15 Cara Hilangkan Sakit Tekak Secara Semulajadi

cara hilangkan sakit tekak
15 Cara Hilangkan Sakit Tekak yang Berkesan Tanpa Ubat!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara hilangkan sakit tekak sering menjadi persoalan ramai kerana ia merupakan masalah biasa yang boleh berlaku akibat jangkitan, cuaca kering, atau penggunaan suara secara berlebihan.

Walaupun kebanyakan kes tidak serius, rasa perit dan ketidakselesaan boleh mengganggu aktiviti harian.

Artikel ini akan berkongsi 15 cara hilangkan sakit tekak secara semulajadi, menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah dan tanpa bergantung kepada ubat kimia.

Baca juga: 6 Ubat Sakit Tekak Yang Anda Boleh Cuba Untuk Kelegaan Segera

Cara Hilangkan Sakit Tekak yang Berkesan

Terdapat pelbagai cara hilangkan sakit tekak yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Berikut adalah cara hilangkan sakit tekak dan teknik melakukannya dengan betul:

1. Kumur Air Garam

cara hilangkan sakit tekak

Berkumur dengan air garam merupakan cara hilangkan sakit tekak yang paling terkenal dan mudah untuk melegakan sakit tekak.

Garam bertindak sebagai agen anti-radang semula jadi yang membantu mengurangkan pembengkakan di kawasan tekak dengan menarik keluar lebihan cecair dari tisu yang meradang.

Selain itu, berdasarkan kajian oleh National Center for Biotechnology Information, larutan air garam juga dipercayai mampu membunuh kuman berbahaya yang boleh menyebabkan atau memburukkan lagi sakit tekak.

Untuk menyediakan larutan ini, campurkan satu sudu teh garam ke dalam secawan air suam dan kacau sehingga larut sepenuhnya.

Gunakan campuran ini untuk berkumur selama kira-kira 30 saat, kemudian luahkan. Ulang proses ini setiap satu jam jika perlu untuk meredakan ketidakselesaan.

2. Cuka Epal

Berdasarkan kajian oleh International Journal of Microbiology, acetic acid dalam cuka epal terbukti membantu melawan bakteria penyebab jangkitan, termasuk yang boleh menyebabkan sakit tekak.

Malah pakar perubatan Greek purba, Hippocrates, yang dikenali sebagai bapa perubatan, pernah mengesyorkan campuran cuka epal dan madu, yang dikenali sebagai oxymel, untuk merawat gejala selesema seperti batuk dan tekak sakit.

Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Cuka Epal

  1. Campurkan satu sudu besar (1 tbsp) apple cider vinegar ke dalam secawan air suam.
  2. Tambahkan satu sudu besar madu sebagai pilihan untuk rasa yang lebih enak dan kesan menenangkan tambahan.
  3. Minum perlahan-lahan bagi membolehkan keasidan lembut cuka dan sifat antibakterianya membantu membersihkan tekak serta mengurangkan keradangan.

Namun begitu, penggunaan apple cider vinegar perlulah berhati-hati. Jika diambil secara berlebihan atau tanpa dicairkan, ia boleh menyebabkan hakisan gigi serta gangguan sistem penghadaman.

Oleh itu, pastikan anda mencampurkannya dengan air suam secukupnya dan elakkan penggunaannya secara berpanjangan tanpa nasihat pakar.

3. Akar Marshmallow

cara hilangkan sakit tekak

Bahagian akar mashmallow yang paling berkesan ialah mucilage, sejenis bahan seperti gel yang terdapat dalam akar tumbuhan ini.

Menurut kajian oleh National Center for Biotechnology Information, Mucilage ini bertindak menyelaputi lapisan tekak yang meradang, memberikan kelegaan serta mengurangkan kegatalan dan rasa perit. Kajian juga menunjukkan bahawa akar marshmallow boleh membantu melegakan batuk kering dan iritasi saluran pernafasan ringan.

Anda boleh menikmati dengan teh. Caranya, rendam satu sudu akar marshmallow kering ke dalam secawan air panas selama kira-kira 10 minit, kemudian tapis dan minum sebelum tidur. Ia memberi rasa nyaman dan membantu melembapkan tekak semasa tidur.

4. Madu

Madu bukan sahaja sekadar pemanis semula jadi, malah ia juga berperanan sebagai ubat tradisional yang sangat berkesan untuk melegakan sakit tekak.

Bahkan menurut National Center for Biotechnology Information, dengan sifat anti-radang, antioksidan dan antimikrobannya, madu membantu melawan jangkitan di kawasan tekak yang meradang serta memberikan kelegaan daripada rasa sakit dan tidak selesa.

Ramai orang menggabungkan madu dengan bahan semula jadi lain seperti air suam, cuka epal atau herba untuk menghasilkan ramuan yang lebih mujarab dan enak diminum.

Salah satu kebaikan madu ialah kemampuannya untuk menambah rasa yang menyenangkan kepada rawatan semula jadi yang lain mungkin pahit atau tidak menyelerakan. Jenis madu yang sering digunakan termasuk madu mentah dan manuka honey, yang terkenal dengan potensi perubatannya.

Walau bagaimanapun, madu tidak sesuai untuk bayi bawah umur satu tahun kerana sistem imun mereka belum cukup kuat untuk menentang bakteria tertentu seperti spora botulisme yang boleh wujud dalam madu.

5. Air Lemon

Lemon mengandungi vitamin C serta antioksidan yang kuat, yang berfungsi melawan keradangan dan mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan, dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan simptom penyakit.

Sifat anti-radang ini membantu melegakan rasa perit dan bengkak di tekak dengan cara yang semulajadi. Kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information juga mendapati bahawa, lemon merangsang penghasilan air liur, yang penting untuk memastikan lapisan mukosa di dalam tekak sentiasa lembap.

Keadaan ini membantu mengurangkan rasa kering dan ketidakselesaan ketika menelan. Untuk mendapatkan kesan maksimum, campurkan perahan lemon bersama air suam dan sedikit madu atau air garam.

6. Teh Akar Halia

Halia terkenal sebagai rempah yang mempunyai kesan antibakteria dan anti-radang, yang membantu mengurangakn kesakitan serta melawan jangkitan di kawasan tekak.

Kajian oleh National Center for Biotechnlogy menunjukkan bahawa, ekstrak halia mampu membunuh beberapa jenis bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan saluran pernafasan.

Malah, halia juga didapati mampu mengurangkan keradangan dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit paru-paru seperti tuberkulosis.

Teh halia boleh dibeli dengan mudah di pasaran, tetapi versi buatan sendiri dari halia segar jauh lebih berkesan.

Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Teh Akar Halia

Bahan-bahan:

  • 1 liter air
  • Seketul halia segar
  • 1 sudu besar madu atau pemanis pilihan
  • Sedikit perahan jus lemon

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, kupas dan parut halia ke dalam mangkuk kecil.
  2. Didihkan air dalam periuk besar, kemudian matikan api dan masukkan satu sudu besar halia parut ke dalamnya.
  3. Tutup periuk dan biarkan halia meresap selama 10 minit.
  4. Selepas itu, tambahkan madu dan jus lemon, kacau rata dan sedia untuk diminum.
  5. Teh ini boleh diminum panas atau sejuk, mengikut keselesaan.

Baca juga: Simptom, Punca & Makanan Untuk Sakit Tekak

Cara Hilangkan Sakit Tekak #7. Minyak Kelapa

Cara hilangkan sakit tekak yang berikutnya adalah dengan menggunakan minyak kelapa. Minyak kelapa merupakan bahan semula jadi yang serba guna dan penuh dengan manfaat kesihatan, termasuk dalam merawat sakit tekak.

Menurut National Center for Biotechnology Information, minyak kelapa mempunyai sifat anti-radang dan antimikrob yang boleh membantu melawan jangkitan serta mengurangkan keradangan di kawasan tekak yang terjejas.

Selain itu, teksturnya yang lembut dan berlemak menjadikan ia sangat menenangkan kerana mampu melincirkan membran mukus di dalam tekak, sekali gus mengurangkan rasa perit dan kekeringan.

Terdapat beberapa cara mudah untuk menggunakan minyak kelapa bagi melegakan sakit tekak. Anda boleh menambah satu sudu minyak kelapa ke dalam teh panas, minuman koko panas, atau semangkuk sup.

Alternatif lain yang popular ialah dengan mengambil satu sudu dan biarkan ia cair di dalam mulut, membiarkannya menyelaputi lapisan tekak secara perlahan.

Namun, pengambilan minyak kelapa perlulah berpada-pada. Hadkan kepada sekitar dua sudu besar (30 ml) sehari kerana dos berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit.

8. Kayu Manis

Dalam perubatan tradisional Cina, kayu manis telah lama digunakan sebagai cara hilangkan sakit tekak kerana kemampuannya menghangatkan badan serta menyokong sistem imun. Bukti ini dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh National Center for Biotechnology Information.

Salah satu cara terbaik untuk menikmati manfaat kayu manis ialah melalui teh kayu manis, yang boleh dibeli di pasar raya atau secara dalam talian. Anda juga boleh menambah serbuk kayu manis ke dalam teh herba atau teh hitam biasa.

Selain itu, terdapat satu resepi yang lebih lembut dan menyenangkan untuk tekak iaitu cinnamon almond milk.

Cara Hilangkan Sakit Tekak dengan Kayu Manis

  1. Campurkan 1/2 sudu teh serbuk kayu manis dan 1/8 sudu teh soda penaik dalam periuk kecil.
  2. Tambahkan satu cawan susu badam dan kacau rata.
  3. Panaskan sehingga hampir mendidih.
  4. Kemudian matikan api dan masukkan satu sudu besar madu atau pemanis pilihan.

9. Lozenge Herba

Lozenge atau tablet hisap ini membantu mengekalkan kelembapan di dalam mulut dan tekak sambil memberikan kelegaan segera daripada rasa pedih dan kering.

Lozenge herba boleh didapati di kedai makanan kesihatan atau secara dalam talian, dan biasanya mengandungi bahan semula jadi yang mempunyai kesan menenangkan serta antiradang.

Antara herba yang sering digunakan dalam lozenge ialah slippery elm, sejenis herba yang mengandungi mucilage bahan semula jadi yang berfungsi menyelaputi lapisan tekak dan mengurangkan kerengsaan, sama seperti akar marshmallow.

Baca juga: 10 Gula Gula Sakit Tekak Untuk Melegakan Sakit Tekak

10. Minum Banyak Cecair

Walaupun menelan mungkin terasa perit apabila tekak sedang sakit, namun pengambilan cecair yang mencukupi adalah salah satu langkah paling penting untuk mempercepatkan pemulihan.

Tekak yang kering boleh menjadi lebih mudah merengsa, jadi memastikan membran mukus di tekak sentiasa lembap sangat penting untuk menggalakkan proses penyembuhan semulajadi. Minum air dalam kuantiti yang mencukupi membantu mengekalkan kelembapan ini dan juga menyokong sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Antara cecair yang sesuai diminum termasuk air kosong, teh herba, infusi semula jadi, sup atau minuman lain yang selesa diminum mengikut suhu yang anda sukai sama ada suam, panas atau sejuk.

11. Gunakan Humidifier

Udara kering, terutamanya ketika cuaca sejuk atau berada dalam bilik berhawa dingin, boleh membuatkan tekak yang sedang sakit terasa semakin pedih. Menurut National Institutes of Health, dalam keadaan ini, penggunaan humidifier (alat pelembap udara) amat membantu.

Humidifier berfungsi menambah kelembapan ke dalam udara, sekali gus melembapkan rongga hidung dan tekak yang kering, serta menjadikan proses pernafasan lebih selesa dan kurang menyakitkan.

Untuk kesan yang lebih menenangkan, anda boleh menambah beberapa titis minyak pati seperti peppermint, eucalyptus, atau lavender ke dalam humidifier anda.

Ini bukan sahaja membantu menyegarkan udara, tetapi juga memberikan kesan aromaterapi yang boleh melegakan tekak dan meningkatkan rasa nyaman ketika berehat.

12. Rehat Secukupnya

Salah satu cara paling asas tetapi sangat penting untuk melegakan sakit tekak ialah dengan memberi tubuh rehat yang mencukupi. Apabila anda tidur dan berehat dengan baik, badan mempunyai peluang untuk memulihkan diri secara semula jadi.

Tidur malam yang berkualiti membantu sistem imun melawan jangkitan yang mungkin menjadi punca sakit tekak. Selain itu, elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh membebankan tekak seperti menyanyi, bercakap terlalu kuat, atau bercakap terlalu lama.

Memberi ruang kepada tekak untuk “berdiam diri” adalah seperti membenarkan luka untuk sembuh tanpa gangguan. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya dan kurangkan penggunaan suara sepanjang tempoh sakit untuk mempercepatkan proses pemulihan.

13. Semburan Tekak dengan Minyak Pati

Jika anda mencari kelegaan sakit tekak tanpa bergantung kepada ubat-ubatan, semburan tekak berasaskan minyak pati boleh menjadi pilihan semula jadi yang berkesan.

Beberapa kajian mencadangkan bahawa minyak pati tertentu mempunyai sifat anti-radang yang mampu membantu melegakan ketidakselesaan di tekak.

Walaupun kesan antivirusnya masih memerlukan lebih banyak kajian, keberkesanan minyak pati dalam mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan segera tetap menjadikannya pilihan yang bernilai.

Kebanyakan semburan tekak jenis ini mengandungi campuran minyak pati aktif seperti Anatolian sage, echinacea, eucalyptus, geranium, chamomile Jerman, lemon, oregano, dan peppermint.

Kombinasi ini bukan sahaja memberikan rasa segar dan menenangkan, tetapi juga membantu menyejukkan dan melicinkan kawasan tekak yang perit. Semburan ini mudah digunakan, sesuai dibawa ke mana-mana, dan boleh digunakan beberapa kali sehari untuk mengekalkan kelegaan yang berterusan.

14. Hisap Aiskrim Batang

Jika anda bosan minum air sejuk untuk melegakan sakit tekak, menghisap aiskrim batang atau ice pop boleh menjadi alternatif yang menyegarkan dan sama berkesannya.

Suhu sejuk daripada ais ini membantu mengecutkan salur darah kecil di kawasan tekak, sekali gus mengurangkan keradangan dan memberikan rasa lega sementara daripada kesakitan.

Selain ice pop, cip ais atau bahkan ais krim juga boleh memberikan kesan yang menenangkan pada tekak yang meradang. Namun, penting untuk mengelakkan perisa berasaskan sitrus seperti lemon atau oren dalam ice pop kerana ia boleh mencetuskan refluks asid, yang mungkin memburukkan lagi simptom sakit tekak.

Pilih perisa yang lembut dan tidak berasid seperti vanila, beri atau susu untuk memastikan pengalaman yang lebih selesa.

15. Mandi Wap

Menurut pakar, wap yang dihasilkan semasa mandi dapat membantu melembapkan saluran udara dan tisu tekak yang kering atau bengkak. Dalam keadaan biasa, tekak kita menghasilkan lendir untuk kekal lembap, tetapi apabila berlaku keradangan, kawasan tersebut boleh menjadi terlalu kering dan terasa kasar.

Kelembapan dari wap mandi akan membantu mengembalikan kelembapan semula jadi pada tisu tekak, sekaligus melegakan rasa pedih dan tidak selesa.

Anda hanya perlu mandi air panas seperti biasa, tetapi biarkan pintu bilik mandi tertutup agar wap dapat memenuhi ruang dan disedut dengan perlahan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dengan mengamalkan langkah-langkah semulajadi ini, anda bukan sahaja dapat melegakan sakit tekak dengan lebih selesa, malah menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Pilih kaedah yang paling sesuai dengan keadaan anda, dan jika simptom berlarutan melebihi beberapa hari, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: