Cara Menaikkan Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat

cara menaikkan berat badan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagaimanakah cara untuk menaikkan berat badan yang boleh anda amalkan khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kurang berat badan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara menaikkan berat badan dengan paling selamat.

Baca juga:

Masalah kurang berat badan

Kurang berat badan atau underweight adalah keadaan di mana berat badan seseorang di bawah ringan atau Indeks Jisim Badan (BMI) kurang daripada 18.5.

Masalah berat badan yang sentiasa berubah-ubah dan dalam masa yang sama berat badan secara berterusan lebih 5% dari berat badan normal.

Berat badan yang turun secara mendadak dengan banyak boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami kekurangan zat makanan dan tidak mendapatkan nutrusi yang cukup untuk badan.

Gejala kurang berat badan

Jika anda kurang berat badan, anda mungkin akan mudah diserang penyakit dan rasa sangat letih.

Ini mungkin kerana anda tidak mendapat nutrisi yang betul yang diperlukan diet harian. Dari segi penampilan diri, rambut juga akan mula menipis dan gugur, kulit menjadi sangat kering dan gigi mulai rosak.

Selain itu, gejala lain yang memberi kesan kepada seseorang yang kurang berat badan adalah seperti:

  • osteoporosis
  • jangkitan, yang lebih sukar untuk dilawan
  • anemia
  • haid tidak teratur pada wanita, atau haid mungkin berhenti sama sekali
  • masalah kehamilan, seperti kesukaran untuk hamil atau peluang lebih tinggi untuk kelahiran pramatang
  • masalah jantung

Kurang berat badan boleh menjadi sangat berbahaya bagi orang yang lebih tua kerana ia meningkatkan risiko patah tulang dan menjadi sakit.

Punca kurang berat badan

Antara punca seseorang kurang berat badan adalah kerana beberapa faktor seperti:

  • Malnutrisi
  • Sarcopenia
  • Kanser
  • Hipertirodism
  • HIV dan AIDS
  • Penyakit ulser peptik
  • Kemurungan
  • Kegagalan janting kongestif
  • Penyakit kencing anis
  • Pengambilan alkohol berlebihan

Cara untuk menaikkan berat badan

Menambah berat badan mungkin sukar untuk sesetengah orang yang kurus secara semula jadi dan mempunyai metabolisme yang laju.

Berikut adalah beberapa cara untuk menaikkan berat badan bagi anda diluar sana yang berimpian untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dan sempurna.

1. Tentukan jenis berat badan yang disasarkan

Prevention

Cara untuk menaikkan berat badan yang pertama adalah dengan menentukan jenis berat badan yang anda sasarkan sama ada diet berlemak (fatty weight) atau otot tanpa lemak (lean muscles).

Jika anda mempunyai diet berlemak, anda akan lebih cenderung untuk mengumpul berat di bahagia perut, paha, dan punggung.

Manakala jika anda ingin menambah berat badan otot tanpa lemak, anda mesti melakukan latihan kekuatan dan beban.

2. Makan dengan lebih kerap

Perlahan-lahan mula makan 5 hingga 6 hidangan setiap hari dengan saiz kecil pada waktu siang.

Cuba selaraskan badan anda untuk mengenali bila waktu anda lapar. Tetapi anda mungkin perlu merancang masa tertentu untuk makan walaupun anda tidak begitu lapar.

3. Pilih makanan yang berkhasiat

Cara untuk menaikkan berat badan seterusnya adalah pilih makanan yang berkhasiat.

Anda harus memastikan anda makan makanan yang memberi tenaga mencukupi untuk membantu menambah berat badan, protein untuk membaiki badan dan membina otot, serta vitamin dan mineral untuk memastikan sel badan anda berfungsi dengan baik.

Tujuannya adalah untuk menambah berat badan secara beransur-ansur dengan memakan makanan yang sihat.

Walaupun anda kurang berat badan, cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan gula tambahan, lemak dan garam seperti kek, minuman manis, burger, makanan segera, dan sebagainya.

Dengan mengikuti corak pemakanan yang disyorkan dalam garis panduan, anda akan mendapat cukup nutrisi penting untuk kesihatan yang baik, dan juga membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan jangka panjang.

4. Bersenam

Senaman terutamanya latihan kekuatan boleh membantu anda menambah berat badan dengan membina otot. Senaman juga boleh merangsang selera makan anda nanti.

5. Tingkatkan pengambilan kalori

cara menaikkan berat badan
eMediHealth

Pengambilan kalori adalah kunci untuk menambah berat badan setiap orang. Untuk mencapai 1kg dalam satu masa seminggu, anda perlu mengembangkan penggunaan kalori anda sebanyak 500-1000 kalori setiap hari.

Hanya dengan menambah makanan yang tinggi kalori, anda boleh mencapai berat badan matlamat anda dengan sihat. Antara makanan yang boleh anda tambahkan ke dalam diet anda ialah:

  • Protein seperti daging merah, daging babi, ayam, salmon, telur, keju, yogurt penuh lemak
  • Karbohidrat seperti kentang, pasta bijirin penuh, roti bijirin penuh
  • Lemak seperti kacang dan mentega kacang, keju tinggi lemak, alpukat

6. Minum banyak air

cara menaikkan berat badan
Healthdirect

Selain itu, anda juga boleh meningkatkan pengambilan air setiap hari. Kami cadangkan anda minum minuman tanpa kafein seperti jus buah-buahan, susu kotak, dan susu soya.

Minuman ini mempunyai jumlah kalori yang tinggi bersama dengan nutrisi yang mampu menambah berat badan anda secara sihat.

Namun, elakkan dari minum air 10 minit selepas setiap kali makan dan lebih awal daripada makan juga. Anda disyorkan untuk minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari.

Cara menaikkan berat badan tak berjaya?

Anda dinasihatkan untuk jumpa doktor sekiranya anda telah cuba untuk menambah berat badan tetapi tidak dapat mencapai matlamat yang diinginkan.

Sesiapa yang mengalami sebarang kesan kesihatan buruk akibat tidak dapat menambah berat badan, seperti terlepas haid atau ketidaksuburan, juga harus berjumpa doktor.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara menaikkan berat badan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Foods For Gaining Weight Quickly and Safely. Medical News Today
  2. What to Do If You Are Underweight. Healthdirect
  3. Trying to Gain Weight? These 7 Strategies Can Help. Henry Ford Health
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut