Biji Selasih atau Chia Seed, Mana Satu Lebih Sihat?

biji selasih
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Biji selasih dan chia seed adalah dua jenis bijian kesihatan yang berbeza tau! Namun kedua-duanya mengandungi nutrisi yang sangat banyak dan manfaat yang menarik.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan biji selasih dan khasiatnya yang boleh anda dapatkan untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Baca juga:

Apa itu biji selasih?

biji selasih

Biji selasih atau basil seed berasal dari tanaman ‘selasih’ atau Ocimum basilicum. Ia boleh mengembang apabila direndam dan rasanya kenyal bila bercampur air.

Biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam minuman dan hiasan pada makanan

Ia juga merupakan alternatif yang terbaik sebagai pengganti chia seed kerana kandungan khasiatnya yang banyak dan hampir serupa.

Kandungan nutrisi biji selasih dan chia seed

Berikut kami kongsikan kandungan nutrisi yang terkandung dalam kedua-dua bijian ini:

NutrisiBiji SelasihChia Seed
Kalori6060
Jumlah lemak2.5 gram3 gram
Jumlah karbohidrat7 gram5 gram
Lemak omega-31,240 mg2,880 mg
Protein2 gram3 gram
Serat15% daripada pengambilan harian8% daripada pengambilan harian
Zat besi10% daripada pengambilan harian9% daripada pengambilan harian
Magnesium10% daripada pengambilan harian9% daripada pengambilan harian

Beza biji selasih dan chia seed

biji selasih

Biji selasih dan chia seed masing-masing cukup dikenali kerana khasiatnya yang banyak. Namun masih ramai yang sukar untuk membezakan antara kedua-duanya.

Berikut kami kongsikan perbezaan biji-bijian ini dari aspek segi bentuk, rasa, cara penggunaan, warna, dan sebagainya.

PerbezaanBiji SelasihChia Seeds
WarnaHitamPutih, kelabu, coklat atau hitam
BentukSaiz kecil dan bentuk seakan-akan berasSaiz lebih besar dari biji selasih dan berbentuk bujur
PenggunaanBoleh digunakan hanya selepas direndamBoleh digunakan sama ada selepas direndam atau tanpa direndam (mentah)
Asal usulBerasal dari Indian dan negara-negara MediterraneanBerasal dari Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala
HargaMurahMahal
RasaMempunyai sedikit rasaTidak mempunyai apa-apa rasa (tasteless)

Khasiat biji selasih

Terdapat banyak khasiat biji selasih kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:

1. Membantu menurunkan berat badan

Kandungan seperti asid alfa-linolenik (ALA) yang tinggi dalam biji selasih boleh membantu dalam meningkatkan metabolisme pembakaran lemak dalam badan.

Ia juga penuh dengan serat bagi memastikan perut anda kenyang lebih lama.

Anda boleh menambah biji ini ke dalam mangkuk yogurt atau taburkan sedikit dalam salad buah sebagai snek sebelum makan berat untuk mengawal selera makan.

2. Mengurangkan panas dalam

Sesetengah negara Asia seperti Thailand dan Malaysia menggunakan bijian ini dalam pelbagai jenis minuman untuk menyejukkan badan.

Ia dikatakan adalah salah satu dari agen penyejuk badan terbaik kerana mampu merendahkan haba dalam badan.

3. Mengawal paras gula dalam darah

Selain itu, bijian ini terbukti mempunyai potensi anti-diabetes yang terkenal kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Justeru, sekiranya ia kerap diberikan kepada pesakit kencing manis sejurus sebelum makan, ia mampu untuk menghalang lonjakan paras glukosa darah khususnya kepada pesakit diabetes jenis 2.

4. Melegakan sembelit

Biji selasih diketahui dapat menyahtoksin badan secara semula jadi dan mengawal pergerakan usus yang lancar.

Anda boleh minum segelas susu dengan beberapa biji selasih sebelum tidur selama beberapa hari untuk mencuci perut.

Faktanya, ia mengandungi sejenis minyak yang membantu dalam melegakan gas dari saluran gastrousus dan membantu masalah penghadaman.

5. Menjadikakn kulit dan rambut lebih sihat

Di samping itu, bijian ini juga boleh menyahtoksikkan badan secara semulajadi dan membersihkan sistem dalaman kita.

Hal ini bagus untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan sempurna dan menghilangkan jerawat atau masalah kulit yang lain.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri anti-mikrob dan anti-kulat untuk melindungi diri daripada jangkitan kulit khususnya ekzema dan psoriasis. 

Bagi anda yang sedang menghadapi masalah rambut gugur dan berkelemumur, bijian ini mungkin boleh membantu anda.

Hanya campurkan sahaja minyak rambut yang biasa digunakan dengan serbuk biji selasih. Kemudian urut kulit kelapa dan biarkan ia semalaman untuk mendapatkan hasil rambut yang sihat dan kuat.

6. Merawat batuk dan selsema

Biji selasih diketahui mempunyai sifat antispasmodik yang bermanfaat untuk rawatan masalah batuk dan selsema biasa.

7. Merawat masalah pedih ulu hati

Minum rendaman biji selasih membantu melindungi lapisan perut dari masalah pedih ulu hari kerana ia akan meneutralkan kesan asid HCL dalam badan dan memberi kelegaan.

8. Mengurangkan tekanan dan anxiety

Bijian ini kaya dengan flavonoid, tannin, dan terpenoid yang dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah tekanan dan anxiety.

Cara buat air sirap selasih

Bancuh sirap kordial lebih kurang suku saparuh cawan dengan sedikit air. Kalau kurang manis, anda boleh tambah lagi kordial.

Masukkan beberapa kuib ais ke dalam gelas. Tambahkan biji selasih yang sudah direndam dan kembang. Kacau sehingga sebati dan anda boleh nikmatinya.

Minuman ini pun sesuai dihidangkan kepada tetamu ketika Hari Raya nanti. Memang sedap dan menghilangkan haus!

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai khasiat biji selasih ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Fascinating Benefits and Uses of Basil Seeds. Healthline
  2. Basil Seeds Vs Chia Seeds — 8 Ways of Comparison. Healthy & Hygiene
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut