Bagi murid yang ingin mendapatkan idea mengenai karangan bertajuk cara mengatasi obesiti, berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan.
Murid boleh menjadikan isi penting dan contoh karangan ini sebagai panduan.
Isi Penting
Berikut adalah isi penting bagi karangan cara mengatasi obesiti:
1. Mengamalkan Pemakanan Seimbang
- Mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak, dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur.
- Menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan.
- Makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam.
2. Melakukan Senaman Secara Teratur
- Mendisiplinkan diri dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu.
- Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan.
- Kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah.
3. Tidak Terpedaya dengan Produk Pelansingan Badan
- Berhati-hati kerana kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan.
- Kebanyakan produk yang dijual tiada jaminan keselamatan danpada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Penggunaan produk ini boleh menimbukan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan.
4. Melakukan Pemeriksaan Kesihatan
- Bagi memastikan penyakit yang dikesan lebih awal boleh dirawat sebelum menjadi kritikal termasuklah obesiti.
- Pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan yang berdekatan perlu dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
- Doktor atau pegawai kesihatan dapat memeriksa tahap kesihatan diri dan mencadangkan gaya hidup yang sesuai untuk diamalkan.
Contoh Karangan Cara Mengatasi Obesiti
i) PENDAHULUAN
Kebelakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita. Menurut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang berleblhan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Umumnya, obesiti mendatangkan peibagai keburukan khususnya kepada penamplian diri. Bukan itu sahaja, mereka yang mengalami masalah ini juga mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan serangan jantung. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada masalah ini?
ii) ISI 1: MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak, dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demiklan, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup kita lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan ‘makan secara sihat, sihat sepanjang hayat’ bagi memastikan rakyat mengamalkan pemakanan yang sihat.
iii) ISI 2: MELAKUKAN SENAMAN SECARA TERATUR
Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulah mendisiplinkan diri dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpaluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat sekal gus mencegah daripada masalah kegemukan.
iv) ISI 3: TIDAK TERPEDAYA DENGAN PRODUK PELANSINGAN BADAN
Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan banyak di pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan kini dijual dan diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan. Malah, kebanyakan produk yang dijual tiada jaminan keselamatan danpada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini boleh menimbukan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Penggunaan produk tersebut bukannya dapat menguruskan badan sebaliknya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
v) ISI 4: MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
Untuk mengelakkan masalah obesiti, setiap individu perlulah selalu melakukan pemeriksaan kesihatan. Ini bagi memastikan penyakit yang dikesan lebih awal boleh dirawat sebelum menjadi kritikal termasuklah obesiti. Oleh kerana itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan yang berdekatan perlu dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Apabila mereka berjumpa dengan doktor atau pegawai kesihatan, mereka dapat memeriksa tahap kesihatan diri dan mencadangkan gaya hidup yang sesuai untuk kita amalkan.
vi) PENUTUP
Kita perlulah sedar bahawa pentingnya untuk mengawal berat badan. Untuk memastikan obesiti tidak berlaku, maka kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, mengamalkan pemakanan yang seimbang, dan melakukan senaman serta melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Kita haruslah berpegang kepada falsalah peribahasa “mencegah lebih balk daripada mengubati” khususnya dalam memastikan kehidupan kita sentiasa sihat dan terjamin.
Rujuk : Koleksi Model Karangan / Excellent Model Essays Tahap 1 & 2 (Tahun 1-3 & Tahun 4-6)