Borang EA atau C.P.8A adalah Penyata Saraan yang digunakan bagi setiap pekerja swasta di Malaysia untuk tujuan pengisytiharan cukai pendapatan (e-Filing). Layari portal rasmi LHDN untuk muat turun dan panduan mengisi borang EA di https://www.hasil.gov.my/
Seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan borang ini disediakan untuk setiap pekerja.
Bagi Tahun Taksiran 2025 (yang difailkan pada tahun 2026), berikut adalah panduan lengkap dan info lanjut mengenai Borang EA.

Apa itu Borang EA?
Secara ringkasnya, Borang EA ialah penyata imbuhan tahunan yang diperlukan untuk pemfailan cukai pendapatan dan berfungsi sebagai ringkasan pendapatan tahunan pekerja yang diterima daripada majikan mereka.
Borang ini diedarkan kepada pekerja untuk tujuan pemfailan cukai individu dan ia mengandungi maklumat berkaitan gaji, bonus, komisen, faedah, elaun, potongan cukai bulanan (PCB LHDN) dan caruman KWSP.
Borang ini juga memiliki maklumat berkenaan manfaat-manfaat lain yang disediakan oleh majikan kepada pekerja.
Anda boleh mempertimbangkan kaedah digital seperti menghantar borang sebagai ‘softcopy’ kepada pekerja anda.
Kegunaan Borang EA
Berikut ialah kegunaan Borang EA untuk pekerja:
- Fail e-Filing (LHDN): Dokumen rujukan wajib untuk mengisi jumlah pendapatan dan potongan cukai dalam sistem MyTax/e-Borang.
- Bukti Pendapatan: Digunakan sebagai dokumen rasmi untuk memohon pinjaman bank (rumah/kereta) dan kad kredit.
- Tuntut Pelepasan Cukai: Menyediakan maklumat caruman KWSP, PERKESO, dan zakat untuk mengurangkan jumlah cukai atau mendapatkan pulangan wang (refund).
- Semakan PCB: Memastikan majikan membayar Potongan Cukai Berjadual (PCB) anda kepada LHDN dengan tepat.
- Simpanan Rekod: Sebagai bukti bertulis punca pendapatan anda sekiranya diaudit oleh LHDN dalam tempoh 7 tahun.
Artikel berkaitan: 5 Persediaan e-Filing
Kewajipan Majikan
Majikan mesti menghantar Borang EA kepada pekerja pada atau sebelum hari terakhir Februari setiap tahun.
Ssebagai conto, untuk taksiran tahun 2025, borang EA hendaklah diberikan kepada pekerja pada atau sebelum 28/2/2026.
Kegagalan menyediakan dan menyerahkan Borang EA kepada pekerja pada atau sebelum akhir Februari 2024 adalah satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Denda RM200 hingga RM20,000 atau Penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Maklumat dalam Borang EA
Secara umumnya, borang ini mengandungi maklumat-maklumat berikut untuk setiap individu atau pekerja:
- Nama
- Nombor kad pengenalan / nombor pasport
- Jawatan dalam syarikat
- Tarikh bekerja dan meletak jawatan (jika berkenaan)
- Status perkahwinan
- Bilangan kanak-kanak (jika berkenaan)
- Nombor KWSP
- nombor PERKESO
- Nombor pendaftaran cukai pendapatan
Borang ini juga mestilah mengandungi maklumat mengenai Amaun caruman PCB, KWSP, PERKESO dan EIS yang ditolak daripada gaji pekerja setiap bulan.
Format
Bagi yang pertama kali memfailkan cukai, berikut merupakan format borang EA ini:

Terdapat 6 bahagian dalam Borang EA yang perlu diisi, iaitu:
- Bahagian A: Butiran Pekerja
- Bahagian B: Pendapatan Penggajian, Manfaat dan Tempat Kediaman
- Bahagian C: Pencen dan lain-lain
- Bahagian D: Jumlah potongan
- Bahagian E: Carumn yang dibayar pekerja kepada KWSP/Pencen diluluskan/PERKESO
- Bahagian F: Jumlah Elaun/Perkuisit/Pemberian/Manfaat Cukai
Panduan Mengisi Borang EA & Tips E-Filing
Borang EA digunakan oleh pekerja swasta yang sudah layak mengisytiharkan cukai. Sementara itu, Borang EC pula adalah untuk penjawat awam.
Secara umumnya, kedua-dua borang ini adalah borang penyata jumlah gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai.
Pastikan nilai yang anda masukkan ketika e-filing adalah sama dengan nilai yang dipaparkan dalam borang ini.
Sila rujuk Nota Panduan EA dan EC di bawah:
Muat Turun Borang EA 2025/2026
Mulai tahun saraan 2023, semua kategori majikan adalah wajib mengemukakan Borang E (e-E) dan C.P.8D secara dalam talian.
Sila muat turun borang melalui pautan di bawah:
Muat turun juga:
Prosedur Pengisian Penyata EA dan Borang Nyata Majikan
Rujuk gambar rajah di bawah untuk mengetahui prosedur pengisian Penyata EA & Borang Nyata Majikan:





1. Penyata Saraan
Penyata Saraan ialah penyata gaji/saraan setahun bagi pekerja yang bekerja di sektor swasta/kerajaan. Ia terbahagi kepada dua jenism iaitu:
- Penyata EA – Penyata Saraan Pekerja Swasta
- Penyata EC – Penyata Saraan Pekerja Agensi Kerajaan
Penyata ini perlu disediakan dan diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum akhir bulan Februari.
Amaun yang perlu dinyatakan adalah AMAUN KASAR yang dibayar kepada pekerja dengan penggajiannya bagi tahun berakhir 31 Disember.





























2. E-data Praisi /e-C.P.8D








3. Borang Nyata Majikan










4. Kesalahan dan Penalti
PENEMUAN AUDIT – TIDAK PATUH
- Gagal mengemukakan Borang E dalam tempoh
- Gagal menyediakan dan menyerahkan Penyata EA / EC dalam tempoh
- Kurang potong PCB
- Gagal potong PCB
- Kurang bayar/remit PCB
- Gagal bayar/remit PCB dalam tempoh yang ditetapkan
- Hanya mengambilkira gaji sahaja ketika kira PCB
- Majikan gagal ambil kira TPI dan TP3 yang diterima daripada pekerja
- Guna perisian penggajian gaji berkomputer tidak mengikut spesifikasi pengiraan PCB LHDNM
- Gagal patuh Arahan Potongan Gaji (CP38)
- Gagal kemaskini maklumat pekerja dan majikan
- Tidak menghadakan pelepasan KWSP
KOMPAUN
RM 200 Sehingga RM20,000 Atau Penjara Sehingga Tempoh 6 Bulan Atau Kedua-duanya Sekali


5. Hak dan Kewajipan Pembayar Cukai

Berikut adalah senarai hak dan kewajipan pembayar cukai:
Hak Pembayar Cukai
- Menerima bayaran balik cukai jika telah membayar lebih daripada jumlah cukai yang sepatutnya.
- Menerima bayaran balik dalam tempoh 30 hari bekerja (e-Filing) atau 90 hari bekerja (penghantaran manual) selepas penghantaran borang cukai.
- Mendapatkan pelepasan cukai untuk perbelanjaan yang layak seperti perubatan, pendidikan, dan pembelian komputer peribadi.
- Membuat semakan status bayaran balik cukai jika tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
- Meminta pengeluaran cek gantian jika cek bayaran balik telah luput.
Kewajipan Pembayar Cukai
- Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan.
- Memastikan maklumat yang diisi dalam BNCP adalah betul dan tepat, termasuk maklumat peribadi, pendapatan, dan pelepasan cukai.
- Menyimpan dokumen sokongan untuk tuntutan pelepasan cukai jika diperlukan oleh LHDN.
- Membayar cukai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh undang-undang.
- Mematuhi jadual ansuran cukai yang ditetapkan.
- Mengemas kini maklumat peribadi dan perbankan dalam BNCP untuk memudahkan proses bayaran balik.

Muat Turun PDF Prosedur Pengisian Penyata EA dan Borang Nyata Majikan:
Tarikh Penting e-Filing 2026 (Tahun Taksiran 2025)
| Perkara | Tarikh Akhir |
| Majikan menyerahkan Borang EA kepada pekerja | 28 Februari 2026 |
| Majikan menghantar Borang E & CP8D ke LHDN | 31 Mac 2026 (Manual) / 30 April 2026 (e-Filing) |
| Pekerja (Borang BE – Tiada punca pendapatan perniagaan) | 30 April 2026 (e-Filing biasanya hingga 15 Mei) |
| Individu (Borang B – Ada punca pendapatan perniagaan) | 30 Jun 2026 (e-Filing biasanya hingga 15 Julai) |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Borang EA dan e-Filing, sila rujuk:
Atau, hubungi:
- Talian Dalam Negara: 03-8911 1000
- Talian Luar Negara: 603-8911 1000
Soalan Lazim Borang EA
Majikan wajib serahkan kepada pekerja selewat-lewatnya pada 28/29 Februari setiap tahun.
Borang EA: Untuk pekerja sektor Swasta.
Borang EC: Untuk pekerja sektor Awam (Kerajaan).
Anda perlu minta Borang EA daripada setiap majikan tersebut. Jumlahkan semua pendapatan dari semua borang tersebut untuk isi e-Filing.
Hubungi HR anda dahulu. Jika gagal, anda boleh buat laporan kepada LHDN kerana majikan boleh didenda RM200 – RM20,000 jika gagal menyediakannya.
Perlu. Majikan tetap wajib sediakan walaupun gaji anda tidak mencapai tahap kena cukai sebagai rekod simpanan anda.
Tidak perlu. Hanya simpan salinan (fizikal atau digital) selama 7 tahun. Masukkan angka sahaja ke dalam sistem e-Filing.




