Cara Tunaikan Cek Di Mesin Deposit & Kaunter Bank

Anda baru menerima sekeping cek tetapi tidak tahu bagaimana cara tunaikan cek tersebut?

Ada kalanya, cek digunakan untuk membuat pembayaran dalam jumlah yang cukup besar.

Berikut merupakan beberapa sebab cek menjadi pilihan bagi membuat sesuatu pembayaran:

  1. Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
  2. Tidak perlu menguira wang tunai
  3. Boleh dihantar melalui pos
  4. Selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai
  5. Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risik kecurian
  6. Sebagai bukti pembayaran
  7. Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan bertarikh hadapan
  8. Murah jika dibandngkan dengan cara bayaran lain
  9. Boleh batalkan pembayaran

Cara Penunaian Cheque Di Mesin Deposit

cara tunaikan cek

Bagi yang tidak tahu, anda boleh tunaikan cek anda walaupun cek tersebut dari akaun bank yang berlainan.

Sebagai contoh, sekiranya cek yang diterima adalah cek dari Maybank, bolehkah anda deposit cek tersebut ke dalam mesin deposit bank CIMB?

Jawapannya – BOLEH. Dalam contoh ini, untuk tunaikan cek terrsebut anda hanya perlu mempunyai akaun CIMB dan wang daripada cek tersebut akan terus dimasukkan ke akaun bank CIMB anda.

Mudah bukan?

Berikut adalah cara tunaikan cek di mesin deposit:

  1. Isikan maklumat anda di belakang cek seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon
  2. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di Cash Deposit Machine (CDM)
  3. Setelah lengkap semuanya, amaun yang tertera pada cek tersebut akan dimasukkkan ke akaun anda dalam masa 3 hari bekerja.

Untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari (seperti duit tidak dimasukkan ke dalam akaun pastikan anda menyimpan resit yang dikeluarkan oleh mesin CDM tersebut.

Cara Tunaikan Cek Di Kaunter Bank

Anda boleh menunaikan cek tersebut terus di kaunter bank anda.

Sekiranya cek tersebut berasal dari Maybank dan anda mahu memasukkan duit tersebut ke dalam akaun CIMB anda, maka anda perlulah ke kaunter cawangan CIMB yang berdekatan.

Ada yang memilih cara tunaikan cek di kaunter kerana tempoh pemprosesan yang lebih cepat – anda boleh tunaikan cek pada hari yang sama.

Berikut merupakan cara tunaikan cek di kaunter bank:

  1. Hadirkan diri ke kaunter bank cawangan berdekatan tempat tinggal anda
  2. Ambil nombor giliran
  3. Pastikan anda telah melengkapkan butiran anda seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon di belakang cek tersebut
  4. Jumpa pegawai bank yang bertugas sebaik nombo giliran anda dipanggil

Lokasi Cheque Deposit Machine

Untuk maklumat lanjut berkaitan penunaian cek, sila rujuk prosedur di bank anda:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!