Borang CP500 LHDN: Notis Bayaran Ansuran Cukai

cp500
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Borang CP500 LHDN ialah merupakan Notis Bayaran Ansuran (Prepayment of Income Tax by Instalment) yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ianya merupakan skim ansuran cukai untuk pembayar cukai yang mempunyai pendapatan selain daripada pendapatan penggajian seperti pendapatan perniagaan, pendapatan sewa dan royalti.

Borang CP500 akan diedarkan kepada pembayar cukai yang berkenaan menjelang Februari setiap tahun. Notis CP500 dihantar secara digital melalui portal MyTax. Anda boleh menyemaknya di bawah menu Perkhidmatan ezHasil > e-Billing.

Bagi tahun 2026, LHDN mengumumkan tiada penalti 10% untuk CP500 TT 2026 bagi pembayar cukai individu, termasuk yang hanya bergantung pendapatan gaji.

Kerajaan menggalakkan bayaran sukarela untuk kurangkan beban BNCP akhir tahun. Pembatalan notis sedang dilakukan untuk kes pelaporan salah BNCP 2025.

Bagi pembayar cukai yang ingin membuat pindaan amaun CP500, sila muat turun Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) berikut: https://www.hasil.gov.my/media/lvaduqs5/borang-cp502.pdf

Rujuk info penuh mengenai Borang CP500 di bawah.

Ringkasan Borang CP500
  • Borang CP500 adalah Notis Bayaran Ansuran Cukai Pendapatan untuk individu yang mempunyai pendapatan selain daripada penggajian (seperti perniagaan, sewa, dan komisen).
  • Bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan konsesi pengecualian penalti, di mana tiada denda dikenakan jika ansuran tidak dibayar dalam tempoh peralihan ini.
  • Walau bagaimanapun, bayaran secara sukarela amat digalakkan bagi mengelakkan baki cukai yang besar semasa pemfailan Borang Nyata (BNCP) kelak.
  • Jika ingin meminda amaun anggaran, pembayar cukai boleh menghantar Borang CP502 selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026 atau 31 Oktober 2026.

Apa Itu Borang CP500?

Borang CP500 (Notis Bayaran Ansuran) ialah notis anggaran cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memerlukan pembayaran ansuran cukai pendapatan secara ansuran bagi Tahun Taksiran semasa.

Ia disertakan dengan jadual bayaran secara ansuran yang bermula pada bulan Mac dan selang sebula; May, Mei, Julai, September, November dan seterusnya.

CP500 ditujukan kepada individu dengan pendapatan selain gaji tetap seperti perniagaan, sewa harta, royalti atau komisen, dan diedarkan menjelang Februari setiap tahun melalui portal MyTax atau pos.

Untuk TT 2026, tiada penalti dikenakan walaupun lambat bayar, tetapi mohon pindaan CP502 jika tiada pendapatan tambahan.

Siapa Perlu Bayar CP500?

Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan selain daripada penggajian tetap seperti perniagaan, sewa harta, royalti, dividen atau komisen dikehendaki membayar ansuran CP500.

Notis ini dikeluarkan berdasarkan pelaporan BNCP tahun sebelumnya mengikut Seksyen 107B Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sesetengah pekerja gaji penuh turut menerimanya akibat kesilapan sistem seperti rekod pengisytiharan lepas atau e-Invoicing, tetapi boleh dipinda melalui CP502.

Bagaimana Cukai Dianggarkan?

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menentukan jumlah bayaran ansuran berdasarkan rekod percukaian terdahulu:

  • LHDNM membuat anggaran cukai bagi tahun semasa (contohnya 2025) berdasarkan jumlah cukai yang dibayar pada tahun sebelumnya (contohnya 2023).
  • Contoh Situasi: Jika anda membayar cukai sebanyak RM500 pada tahun 2023, LHDNM mungkin menganggarkan cukai anda untuk tahun 2025 adalah sebanyak RM600.
  • Anda diminta untuk membayar jumlah anggaran ini secara ansuran mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tindakan

Terdapat dua tindakan utama yang boleh diambil oleh pembayar cukai setelah menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500):

1. Bayar Mengikut Jadual:

  • Pastikan bayaran dibuat mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang denda atau penalti.
  • Walau bagaimanapun, bagi Tahun 2026, kerajaan telah bersetuju memberikan konsesi di mana tiada penalti akan dikenakan sekiranya pembayar cukai tidak membuat bayaran ansuran CP500 tersebut.
  • Pembayar cukai tetap digalakkan membayar secara sukarela untuk mengurangkan beban baki cukai semasa pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kelak.

2. Pindaan Anggaran (Jika Tidak Setuju):

Pengecualian Penalti Bagi Bayaran Ansuran Cukai (CP500) 2026

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tempoh peralihan di mana pembayar cukai individu yang menerima Borang CP500 tidak akan dikenakan sebarang penalti sekiranya mereka tidak membuat bayaran ansuran tersebut sepanjang tahun 2026.

Konsesi ini merangkumi individu yang mempunyai:

  • Pendapatan daripada punca penggajian sahaja.
  • Pendapatan gabungan antara penggajian dan bukan penggajian seperti sewa, faedah, dan royalti.

