Bunting Pelamin: Cara Pengiraan Usia Hamil & Tanda Waktu Subur

bunting pelamin
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bunting pelamin merujuk kepada kehamilan awal selepas bernikah yang sering disalah anggap sebagai hamil sebelum kahwin akibat kurang faham mengenai kiraan sebenar usia kandungan.

Penting untuk mengenali simptom awal, penjagaan yang betul, dan fakta penting supaya pasangan boleh melalui tempoh ini tanpa salah faham atau stigma negatif.

Baca juga: 10 Tanda Bersalin Semakin Hampir yang Wajib Ibu Tahu!

Apa itu Bunting Pelamin?

Dalam masyarakat Melayu, istilah “bunting pelamin” secara asalnya merujuk kepada situasi di mana seorang wanita didapati hamil pada awal perkahwinan, iaitu mengandung sejurus selepas bernikah.

Ungkapan ini membawa maksud kehamilan yang berlaku dalam tempoh terdekat selepas majlis akad nikah, biasanya sebelum pasangan pengantin selesai menjalani tempoh bersanding atau masih lagi dalam suasana majlis perkahwinan mereka.

Walaupun istilah ini sering digunakan secara berseloroh dalam kalangan masyarakat, namun ada juga salah tanggapan bahawa ia merujuk kepada kehamilan hasil hubungan seks sebelum nikah.

Hakikatnya, dalam adat budaya Melayu yang mementingkan agama dan tatasusila, bunting pelamin dianggap sebagai rezeki atau anugerah yang membawa kebahagiaan dan keceriaan buat pasangan pengantin serta ahli keluarga mereka.

Biasanya, ia diraikan secara positif kerana dianggap sebagai rezeki yang cepat dikurniakan selepas perkahwinan, menandakan kesuburan dan keberkatan pasangan pengantin baru.

Cara Pengiraan Usia Kehamilan

Menurut American Pregnancy Association, kiraan kehamilan yang tepat bermula dari hari pertama haid terakhir wanita tersebut, bukannya dari tarikh hubungan intin berlaku.

Ini bermakna, ketika wanita disahkan hamil beberapa minggu selepas bernikah, usia kehamilannya sudah pun dikira lebih awal, iaitu bermula sejak tarikh haid terakhirnya sebelum dia berkahwin lagi.

Misalnya, jika seseorang wanita disahkan mengandung sebulan selepas perkahwinan, usia kandungannya mungkin sudah mencecah lima hingga enam minggu menurut kiraan perubatan, walaupun hubungan kelamin pertama kali berlaku selepas akad nikah.

Situasi ini boleh menyebabkan kekeliruan dan tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat, sedangkan hakikatnya pasangan itu menjalani hubungan intim secara sah selepas menikah.

Oleh itu, penting bagi masyarakat memahami kaedah sebenar kiraan kehamilanan secara perubatan bagi mengelakkan salah sangka dan menjaga maruah pasangan pengantin serta keluarga mereka.

CONTOH PENGIRAAN :

Contoh situasi:

  • Tarikh wanita mendapati dirinya hamil: 15 Februari 2025
  • Tarikh mula haid terakhir wanita: 1 Januari 2025
  • Tarikh akad nikah pasangan: 15 Januari 2025

Pengiraan Usia Kehamilan:

  • Usia kehamilan dikira bermula dari hari pertama haid terakhir (1 Januari 2025), BUKAN dari tarikh hubungan intim selepas akad nikah.
  • Dari 1 Januari hingga 15 Februari, tempoh ini adalah selama 6 minggu 3 hari (45 hari).
  • Oleh itu, walaupun pasangan ini baru bernikah selama sebulan (dari 15 Januari ke 15 Februari), usia kandungan wanita ini sebenarnya sudah mencapai 6 minggu 3 hari mengikut kiraan perubatan.

Maksud Waktu Subur Wanita

Waktu subur wanita ialah tempoh dalam kitaran haid di mana seorang wanita mempunyai peluang paling tinggi untuk hamil.

Secara amnya, waktu ini berlaku sekitar pertengahan kitaran haid, iaitu apabila proses ovulasi berlaku. Ovulasi merujuk kepada proses pelepasan telur yang matang dari ovari berlaku.

Ovulasi merujuk kepada proses pelepasan telur yang matang dari ovari menuju ke tiub fallopian, di mana telur ini boleh disenyawakan oleh sperma.

Menurut National Center for Biotechnology Information, dalam kitaran haid biasa selama 28 tahun, waktu subur lazimnya berlaku sekitar hari ke-14, namun tempoh ini boleh berbeza-beza bergantung kepada kitaran individu.

Dalam tempoh subur ini, peluang untuk hamil amat tinggi jika hubungan seksual dilakukan.

Ini kerana telur yang matang hanya dapat hidup selama 12 hingga 24 jam selepas ovulasi berlaku, manakala sperma boleh hidup dalam saluran pembiakan wanita selama kira-kira 3 hingga 5 hari.

Baca juga: Perut Buncit & Senggugut Teruk? Awas, Mungkin Ini Tanda Cyst!

Tanda-tanda Waktu Subur untuk Hamil

bunting pelamin

1. Perubahan Lendir Serviks (Mukus Serviks)

Salah satu tanda paling jelas waktu subur wanita ialah perubahan pada lendir serviks. Ketika menghampiri ovulasi, lendir serviks menjadi lebih banyak, cair, jernih, licin, dan kenyal seperti putih telur mentah.

Perubahan ini berlaku untuk memudahkan perjalanan sperma ke arah telur yang matang.

2. Peningkatan Suhu Badan Basal

Suhu badan basal adalah suhu badan ketika wanita dalam keadaan rehat sepenuhnya, biasaya diambil selepas bangun tidur pada waktu pagi.

Semasa tempoh ovulasi, suhu ini akan meningkat sedikit (sekitar 0.2 hingga 0.5 darjah Celsius) dan kekal tingo selama beberapa hari.

Kenaikan suhu basal ini menandakan bahawa ovulasi telah berlaku.

3. Sakit Ringan atau Kejang di Bahagian Bawah Abdomen

Sesetengah wanita mengalami kesakitan ringan atau ketidakselesaan (Mittelschmerz) pada bahagian bawah perut, biasanya sebelah kiri atau kanan ketika tidur dilepaskan dari ovari.

Kesakitan ini bersifat sementara ringan, dan berlaku sekitar pertengahan kitaran haid.

4. Payudara Terasa Lebih Sensitif

Ketika waktu subur menghampiri, ramai wanita mendapati payudara mereka lebih sensitif atau sedikir sakit apabila disentuh.

Hal ini berlaki akibat peningkatan hormon estrogen yang mempengaruhi tisu payudara menjelas ovulasi.

5. Keinginan Seksual (Libido) yang Meningkat

Perubahan hormon yang berlaku semasa ovulasi juga boleh menyebabkan peningkatan libido atau keinginan seksual.

Ramai wanita merasakan dorongan seksual lebih tinggi ketika ini, yang merupakan tanda semula jadi tubuh bersedia untuk hamil.

6. Perubahan Posisi Serviks

Pada waktu subur, posisi serviks akan berubah menjadi lebih tinggi, lembut, terbuka sedikit, dan basah.

Perubahan ini bertujuan memudahkan sperma untuk memasuki rahim dan seterusnya bertemu dengan telur matang.

7. Perasaan Kembung atau Perut Tidak Selesa

Sesetengah wanita boleh merasakan perut kembung atau tidak selesa menjelang ovulasi. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku semasa proses ovulasi berlangsung.

8. Deria Bau Lebih Sensitif

Kajian mendapati bahawa sesetengah wanita mengalami deria bau yang lebih tajam semasa waktu subur.

Perubahan ini berlaku kerana tindak balas hormon tubuh yang lebih tinggi ketika tempoh subur.

9. Tompokan Darah Kecil (Spotting)

Sebilangan kecil wanita mengalami spotting atau tompokan darah kecil ketika ovulasi.

Tompokan darah ini biasanya berwarna coklat atau merah muda yang berlaku kerana penurunan mendadak hormon estrogen sebelum ovulasi.

Keberangkalian untuk Bunting Pelamin

Keberangkalian untuk mengalami bunting pelamin bergantung kepada beberapa faktor utama, terutama kesuburan pasangan dan waktu hubungan intim berlaku selepas bernikah.

Secara biologi, wanita paling berpotensi untuk hamil jika hubungan dilakukan dalam waktu subur, iaitu sekitar masa ovulasi.

Jika pasangan mengadakan hubungan kelamin dalam tempoh ini dan tanpa penggunaan kaedah pencegahan kehamilan, kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi, iaitu sekitar 20% hingga 30% setiap kitaran haid bagi wanita yang sihat dan subur.

Tambahan pula, bagi pasangan yang sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, serta tidak mengalami masalah kesuburan, kehamilan boleh berlaku seawal beberapa minggu selepas pernikahan, terutama jika hubungan intim dilakukan secara konsisten selepas akad nikah.

Namun, penting juga untuk difahami bahawa tubuh setiap individu berbeza, dan tidak semua wanita akan hamil secepat itu walaupun dalam keadaan yang ideal.

Kesimpulan

Kesimpulannya, memahami istilah sebenar bunting pelamin dapat mengelakkan salah anggap dalam masyarakat.

Mengetahui simptom awal, penjagaan kehamilan, serta cara kiraan usia kandungan yang tepat membantu pasangan menjalani fasa baru ini dengan tenang dan positif, sekali gus meraikan kehamilan sebagai anugerah istimewa selepas berkahwin.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut