Buku Teks Sains Tingkatan 3 KSSM

Pelajar yang ingin mendapatkan buku teks Sains Tingkatan 3, berikut merupakan buku teks yang boleh dimuat turun secara percuma.

Pelajar juga boleh menjadikan buku teks ini untuk tujuan pembelajaran di sekolah.

Mengenai Buku Teks Sains Tingkatan 3

Buku teks Sains KSSM Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tingkatan 3 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Buku ini juga turut diolah sedemikian rupa untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan bagi melahirkan murid yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains dan keterampilan teknologi sepenuhnya.

Dalam pada itu, menerusi buku teks ini juga murid akan didedahkan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran maklumat dan komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21.

Selain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM juga didedahkan melalui pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah serta pelaksanaan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.

Ciri-Ciri Buku Teks

Buku ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • Standard Pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran untuk rujukan guru.
  • Maklumat dan informasi tambahan yang berkaitan dengan sesuatu topik.
  • Formula atau maklumat penting yang perlu diingati oleh murid
  • Soalan yang mencabar pemikiran murid.
  • Soalan dan maklumat tentang kemajuan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
  • Menghayati keajaiban dalam sains.
  • Aplikasi sains dalam kehidupan harian.
  • Maklumat terkini tentang pencapaian Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.
  • Maklumat tentang perkembangan saintifik dan peristiwa sains dalam sejarah.
  • Maklumat daripada laman sesawang.
  • Pautan video yang dapat membantu murid memahami sesuatu topik.
  • Kerjaya dalam bidang STEM, iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
  • Kemahiran Abad ke-21
    – Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah (KBMM).
    – Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri (KIAK).
    – Kemahiran Maklumat dan Komunikasi (KMK).
    – STEM.
  • Menekankan perkara yang boleh mendatangkan bahaya dalam kehidupan harian dan semasa murid menjalankan penyiasatan saintifik.
  • Langkah yang perlu diambil oleh murid untuk mendapatkan keputusan yang jitu dan untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kemalangan semasa murid menjalankan penyiasatan saintifik.
  • Soalan untuk menguji kefahaman murid pada akhir setiap subtopik.

Bab Dalam Buku Teks

Senarai bab di dalam buku teks ini adalah seperti berikut:

  • Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas
    – Sistem saraf manusia
    – Rangsangan dan gerak balas dalam manusia
    – Rangsangan dan gerak balas dalam tumbuhan
    – Kepentingan gerak balas terhadap ransangan dalam haiwan lain
  • Bab 2: Respirasi
    – Sistem respirasi
    – Pergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia
    – Kesihatan sistem respirasi manusia
    – Adaptasi dalam sistem respirasi
    – Pertukaran gas dalam tumbuhan
  • Bab 3: Pengangkutan
    – Sistem pengangkutan dalam organisma
    – Sistem peredaran darah
    – Darah manusia
    – Pengangkutan dalam tumbuhan
    – Sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan
  • Bab 4: Kereaktifan Logam
    – Kepelbagaian mineral
    – Siri kereaktifan logam
    – Pengekstrakan logam daripada bijihnya
  • Bab 5: Termokimia
    – Tindak balas endotermik dan eksotermik
  • Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan
    – Penjanaan tenaga elektrik
    – Transformer Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
    – Pengiraan kos penggunaan elektrik
  • Bab 7: Tenaga dan Kuasa
    – Kerja, tenaga dan kuasa
    – Tenaga keupayaan dan tenaga kinetik
    – Prinsip keabadian tenaga
  • Bab 8: Keradioaktifan
    – Sejarah penemuan keradioaktifan
    – Atom dan nukleus
    – Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion
    – Kegunaan sinaran radioaktif
  • Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas
    – Aktiviti matahari yang memberikan kesan kepada bumi
    – Cuaca angkasa
  • Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas
    – Perkembangan dalam astronomi
    – Perkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas

Muat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 3

Murid boleh memuat turun buku teks ini untuk kegunaan rujukan:

Skema Jawapan Buku Teks Sains Tingkatan 3

Untuk skema jawapan latihan di dalam buku teks ini, sila rujuk melalui file di bawah:

Rujuk Latihan Koleksi Pentaksiran UASA Sains/Science Dwibahasa Tingkatan 3 di SINI.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!