Haid Lambat? Ini Cara Cepatkan Period Yang Boleh Dicuba

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mungkin ada sesetengah wanita ingin cepatkan period untuk sebab tertentu seperti ingin menunaikan umrah, hari perkahwinan bakal tiba atau haid datang lambat daripada biasa.

Walaupun tiada cara cepatkan period dijamin berkesan, namun beberapa kaedah mungkin dapat membantu mempengaruhi kitaran haid.

Sebelum mencuba cara-cara yang kami bakal kongsikan ini, anda juga dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Hal ini kerana sesetengah cara boleh menganggu kehamilan, pengambilan ubat atau keadaan kesihatan.

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita semak beberapa cara cepatkan period.

Cara Cepatkan Period Yang Boleh Dicuba

1. Pil Perancang Kehamilan

Penggunaan pil perancang kehamilan adalah cara yang dikatakan paling berkesan untuk mengawal kitaran haid.  

Untuk cepatkan haid, berhenti ambil pil yang mengandungi hormon atau tukarkannya kepada pil placebo (yang tidak mengandungi hormon).

Sekiranya anda ingin tukar cara pengambilan pil, anda boleh ambil langkah pencegah kehamilan tanpa hormon untuk sebulan dua. Ini termasuklah penggunaan kondom dan diafragma.

Anda boleh berunding dengan doktor untuk amalkan cara yang paling sesuai.

cara cepatkan period

2. Ambil Vitamin C

Walaupun tiada kajian yang mengesahkan keberkesanan vitamin C untuk cepatkan period, namun ramai wanita yang mengatakan ia berkesan.

Ada juga teori yang mengatakan pengambilan vitamin C boleh cepatkan haid kerana ia mempunyai kesan seperti hormon progesteron.

Tahap progesteron akan meningkat selepas ovulasi. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, tahap estrogen serta progesteron akan menurun dan akhirnya mencetuskan haid.

Jumlah pengambilan vitamin C yang disyorkan bagi wanita yang tidak hamil atau menyusukan adalah 75 miligram sehari.

Anda juga boleh lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan khasiat vitamin C seperti :

  • Buah oren, kiwi, tomato, strawberi dan limau gedang.
  • Bayam dan brokoli

3. Ambil Herba Tertentu

Sesetengah herba dipercayai dapat cepatkan period secara semulajadi. Antara herba yang dimaksudkan adalah :

  • Parsley
  • Halia
  • Saffron
  • Kulit kayu manis
  • Chamomile
  • Jintan
  • Bijan
  • Temulawak

Herba ini perlulah dielakkan oleh wanita hamil kerana ia dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran atau masalah pada janin.

cara cepatkan period

4. Makan Betik Atau Nanas

Meskipun tiada bukti saintifik, beberapa jenis buah khususnya nanas dan betik sudah dikenali sebagai antara makanan yang boleh cepatkan period.

Betik dipercayai boleh mempengaruhi tahap progesteron dan nanas pula dikatakan boleh melembutkan serviks dan sekaligus mencetus haid.

Namun, pengambilan betik atau nanas dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan gangguan perut termasuk cirit birit.

Oleh itu, anda dinasihati untuk berpada-pada ketika mengambilnya.

5. Tangani Stres

Stress boleh mengganggu tahap kortisol dan endorfin yang mengawal kitaran haid secara normal.

Jadi, anda boleh datang haid lambat sekiranya sedang stres.

Anda boleh tangani stres dengan beberapa cara seperti berikut :

  • Kurangkan kerja terutamanya pada waktu malam
  • Amalkan yoga dan meditasi
  • Lakukan senaman pernafasan
  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Amalkan diet seimbang

6. Lakukan Seks

Tiada kajian yang mengesahkan bahawa seks boleh cepatkan period, namun ia mungkin boleh membantu.

Bagi yang sudah berkahwin, aktiviti seks atau orgasma boleh membantu melegakan otot pelvis dan meredakan stres.

Beberapa bukti menunjukkan orgasma daripada seks boleh meningkatkan oxytocin. Ia adalah hormon yang boleh mengecutkan rahim.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa semen mengandungi prostaglandin, iaitu komponen yang boleh membantu menipiskan serviks dan cepatkan period.

7. Senaman

Bersenam bukan sahaja boleh membaiki peredaran darah, malah ia dapat mengimbangkan hormon dan meredakan otot pelvis.

Selain itu, senaman juga dapat merembeskan hormon endorfin yang boleh mengurangkan stres.  

Namun, senaman yang berlebihan boleh memberi isyarat bahawa badan sedang berada dalam keadaan stres. Ini boleh merendahkan tahap estrogen dalam tubuh dan melambatkan haid.

Sekiranya anda sedang mengamalkan senaman berat pada ketika ini, lakukan senaman yang lebih ringan selama beberapa hari dan lihat kesannya.

cara cepatkan period

Secara umumnya, cara cepatkan period secara semulajadi seperti pengurusan stres dan senaman ringan adalah selamat untuk dicuba.

Namun, pengambilan herba dan suplemen perlulah diambil secara berhati-hati.

Sekiranya anda hamil atau disyaki hamil, elakkan cara-cara ini kerana ia boleh menyebabkan keguguran.

Oleh itu, anda disarankan untuk dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Sumber : verywellhealth.com

Baca Juga : Cara Mengeluarkan Darah Haid Yang Tidak Keluar

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut