Cara Buat Sticker WhatsApp, Contoh Sticker Menarik & Comel

WhatsApp telah memperkenalkan fungsi sticker (atau dalam Bahasa Melayu dipanggil pelekat) bagi menjadikan perbualan di aplikasi tersebut lebih interaktif dan teruskan bacaan sekiranya anda mahu mengetahui cara buat sticker WhatsApp.

Sebelum ini, fungsi menghasilkan custom sticker ini tidak terbina secara dalaman dalam WhatsApp dan anda perlu menggunakn aplikasi pihak ketiga untuk mennghasilkan sticker anda.

Apa itu “sticker” WhatsApp?

Sticker atau Pelekat pada WhatsApp ialah satu bentuk imej atau ilustrasi digital yang boleh dikongsi dalam perbualan.

Pelekat adalah serupa dengan emoji atau emotikon tetapi biasanya menampilkan reka bentuk yang lebih terperinci dan ekspresif..

Ia adalah cara yang menyeronokkan dan kreatif untuk meningkatkan komunikasi dan menyampaikan emosi, reaksi atau mesej secara visual.

WhatsApp menyediakan koleksi pelekat prapasang yang boleh dipilih oleh pengguna dan dihantar kepada kenalan mereka dan pelekat ini merangkumi pelbagai tema, seperti emosi, perayaan, haiwan dan watak popular.

Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun dan memasang pek pelekat yang dibuat oleh pembangun pihak ketiga atau bahkan mencipta pelekat tersuai mereka sendiri.

Penggunaan pelekat telah menjadi popular dalam kalangan pengguna WhatsApp kerana ia menawarkan cara yang lebih menarik secara visual dan interaktif untuk berkomunikasi, menambahkan unsur keseronokan dan pemperibadian pada perbualan.

Artikel berkaitan: Cara Buat Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)

Cara guna sticker

Fungsi sticker ini hanya tersedia pada versi Android dan iOS terbaharu WhatsApp.

Sekiranya aplikasi WhatsApp tidak boleh menggunakan fungsi ini, sila kemaskini aplikasi anda kepad versi terkini.

Sila tonton video di bawah untuk mengetahui cara menggunakan sticker di WhatsApp

Contoh sticker comel

Sekiranya anda mencari sticker WhatsApp yang cute, anda boleh muat turun sticker pack di bawah:

Cara buat sticker sendiri

Dengan versi WhatsApp terkini, membuat sticker anda sendiri menjadi lebih mudah dan cepat.

Ikut langkah-langkah berikut untuk mengetahui cara buat sticker WhatsApp:

  1. Buat chat (individu atau group)
  2. Klik pada ikon smiley, diikuti ikon sticker
  3. Klik Create, kemudian pilih Use a “photo”
  4. Pilih gambar daripada galery anda
  5. Sunting sticker anda dengan memasukkan tulisan atau teks
  6. Klik butang send

Untuk panduan, anda juga boleh menonton video ringkas di bawah:

Ciri-ciri custom sticker WhatsApp

Mengikut halaman FAQ WhatsApp, berikut adalah tips menghasilkan sticker WhatsApp anda sendiri:

Pelekat tersuai mesti memenuhi keperluan berikut:

  • Setiap pelekat mempunyai latar belakang lutsinar.
  • Pelekat mestilah tepat 512×512 piksel.
  • Setiap pelekat mestilah kurang daripada 100 KB.

Setelah anda mengetahui cara buat Sticker WhatsApp, jom cipta sticker unik anda da hantarkan pada rakan-rakan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!