Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD ~ Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini menawarkan 2 biasiswa yang boleh dipohon iaitu Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT).

Dua biasiswa ini ditawarkan khas buat pelajar PhD yang sedang menyambung pengajian di UMT.

Baca Juga : Tawaran Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi kedua-dua biasiswa ini adalah pada 24 Mei 2022.

Objektif Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT

Kedua-dua biasiswa ini ditawarkan bagi memenuhi objektif seperti berikut :

  • Membiayai pelajar PhD yang berkelayakan, berminat dan berpotensi  cemerlang dalam pengajian.
  • Meningkatkan  semangat dan daya saing di kalangan pelajar semasa mengikuti pengajian di UMT.
  • Meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan UMT.
Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022

Manfaat Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT

Penerima biasiswa bakal nikmati kemudahan tertentu yang disenaraikan seperti berikut :

i) Biasiswa Tuanku Canselor (BTC)

  • Penajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).
  • Penajaan yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).
  • Elaun bulanan sebanyak RM2,300.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).

ii) Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT)

  • Penajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).
  • Penajaan  yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).
  • Elaun Bulanan sebanyak RM1,600.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

i) Oceanography and Marine Science

  • Marine Ecosystem Health and Management
  • Physical and Geological Oceanography
  • Maritime Studies
  • Satellite Oceanography and Remote Sensing
  • Biological Oceanography
  • Chemical Oceanography

ii) Aquaculture

  • Breeding Technology
  • Aquaculture Biotechnology
  • Aquaculture Nutrition of Aquatic Organisms
  • Aquatic Animal Health
  • Soil and Water Quality
  • Aquaculture Engineering

iii) Marine Biotechnology

  • Genomic
  • Drug Discovery
  • Proteomic

iv) Sustainable Environment

  • Applied Informatics
  • Environmental Studies
  • Renewable Energy
  • Natural Resource Valuation and Management
  • Biodiversity And Conservation

v) Food Security

  • Livestock
  • Fishery Resources Management
  • Food Science and Product
  • Post Harvest
  • Crop Production

vi) Socio-Economic Development

  • Sustainable Tourism
  • Island and Peripheral Community
  • Sustainable Natural Resources
  • Human Resource Development

Syarat Permohonan

Calon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar sedang mengikuti Program Doktor Falsafah (PhD) di UMT mod  penyelidikan secara sepenuh masa pada tahun pertama pengajian;
  • Pelajar berstatus aktif.
  • Tidak menerima sebarang gaji atau elaun atau lain-lain bayaran daripada mana-mana institusi dalam tempoh tajaan.
  • Tidak menerima sebarang bantuan/biasiswa daripada mana-mana penaja dalam tempoh penajaan bagi tujuan pengajian Doktor Falsafah (PhD).
  • Bidang pengajian dan penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam niche area UMT.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) BTC

  • Lepasan Sarjana (struktur penyelidikan)
  • Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan
  • CGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama).
  • Lepasan Sarjana (struktur kerja kursus)
  • Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan
  • CGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); dan
  • CGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama)

ii) BUMT

  • Lepasan Sarjana (struktur penyelidikan)
  • Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan
  • CGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama).
  • Lepasan Sarjana (struktur kerja kursus)
  • Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/”corresponding author”; dan
  • CGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); dan
  • CGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama)

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan melalui langkah-langkah seperti berikut :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1KK58p4-TudMXIwrWI9_KJtlyP_GV6bY8.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan ke Pusat Pengurusan Siswazah sebelum 24 Mei 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT, sila hubungi Puan Aizan di talian 09-6684393 atau email ke [email protected].

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut