Go+ TNG : Cara Daftar & Ciri Baharu eWallet Touch N Go Patuh Syariah

GO+ adalah ciri baharu Touch ’n Go eWallet yang dilancarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (“TNGD”) yang membolehkan baki di akaun GO+ anda berpotensi mendapat pulangan.

Dengan semakin ramai pengguna TNG eWallet kini beralih ke RFID dan boleh membua bayaran online, jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Go+ ciri kelebihannya untuk pengguna.

Apakah Go+ TNG?

Pengguna Touch ‘n Go (TnG) eWallet kini dapat memanfaatkan peluang pelaburan baharu menerusi fungsi GO+ yang ditawarkan di dalam aplikasi berkenaan.

Subsidiari Touch ‘n Go, TNG Digital yang bertanggungjawab bagi pelaburan ini telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Januari lalu. Ini membolehkan perkhidmatan pelaburan sedemikian dapat ditawarkan menerusi platform berkenaan.

Menerusi ruangan soalan lazim rasminya, perkhidmatan baharu ini membolehkan pengguna menjana pendapatkan berdasarkan jumlah amaun di dalam akaun GO+. Serta, ianya diasingkan dengan nilai baki di dalam TnG eWallet pengguna.

Bagaimanapun, tidak seperti anda mendepositkan ke dalam bank, menerusinya anda akan melabur di dalam dana pasaran wang dengan risiko yang rendah.

Dana tersebut dikenali sebagai Principal e-Cash, dan diuruskan oleh Principal Asset Management. Ianya merupakan syarikat pengurusan dana melalui usahasama di antara Principal Financial Group dan CIMB Group Holdings Berhad.

Direka untuk kegunaan umum, GO+ memerlukan nilai pelaburan serendah RM10 sahaja. Sesebuah akaun dibenarkan untuk melabur sehingga RM9,500. Anda juga boleh membuat permohonan pengeluaran tunai pada bila-bila masa.

Baca juga: Touch ‘n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online

Kelebihan Go+ TNG

Kelebihan utama GO+ terletak pada fleksibiliti dan kecairannya. Pengguna dapat menggunakan baki dalam akaun GO+ mereka secara bebas untuk transaksi harian, sambil dapat memperoleh faedah dari baki GO+ yang ada.

Kelebihan GO+ termasuklah:

  • Mudah dan pantas untuk membuka akaun GO+
  • Jumlah pelaburan awal yang berpatutan, i.e., tambah nilai minimum adalah RM10
  • Kelancaran tambah nilai baki Touch ‘n Go eWallet melalui fungsi Quick Reload Payment
  • Pulangan yang dikreditkan setiap hari
  • Pengeluaran wang boleh dibuat bila-bila masa sahaja

GO+ adalah produk pelaburan jangka pendek yang memberikan keupayaan penggunaan lancar yang tidak dimiliki oleh instrumen pelaburan yang lain. Ia tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan lain di pasaran modal.

Adakah Go+ Patuh Syariah?

Terkini, Touch n Go telah menambahbaik dan Principal e-Cash Fund, dana pendasar bagi GO+ adalah berstatus patuh Syariah.

Semua Nilai Aset Bersih (NAB) Dana akan dilaburkan ke dalam kombinasi tunai (di bank), penempatan deposit Islam, instrumen pasaran wang Islam dan/atau sukuk dalam MYR.

Baca juga: RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan

Cara Daftar & Tambah Nilai Pertama Kali

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan pengguna Touch ‘n Go eWallet yang telah membuat pengesahan akaun.

Anda perlu klik ikon naik taraf di Touch ‘n Go eWallet anda dan ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Selesaikan pengesahan akaun – anda perlu sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet dengan ID dan maklumat peribadi

Langkah 2 : Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch ‘n Go eWallet

Langkah 3 : Pastikan pengesahan akaun dan kenaikkan taraf ke GO+ telahpun berjaya dan anda boleh memasukkan wang ke akaun GO+.

Nota : Maklumat yang diminta adalah syarat peraturan wajib untuk membuka akaun pelaburan seperti Principal e-Cash melalui GO+.

Jumlah Minimum & Maksimum Baki Akaun

Jumlah minimum yang perlu dimasukkan untuk setiap transaksi adalah RM10, tidak kira daripada baki Touch ‘n Go eWallet anda ataupun daripada FPX perbankan dalam talian.

Had baki akaun individu bagi akaun GO+ adalah RM9,500. Sekiranya anda telah mencapai had maksimum ini, anda tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+ lagi. Namun, anda masih boleh mendapat pulangan pelaburan harian anda.

Walau bagaimanapun, keseluruhan baki agregat bagi semua pengguna GO+ adalah terhad kepada RM5 bilion (“Had Agregat”). Walaupun pengguna individu mempunyai had sehingga RM9,500, amaun maksimum yang anda boleh melabur masih tertakluk kepada Had Agregat. Maksudnya, jika Had Agregat telahpun tercapai, pengguna tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk FAQ berkenaan GoPlus TNG melalui pautan berikut:

https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/360007726074-GO-

Selain itu, anda boleh menghantar pertanyaan di https://tngd.my/careline-webform.

Anda juga boleh hubungi Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go eWallet di +(603) 5022 3888. Waktu operasi adalah Isnin hingga Ahad, dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti umum).

Laman web: https://goplus.touchngo.com.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!