Cara Guna WhatsApp Di 4 Peranti Berbeza (WhatsApp Multi-Device)

Tahukah anda kini WhatsApp menyokong penggunaan sehingga 4 peranti serentak walaupun telefon anda tiada sambungan internet.

Melalui WhatsApp multi-device ini, pengguna boleh terus menghantar WhatsApp walaupun bateri telefon anda mati.

Namun satu akaun WhatsApp hanya terhad untuk satu telefon bimbit sahaja.

Bermakna pengguna tidak boleh menggunakan WhatsApp yang sama di dua telefon berbeza.

Dan sekiranya telefon tersebut tidak aktif selama lebih dari 14 hari, kesemua pautan empat peranti akan diputuskan.

WhatsApp Multi-Device

Untuk aktifkan fungsi ini, anda perlu sertai program beta. Caranya:

Android

  1. Buka WhatsApp > tekan More options
  2. Tekan Linked Devices
  3. Tekan Multi-devices beta
  4. Tekan JOIN BETA

iPhone

  1. Pergi ke WhatsApp Settings
  2. Tekan Linked Devices
  3. Tekan Multi-devices beta
  4. Tekan JOIN BETA

Ciri Yang Tidak Disokong

Berikut antara ciri-ciri yang masih tidak disokong oleh WhatsApp Multi-Device ini:

Untuk info lanjut, rujuk WhatsApp Help Center.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!