Walaupun tiada penalti dikenakan, HASiL tetap menggalakkan pembayar cukai untuk membuat bayaran CP500 secara sukarela.

Langkah ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban bayaran baki cukai yang besar apabila anda memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kelak.

Pindaan Amaun Melalui Borang CP502

Bagi mereka yang ingin menyelaraskan bayaran ansuran berdasarkan anggaran pendapatan sebenar bagi Tahun Taksiran 2026, anda boleh membuat pindaan amaun melalui Borang CP502.

Terdapat dua tarikh akhir penting untuk pindaan ini:

  • Pindaan Kali Pertama: Tidak lewat daripada 30 Jun 2026.
  • Pindaan Kali Kedua: Tidak lewat daripada 31 Oktober 2026

Tindakan Untuk Pembayar Cukai Punca Penggajian Sahaja

Bagi individu yang hanya mempunyai pendapatan penggajian tetapi masih menerima notis CP500, anda dinasihatkan untuk mengemas kini pelaporan pendapatan dalam BNCP Tahun Taksiran 2025 bagi mengelakkan penerimaan notis yang sama pada masa hadapan.

Pihak HASiL juga akan menghubungi pembayar cukai yang terlibat untuk menjelaskan sebarang kesilapan pelaporan yang lalu.

Rujuk kenyataan media di bawah:

KENYATAAN MEDIA KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502)

Borang CP502 ialah borang rasmi LHDN untuk memohon pindaan amaun ansuran dalam Notis CP500 jika anda tidak bersetuju dengan anggaran cukai.

Ia boleh dimohon dua kali: pertamaan sebelum 30 Jun 2026, kedua sebelum 31 Okt 2026.

Muat Turun Borang CP502:

  1. Layari portal rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my
  2. Klik Menu Borang > Muat Turun Borang > Lain-Lain Borang.
  3. Pilih Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) atau Nota Penerangan CP502.

Atau terus klik pautan berikut: https://www.hasil.gov.my/media/lvaduqs5/borang-cp502.pdf

Nota Penerangan CP502

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi:

Soalan Lazim Borang CP500

Apa itu Borang CP500?

Borang CP500 adalah Notis Bayaran Ansuran yang dikeluarkan oleh LHDNM kepada individu yang mempunyai punca pendapatan selain daripada penggajian. Ini termasuk pendapatan daripada perniagaan, sewaan hartanah, faedah, royalti, atau komisen.

Bagaimana jumlah cukai dalam CP500 dianggarkan?

LHDNM membuat anggaran berdasarkan rekod cukai tahun-tahun sebelumnya. Sebagai contoh, jika anda membayar cukai pada tahun 2023, LHDNM akan menggunakan asas tersebut untuk menganggarkan jumlah yang perlu dibayar bagi tahun 2025 atau 2026. Pembayar cukai diminta membayar jumlah ini secara ansuran mengikut jadual yang ditetapkan.

Adakah saya akan dikenakan penalti jika tidak membayar CP500 pada tahun 2026?

Bagi Tahun 2026, LHDNM telah memberikan konsesi (kelonggaran) di mana pembayar cukai individu yang menerima Notis CP500 tidak akan dikenakan penalti sekiranya mereka tidak membuat bayaran ansuran tersebut.

Walau bagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk membuat bayaran secara sukarela bagi mengurangkan beban baki cukai semasa pemfailan Borang Nyata (BNCP) kelak.

Apa yang perlu dilakukan jika tidak bersetuju dengan jumlah anggaran tersebut?

Sekiranya anda menjangkakan pendapatan atau cukai sebenar anda adalah lebih rendah daripada anggaran LHDNM, anda boleh memohon pindaan dengan mengisi Borang CP502 (Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran).

Saya hanya bekerja makan gaji, tetapi mengapa saya menerima CP500?

Bagi individu yang hanya mempunyai pendapatan penggajian sahaja, anda dinasihatkan untuk:
– Mengemaskini pelaporan penerimaan pendapatan dalam BNCP bagi Tahun Taksiran 2025 untuk mengelakkan penerimaan notis ini pada masa hadapan.
– Pihak HASiL juga akan menghubungi pembayar cukai yang terlibat untuk menjelaskan sebarang kesilapan pelaporan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Apa itu Borang CP502?

Borang CP502 ialah borang permohonan pindaan bayaran ansuran CP500 jika pendapatan sebenar lebih rendah atau sudah tiada pendapatan selain gaji, supaya amaun ansuran dapat dikurangkan atau dibatalkan.

Apa akan jadi jika saya lewat bayar ansuran CP500?

Kegagalan membayar ansuran dalam tempoh yang diberi boleh dikenakan kenaikan cukai (penalti peratusan) atas baki tertunggak, kecuali jika ada konsesi khas yang diumumkan kerajaan/LHDN bagi tahun tertentu seperti tahun ini (2026).

Adakah CP500 wajib untuk semua pembayar cukai?

Tidak. CP500 hanya terpakai kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian seperti perniagaan, sewa atau royalti. Jika hanya ada pendapatan gaji dengan PCB yang tepat, lazimnya CP500 tidak dikeluarkan (jika rekod sistem adalah tepat).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut