Cara Pakai ‘Double Face Mask’ (Pelitup Muka Berganda) – KKM

cara pakai double mask kkm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Pakai Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask) oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat – Oleh Ketua Pengarah Kesihatan, KKM

Ramai yang bertanya mengenai amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask).

Ia mula menjadi bualan ramai selepas tular beberapa foto memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenakannya.

Dalam sebuah sidang media, beliau mengesahkan sendiri pemakaiannya serta keberkesanannya.

“Pemakaian ‘double face mask’ lebih berkesan iaitu dapat menapis lebih 95 peratus virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi contohnya di hospital.” kata Dr Noor Hisham.

Cara menggabungkan pelitup muka yang bersesuaian iaitu dengan surgical mask (pelitup muka pembedahan) dan cloth mask (pelitup muka jenis fabrik) ini didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. 

Berikut adalah panduan ringkas cara pakai double mask daripada KKM.

2 Kaedah Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID19 Dengan Memaksimumkan Fungsi Pelitup Muka

Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain.

Lihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di bawah:

Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka.

Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

2 Kaedah Berkesan Mempertingkatkan Fungsi Pelitup Muka

  1. Mengikat bahagian tepi face mask dan memperkemaskannya ke bahagian muka.
  2. Menggunakan 2 lapisan pelitup muka (double mask)
cara pakai double mask kkm

Baca juga: MCO 3.0 SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan PKP 25 Mei 2021

KAEDAH 1: Knot & Tuck

Knot & Tuck – (Mengikat & Memperkemas Pelitup Muka Agar Berada Rapat Dengan Muka)

Cara ini boleh dilakukan dengan mengikat bahagian kiri dan kanan pelitup muka.

Kaedah ini dilakukan agar liang-liang udara dihalang daripada memasuki bahagian dalam hidung dan mulut, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan COVID19.

Kaedah ini dapat memberi perlindungan 77% berbanding pemakaian pelitup muka 3-ply yang biasa iaitu 56.1%.

cara pakai double mask kkm

KAEDAH 2: Cara Pakai Double Mask

Kaedah kedua adalah dengan memakai 2 lapisan pelitup muka (double mask).

Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4% berbanding pemakaian 3-ply mask biasa (56.1%) dan pelitup muka jenis kain 51.4%.

Ini bermakna, pemakaian double mask adalah cara memaksimumkan fungsi pelitup muka yang paling berkesan.

Bagaimana Cara Pakai Double Mask?

Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul:

  • Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.
  • Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.
cara pakai double mask kkm

Untuk melihat video cara pakai double mask, sila rujuk langkah yang ditunjukkan oleh Pakar Kardiologi, Institut Jantung Negara, Dr Beni Rusani menerusi akaun TikToknya di bawah:

Sumber video: https://twitter.com/DrBeniRusani/status/1396709923606515720?s=20

Rujukan lanjut: https://kpkesihatan.com/

Baca juga: SELANGKAH: Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

NOTA

Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul).

Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut