Membeli rumah lelong adalah salah satu cara yang popular untuk mendapatkan hartanah pada harga yang lebih rendah daripada pasaran namun tidak ramai yang tahu cara beli rumah lelong.
Membeli rumah lelong boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan jika dilakukan dengan betul.
Namun, ia memerlukan kajian mendalam, perancangan kewangan yang baik, dan kesediaan untuk mengambil risiko.
Namun, prosesnya memerlukan persediaan yang rapi dan pengetahuan yang mencukupi. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membantu anda.
Konsep Rumah Lelong
Rumah lelong biasanya adalah hartanah yang dilelong oleh bank atau pihak berkuasa kerana pemilik asal gagal membayar pinjaman.
Dalam konteks ini, pihak bank atau pemiutang akan melelong rumah tersebut untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan.
Harga lelongan bermula daripada harga rizab, yang biasanya lebih rendah daripada nilai pasaran.
- Punca Lelongan: Kegagalan membayar pinjaman perumahan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Proses Lelongan: Rumah akan disenaraikan untuk lelongan oleh pihak bank. Pembida akan bertanding untuk membeli rumah tersebut pada harga terbaik.
- Harga Rizab: Harga minimum yang ditetapkan untuk lelongan. Jika tidak ada bidaan yang melebihi harga rizab, rumah tidak akan terjual.
Artikel berkaitan: Cara Beli Rumah Pertama: Tips, Panduan & Perkongsian
Tips & Panduan : Cara Beli Rumah Lelong di Malaysia
Berikut adalah beberapa tips dan panduan untuk anda yang baru pertam kali hendak membeli rumah lelong:
1. Cari Maklumat Mengenai Rumah Lelong
Anda boleh mencari senarai rumah lelong melalui laman web bank, syarikat lelong, atau ejen hartanah.
Pastikan anda membaca terma dan syarat setiap lelongan dengan teliti.
Anda boleh menggunakan pelbagai laman web, antara yang popular adalah AuctionPro dan eLelong.
Sistem lelongan awam secara dalam talian dikenali sebagai e-Lelong, adalah sistem dalam talian yang mengendalikan lelongan awam harta tak alih bagi prosiding halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya.
Perihalan hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong melalui Sistem e-Lelong ini adalah hartanah yang ditetapkan untuk dilelong oleh Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sistem e-Lelong ini memudahkan aktiviti lelongan awam, meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Mahkamah dan menggantikan lelongan awam secara manual.
Sistem e-Lelong membolehkan pembida membuat bidaan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Melalui Sistem e-Lelong ini juga identiti pembida adalah dirahsiakan bagi mengelakkan kebocoran maklumat dan pembida juga boleh membuat bidaan tanpa sebarang campurtangan daripada pihak ketiga atau sindiket.
2. Lawat Hartanah
Sebelum membuat bidaan, cuba lawati hartanah tersebut jika boleh.
Tinjau keadaan fizikal rumah dan kawasan sekitarnya. Perhatikan kos tambahan yang mungkin diperlukan seperti pembaikan atau renovasi.
3. Semak Dokumen Penting
Sebelum membida, semak dokumen seperti Proclamation of Sale (POS) dan Conditions of Sale (COS).
Ini akan memberikan maklumat penting tentang hartanah, termasuk harga rizab, status tanah, dan cukai tertunggak.
4. Sediakan Kewangan
Untuk membida rumah lelong, anda perlu menyediakan deposit sebanyak 10% daripada harga rizab.
Pastikan anda mempunyai baki wang yang mencukupi untuk menampung kos lain seperti yuran guaman, duti setem, dan cukai tertunggak.
5. Hadiri Lelongan
Pada hari lelongan, hadir lebih awal untuk mendaftar. Bawa dokumen seperti kad pengenalan dan wang deposit.
Apabila lelongan bermula, pastikan anda membida dengan bijak dan tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.
6. Proses Selepas Menang Bidaan
Jika anda berjaya memenangi bidaan, anda perlu menyelesaikan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan, biasanya 90 atau 120 hari.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kehilangan deposit.
7. Dapatkan Khidmat Guaman
Adalah disarankan untuk mendapatkan khidmat peguam bagi menguruskan urusan pemindahan hak milik dan memastikan tiada masalah undang-undang berkaitan hartanah tersebut.
8. Tanggungjawab Selepas Pembelian
Setelah menjadi pemilik, pastikan anda menyelesaikan sebarang hutang tertunggak seperti bil utiliti atau cukai tanah.
Anda juga perlu mempertimbangkan untuk menginsuranskan rumah tersebut.
Berikut adalah antara perkongsian dari Facebook yang mungkin berbaloi untuk anda fahamkan tentang cara membuat pembelian rumah lelong :
Kelebihan & Risiko Rumah Lelong
Kesimpulannya, ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk beli rumah lelong, tetapi ada juga banyak kelebihannya:
- Harga murah. Ada situasi yang jauh lebih rendah dari pasaran. Kerana ia murah, ada beberapa perkara lain yang kita perlu compromise dan ambil risiko.
- Rumah tidak dapat dilihat sebelum dibeli. Paling tidak pun lihat dari luar sahaja. Unless rumah kosong. Nak masuk juga? Jangan kena tuduhan menceroboh sudah lah.
- Rumah mungkin elok dan ada perabut dan mungkin rosak teruk.
- Ada potensi untuk repair dan reno dan setelah dicampur kos pembaikan , masih jauh murah dari harga pasaran.
- Ada tempoh masa yang “strict” untuk dipatuhi. 90 hari atau 120 hari.
- Ada potensi konflik dengan pemilik/penghuni yang masih menghuni rumah yang dilelong tersebut.
Jadi, dapatkan nasihat peguam yang maklum tentang isu-isu pembelian hartanah sebelum anda melangkah ke pasaran lelong.
Dengan mengikuti tips dan panduan cara beli rumah lelong di atas, diharap anda dapat mengurangkan risiko untuk tersalah beli rumah lelong.