cafe

  • Alamat: 35-1F, Jalan Setia Utama AT U13/AT, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 12–9 PM

Moon D Café menyediakan ruang yang selesa untuk kucing-kucing bebas berkeliaran dan para pengunjung bersantai. Luas dan bersih!

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)
Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Ia menawarkan pelbagai pilihan minuman dan makanan yang menarik. Konsep makanan di sini ala-ala makanan Jepun. Terdapat juga pilihan makanan ringan seperti croffle dan pastri. Minuman pula ada macam-macam jenis. Anda boleh pesan nak minuman sejuk atau panas. 

8. Seri Talam Cat Cafe

  • Alamat: No. 13, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 8 AM–5 PM

Nama kafe pun dah cukup unikkan? 

Seri Talam Cat Café bukan sekadar tempat untuk makan kuih tradisional, tapi juga syurga buat pencinta kucing! 

Kafe ini menempatkan lebih 120 ekor kucing yang pernah terbiar dan kini dijaga rapi dalam ruang berhawa dingin yang selesa. Syukur alhamdulillah. 

Di kafe ini anda boleh bermain dengan si bulus selama sejam dengan bayaran RM25, lengkap dengan makanan ringan dan mainan untuk kucing-kucing comel ini.

Kafe ini sangat terkenal dengan pelbagai kuih tradisional Melayu, terutamanya kuih talam hasil air tangan pemiliknya yang juga seorang bekas guru. Selain itu, ada juga beberapa menu kuih muih lain dan hidangan berat seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan pelbagai lagi. 

Memang berbaloi sangat singgah di cat cafe unik ini!

9. Rocky’s Cat Club

  • Alamat: No. G-11, Dagang Cahaya, 5, Jalan Dagang, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10 AM–6 PM), Sabtu-Ahad (10 AM–7 PM)

Rocky’s Cat Club juga antara cat cafe di Malaysia yang popular. Selain kafe, ia menawarkan perkhidmatan boarding dan grooming untuk kucing. 

Kafe ini terkenal dengan suasana mesra keluarga, ruang yang bersih, serta layanan staf yang ramah dan profesional.

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Anda  boleh bermain dan berinteraksi dengan kucing-kucing peliharaan sambil menikmati minuman dan makanan ringan yang disediakan. 

Kafe ini juga sering menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel seni, program pendidikan untuk kanak-kanak dan sesi yoga bersama kucing yang dikenali sebagai “Yogcats”. Nak buat majlis sambutan hari jadi pun boleh kat sini. 

Dengan suasana yang mesra dan perkhidmatan yang pelbagai, Rocky’s Cat Club adalah destinasi ideal untuk sesiapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama kucing dalam persekitaran yang selesa dan menyeronokkan. 

10. Cats & You Cafe

  • Alamat: 29, 1, Jln Metro 1, Bandar Metro, 47160 Puchong, Selangor, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat (10 AM–7 PM)

Cats & You Cafe merupakan destinasi santai untuk pencinta kucing yang ingin menikmati masa bersama kucing-kucing comel dalam suasana yang selesa. 

Kafe ini sesuai untuk kunjungan keluarga, rakan-rakan, atau sesi solo yang ingin “healing” selepas penat bekerja atau belajar.

Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)

Menu di Cats & You Cafe menawarkan pelbagai pilihan minuman seperti kopi, teh, serta makanan ringan dan pencuci mulut yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Pengunjung boleh bermain, membelai dan mengambil gambar bersama kucing-kucing yang jinak dan terjaga rapi. 

BACA JUGA: 15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Selangor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut