Mungkin ramai orang terlepas pandang yang kaedah atau cara hilangkan sakit gigi ini sebenarnya boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah kita sendiri!
Jimat kos dan masalah sakit gigi kita pun boleh hilang dengan cepat. Apa yang paling penting, kebanyakkan adalah olahan dari khasiat yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 15 cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan menggunakan bahan yang mudah dan ringkas.
Baca juga:
Punca-punca berlaku sakit gigi
Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah sakit gigi adalah kerana berlaku:
- Kerosakan Gigi (Karies): Ini adalah merupakan punca sakit gigi yang popular. Jangkitan di dalam gigi boleh disebabkan oleh gigi berlubang dan sebagainya. Makanan yang tersekat di dalam gigi yang rosak (berlubang dll) menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan jangkitan yang boleh menjadi punca sakit gigi.
- Keradangan Gusi: Keradangan gusi yang berlaku akibat penjagaan gusi yang tidak baik boleh melarat kepada radang periodontitis (gusi dan struktur periodontal (sekitar gigi) mengalami keradangan).
- Gigi Sensitif: Anda merasakan sakit gigi apabila memakan makanan atau minuman yang sejuk atau panas.
Cara hilangkan sakit gigi dengan mudah
Terdapat pelbagai cara hilangkan sakit gigi secara alami sama ada menggunakan cara dan petua tradisional mahupun moden.
Antara caranya adalah:
- Tuam menggunakan kain sejuk / ais
- Gunakan produk kumur mulut
- Tuam uncang teh pudina
- Berkumur dengan air garam
- Tempelkan bawang putih
- Gigit bunga cengkih
- Berkumur dengan air garam hangat
- Berkumur dengan air rebusan daun sirih
- Kurangkan makanan dan minuman panas atau sejuk
- Kumur jus limau nipis
- Gosok gusi dengan soda bikarbonat
- Air rebusan serai
- Menggunakan daun thyme
- Konsultasi dengan doktor gigi
Rujuk penerangan bagi setiapnya di bawah:
1. Tuam dengan kain sejuk / ais
Anda boleh cuba menggunakan cara ini pada awal kesakitan gigi. Kain sejuk atau ais berupaya untuk membantu mengecutkan salur darah pada kawasan gigi yang sakit sekaligus mengurangkan rasa sakit.
Caranya mudah sahaja, tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selama 20 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sakit gigi anda berkurangan.
2. Guna produk kumur mulut
Produk di farmasi untuk kumur mulut mengandungi hidrogen peroksida, sejenis bahan yang mempunyai pelbagai jenis manfaat untuk penjagaan oral.
Ia boleh membantu memberikan kelegaan sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.
Anda boleh mendapatkannya di farmasi ataupun melalui deskripsi doktor gigi. Ikut arahan penggunaan yang diberikan. Selepas berkumur, buangkan sahaja ceciar tersebut.
3. Tuam dengan uncang teh pudina
Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif (tidak boleh gunakan kain sejuk/ais), anda boleh ikhtiar menggunakan cara ini.
Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit.
Pastikan uncang tersebut tidak panas. Namun, jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk (letakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit), ia juga berkesan.
4. Kumur dengan air garam
Ini merupakan cara yang paling mudah. Anda hanya perlukan sesudu garam dan secawan air panas.
Larutkan garam tersebut dan biarkan seketika sehingga suhu air menjadi suam. Kemudian, berkumur-kumurlah dengan menggunakan larutan air garam tersebut.
Garam dipercayai mempunyai sifat antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan bakteria pada gigi anda.
5. Tempelkan bawang putih
Ambil seulas bawang putih dan kupaskan. Hiris bawang tersebut tipis-tipis dan tempelkan pada gigi yang sakit.
Kemudian biarkan selama sejam atau lebih, sehingga sakit gigi anda semakin berkurangan.
Baca juga : Bawang Putih : Kandungan Nutrisi, Khasiat & Kegunaan
6. Gigit bunga cengkih
Sekiranya anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakan petua ini. Ambil tiga biji bunga cengkih kemudian tumbuk sehingga hancur.
Letakkan serbuk bunga cengkih tadi ke kawasan gigi yang sakit dan tutup lubang gigi tersebut menggunakan kapas. Gigit kapas tersebut sehingga sakit gigi beransur hilang.
7. Kumur dengan air garam hangat
Berkumur dengan air garam hangat adalah cara yang efektif untuk mengatasi sakit gigi.
Campurkan setengah sudu teh garam ke dalam segelas air hangat, dan kacau hingga garam larut sepenuhnya.
Berkumurlah dengan larutan garam ini selama beberapa minit sebelum meludahkannya semula.
Khasiat garam akan membantu mengurangi peradangan dan membunuh bakteria di sekitar gigi yang sakit.
8. Kumur dengan air rebusan daun sirih
Daun sirih telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional untuk mengatasi masalah gigi dan mulut.
Daun sirih mengandung khasiat antibakteri yang dapat membantu mengurangi rasa sakit dan peradangan pada gigi yang sakit.
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun sirih segar, cuci bersih, dan kunyahlah di sisi gigi yang terasa sakit selama beberapa minit.
Air liur yang dihasilkan akan membantu meredakan rasa sakit dan memberikan kesan antiseptik pada gigi yang sakit.
9. Kurangkan makan atau minum yang panas atau sejuk
Apabila anda mengalami sakit gigi, disyorkan untuk mengelakkan makanan dan minuman panas atau sejuk.
Suhu ekstrem boleh meningkatkan rasa sakit dan ketidakselesaan pada gigi yang sensitif atau bengkak.
Oleh itu, ambil makanan dan minuman yang berada pada suhu bilik untuk mengelakkan peningkatan rasa sakit.
10. Kumur dengan jus limau nipis
Jus limau nipis mempunyai sifat antibakteria yang membantu mengurangkan kuman dalam mulut dan merawat sakit gigi. Ambil sebiji limau nipis, perah dan campurkan dengan sedikit air.
Kumur campuran jus limau nipis itu dalam mulut selama beberapa minit sebelum meludahkannya. Ia membantu membersihkan kuman dan meredakan keradangan pada kawasan yang sakit.
11. Gosok gusi dengan soda bikarbonat
Soda bikarbonat atau baking soda, boleh menjadi penawar semulajadi yang berkesan untuk sakit gigi. Campurkan satu sudu teh soda bikarbonat dengan air panas untuk membuat larutan.
Gosokkan larutan ini ke gusi yang sakit menggunakan jari anda. Ia membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kesan sejuk yang menyegarkan.
12. Air rebusan serai
Air rebusan serai juga adalah pilihan terbaik untuk mengubati sakit gigi. Hal ini kerana, minyak serai memiliki banyak kandungan yang ternyata cukup berkhasiat dalam meredakan rasa sakit.
Dikutip di laman Clove Dental, minyak serai kaya dengan vitamin C, A dan E dan memiliki sifat antibakteria yang mana mampu menghilangkan bakteria di rongga mulut, mencegah kerosakan gigi serta penyakit gusi.
13. Guna daun thyme
Tymye juga juga mempunyai ciri antibakteria dan antioksidan yang kuat.
Ia boleh membantu merawat sakit gigi, dan melawan bakteria yang menyumbang kepada kerosakan gigi.
Kaedahnya boleh digunakan melalui minyak pati thyme atau berkumur dngan menambah setitik minyak ke dalam segelas kecil air.
14. Jumpa dengan doktor gigi
Jika sakit gigi anda tidak sembuh dalam jangka waktu tertentu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mungkin memberikan ubat untuk penghilang rasa sakit atau antibiotik jika diperlukan.
Jika perlu, perawatan yang lebih lanjut, seperti pembersihan gigi atau pencabutan gigi yang rosak akan dilakukan kepada anda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sakit gigi boleh mengganggu dan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat mengatasi sakit gigi dengan cara alami dan mengurangi rasa sakit yang dirasai.
Namun begitu, pastikan juga anda sentiasa menjaga kebersihan gigi dan mulut secara teratur untuk mencegah sakit gigi di masa akan datang.
Sumber:
- Toothache Home Remedies. WebMD
- Home and Natural Remedies for Toothache Pain. Healthline