Buku Teks Fizik Tingkatan 5 ini disediakan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada masa yang sama, buku ini turut menyokong pelaksanaan KSSM dengan memberi penekanan kepada tiga domain utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Pelbagai pendekatan menarik telah dimuatkan dalam buku teks ini bagi memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Di samping itu, penekanan turut diberikan terhadap kemahiran berfikir, kemahiran saintifik serta pemikiran komputasional, agar murid dapat menguasai keupayaan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21.
Ciri-Ciri Istimewa Buku Teks
Antara ciri-ciri istimewa yang terkandung dalam buku teks Fizik Tingkatan 5 adalah :
1. Kod QR
Pelajar boleh mengakses bahan tambahan dalam buku teks seperti huraian tema buku, fakta serta maklumat tambahan dengan mengimbas kod QR.
2. Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Buku ini juga akan mendorong pembelajaran berasaskan projek menerusi pendekatan STEM sambil menekankan aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam konteks dunia sebenar.
3. Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)
Para pelajar akan didedahkan dengan aktiviti berasaskan pembelajaran koperatif bagi mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
4. Kemahiran Abad ke-21
Pelbagai aktiviti yang tersedia dalam buku teks bagi mengembangkan kemahiran para pelajar antaranya :
- KBMM: Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
- KIAK: Kemahiran inovasi dan keusahawanan
- KMK: Kemahiran maklumat dan komunikasi
5. Pemikiran Komputasional
Melibatkan kemahiran seperti :
- Leraian (Decomposition)
- Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
- Peniskalaan (Abstraction)
- Algoritma (Algorithms)
- Pemikiran Logik (Logical Reasoning)
- Penilaian (Evaluation)
6. Alat Berfikir
Pelbagai alat grafik disediakan dalam buku teks bagi membantu pelajar memahami konsep Fizik dengan lebih mudah seperti :
- Lembaran pengurusan grafik
- Peta minda
- Peta pemikiran
Isi Kandungan Buku Teks Fizik Tingkatan 5
Bab 1 : Daya dan Gerakan II
- Daya Paduan
- Leraian Daya
- Keseimbangan Daya
- Kekenyalan
Bab 2 : Tekanan
- Tekanan Cecair
- Tekanan Atmosfera
- Tekanan Gas
- Prinsip Pascal
- Prinsip Archimedes
- Prinsip Bernoulli
Bab 3 : Elektrik
- Arus dan Beza Keupayaan
- Rintangan
- Daya Gerak Elektrik (d.g.e) dan Rintangan Dalam
- Tenaga dan Kuasa Elektrik
Bab 4 : Keeletromagnetan
- Daya ke Atas Konduktor Pembawa Arus dalam suatu Medan Magnet
- Aruhan Elektromagnet
- Transformer
Bab 5 : Elektronik
- Elektron
- Diod Semikonduktor
- Transistor
Bab 6 : Fizik Nuklear
- Reputan Radioaktif
- Tenaga Nuklear
Bab 7 : Fizik Kuantum
- Teori Fotoelektrik Einstein
- Teori Kuantum Cahaya
- Kesan Fotoelektrik
Muat Turun Buku Teks
Para pelajar boleh muat turun buku teks ini dalam format PDF sebagai rujukan seperti di bawah :
Baca Juga : Buku Teks Kimia Tingkatan 5(KSSM)