Semakan BMT RISDA (Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024)

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT RISDA) 2024

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024 (BMT 2024) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.

BMT RISDA semakan 2022

Pengenalan

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Semakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2024

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2024.

Syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  6. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
  5. Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.

Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.

bmt 2024 bantuan musim tengkujuh

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2024

Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Maklumat Lanjut

Jika anda terlupa password portal BMT, sila rujuk saluran berikut dan infografik di bawah untuk mendapatkan bantuan:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: