Sukacita dimaklumkan bahawa Program Bantuan Biasiswa Pendidikan Senheng (SEA) kini dibuka buat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master).
Program yang diwujudkan oleh Senheng Education Assistance (SEA) diwujudkan bagi membantu para pelajar di Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Penerima Bantuan Pendidikan Senheng berpeluang untuk memperoleh bantuan sebanyak RM 20,000 dan akan diambil bekerja oleh Senheng selepas tamat pengajian.
Bagi pelajar yang berminat untuk memohon bantuan ini, sila ikuti perkongsian kami di bawah.
Baca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda
Tarikh Tutup Permohonan
Calon perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Julai 2022.
Kelebihan Bantuan Pendidikan Senheng (SEA)
Antara manfaat yang bakal dinikmati penerima Bantuan Pendidikan Senheng adalah :
- Bantuan pendidikan bernilai RM 20,000
- Peluang bekerja bersama Senheng selama 3 tahun selepas tamat pengajian.
- Tawaran bekerja sebagai pelatih di Senheng semasa cuti semester.
Syarat Kelayakan
Calon yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Pemohon perlulah berumur tidak melebihi 25 tahun
- Calon mestilah memiliki rekod akademik yang baik
- Pemohon perlulah menunjukkan pencapaian yang baik dalam aktiviti korikulum tambahan dan/atau penyertaan dalam aktiviti sukarelawan.
- Pendapatan tahunan isi rumah pemohon mestilah tidak melebihi RM 50,000.
- Pemohon perlulah memilih kursus pengajian serta Institut Pengajian yang telah dihadkan oleh Senheng seperti yang disenarakan dalam borang permohonan.
Cara Mohon Biasiswa Pendidikan Senheng
Calon yang berminat untuk memohon boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :
https://sys.senheng.com.my/educationassistance_apply/
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga diminta untuk kemukakan dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :
- Sijil SPM dan Pra-Universiti /Diploma (untuk pemohon Ijazah Sarjana Muda) dan Ijazah (untuk pemohon Sarjana).
- Salinan kad pengenalan pemohon bahagian depan dan belakang.
- Sebarang dokumen sokongan, sijil pencapaian, dan surat pengesyoran yang boleh memberikan kelebihan kepada permohonan calon.
- Bukti pendapatan kedua ibu bapa.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Senheng, sila layari pautan berikut :