Ketahui cara mudah dan pantas buat kad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pasangan yang telah selamat bernikah diminta untuk membuat kad nikah bagi memudahkan urusan mereka ke mana sahaja, lebih-lebih lagi jika pergi bercuti.
Kad nikah ini juga mudah di bawa ke mana sahaja, boleh disimpan di dalam dompet anda dan dokumen yang sah sekiranya terdapat pegawai agama yang datang membuat semakan status mahram anda.
Menariknya, di JAWI anda boleh memperoleh kad nikah anda dalam tempoh kurang 1 jam saja – tidak perlu menunggu sehingga beberapa hari, minggu atau bulan seperti di sesetengah Jabatan Agama Negeri lain.
Kad nikah hanya boleh dibuat di negeri tempat bernikah sahaja dan oleh itu, hanya pasangan yang bernikah di Wilayah Persekutuan sahaja boleh membuat kad nikah dengan pihak JAWI.
Dokumen yang wajib di bawa bersama
Pemohon hendaklah hadir bersama pasangan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan melengkapkan borang Permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar dan disertakan dokumen berikut:
Surat Perakuan Nikah (asal) yang dikeluarkan oleh JAWI.
* Bayaran RM28 sepasang.
* Pakaian hendaklah menutup aurat.
Artikel berkaitan: SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia
Prosedur cara buat kad nikah
Sila rujuk gambar infografik di bawah untuk melihat betapa mudahnya cara buat kad nikah di pejaat JAWI.
1. Pastikan kedua-dua pasangan menghadirkan diri ke pejabat JAWI
2. Bawa bersama surat perakuan nikah asal dan isi borang permohonan kad nikah
3. Ambil nombor dan tunggu giliran
4. Ambli gambar dan tunggu seketika
5. Bayaran untuk kad nikah di JAWI hanya RM28 sepasang
6. Kurang dari 1 jam anda akan memperolehi kad nikah anda
Carta proses permohonan Kad Nikah di JAWI
Berikut merupakan carta proses permohonan kad nikah di JAWI dan anggaran masa menunggu untuk setiap proses.
Jadi apa tunggu lagi, segerakan proses permohonan kad nikah anda di JAWI bagi yang bernikah dalam kawasann Wilayah Persekutuan sahaja.