Untuk menjalankan penyelidikan, salah satu sumber dapatan kajian yang boleh diperoleh adalah melalui borang soal selidik.
Sebelum penyelidikan dijalankan, penyelidik haruslah memastikan setiap soal selidik yang dijalankan memenuhi objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai kebolehpercayaan dan praktikal.
Soal selidik yang jelas serta mudah dijawab merupakan antara ciri-ciri pembinaan item dalam borang soal selidik yang baik dan berkesan bagi sesuatu kajian.
Maksud Soal Selidik
Soal selidik atau dalam bahasa inggeris adalah questionnaire adalah set soalan yang ditulis bagi tujuan mengumpul maklumat daripada orang ramai atau responden untuk membuat analisa bagi mencapai objektif sesuatu kajian.
Ianya dilakukan untuk untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.
Bagi melaksanakan perkara tersebut, borang soal selidik disediakan bagi memperoleh maklumat yang diinginkan.
Ciri-Ciri Soal Selidik
Terdapat 4 ciri-ciri kaedah ini dilaksanakan iaitu:
- Soalan-soalan mestilah memenuhi objektif dan persoalan kajian
- Mempunyai pengukuran keesahan (validity)
- Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)
- Boleh dilaksanakan
Jenis Soal Selidik
Terdapat 2 jenis soal selidik dijalankan iaitu:
i) Bentuk Tertutup
Bentuk tertutup ialah pilihan jawapan pendek atau memilih pilihan-pilihan yang disediakan.
Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja dan kelebihannya adalah:
- Mudah disusun serta dianalisis
- Mudah dijawab
- Mengambil masa yang singkat
- Mengurangkan kekeliruan
Terdapat 3 jenis bentuk ini iaitu:
a) Dichotomus
Skala ini mempunyai dua pilihan Tidak, Benar/Salah, Ada/Tiada, Setuju/ Tidak Setuju
b) Skala Likert
Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan dalam bentuk asal skala ini yang mempunyai point iaitu: Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak pasti, Setuju, Sangat Setuju
c) Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)
Ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya.
Susunan aspek ini mengikut keutamaan iaitu nombor yang menunjukkan nombor peringkat tertinggi, dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan peringkat paling rendah.
Contohnya terdapat bahagian demografi yang membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih terperinci mengikut jantina pelajar, peringkat sosioekonomi pelajar dan sebagainya.
ii) Bentuk Terbuka
Bentuk terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada responden yang bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam termasuk motif-motif yang tersembunyi di belakang sikap, minat, `kecenderungan’ dan cadangan-cadangan responden.
Bentuk ini memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang dikemukakan.
Contoh soalan ini adalah seperti berikut:
- Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran Matematik?
- Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru Matematik bagi meningkatkan minat mata pelajar terhadapa mata pelajaran ini?
Contoh Borang Soal Selidik
Antara contoh borang soal selidik yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:
i) Borang Soal Selidik 1
ii) Borang Soal Selidik 2
iii) Borang Soal Selidik 3
Maklumat Lanjut
Untuk mendalamkan pemahaman mengenai pembinaan borang soal selidik ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=OySvm4r4rjM.
Baca juga: Borang Pengesahan Pendapatan: Maksud & Contoh Template