11 Barang ‘Wajib’ Dalam Beg Kecemasan Bencana – MetMalaysia

beg kecemasan bencana bug out bag
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

BEG KECEMASAN KETIKA BANJIR / BENCANA ALAM – PERSEDIAAN MUSIM TENGKUJUH 2024/2025 DI MALAYSIA

Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025. Dalam tempoh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.

Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem. Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Menjelang pada fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025, kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan. Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba. Namun begitu, keadaan diramalkan tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web https://www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber:
DR. MOHD HISHAM BIN MOHD ANIP
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
1 November 2024, 12:00 tengah hari

Beg Kecemasan Untuk Persediaan Bencana

Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.

Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.

Apakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.

Kalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.

Apa yang perlu ada dalam beg ini?

Ini yang disarankan oleh Malaysia Metrological Department :

  1. Beg Waterproof
  2. Lampu Suluh
  3. Document Case (Simpan semua dokumen asas yang penting)
  4. Emergency Kit
  5. Wisel
  6. Makanan Tahan Lama, contohnya:
    • Energy Bar
    • Biskut
    • Susu tepung anak
    • Makanan segera / dalam tin
  7. Mineral Water
  8. Power Bank & Phone
  9. Kit Kebersihan
  10. Mini Radio
  11. Sedikit Wang Saku
  12. 1 set pakaian

Jika anda masih sempat menyelamatkan barang untuk ke tempat selamat, anda juga boleh menyediakan barang lain ketika bencana :

  • Emergency blanket
  • Emergency Glow Stick
  • Multipurpose Knife

Anda juga boleh rujuk senarai di bawah ini:

Difahamkan bahawa senarai ini dibuat oleh Md Nor Fahmy sebagai panduan menyediakan beg kecemasan menghadapi bencana.

Beliau memang selalu masuk hutan, banyak pengalaman persediaan yang sepatutnya.

Rasanya ini dah cukup untuk bertahan selama 48 jam sebelum bantuan datang.

Boleh beli siap-siap sebab bencana ini datang diluar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan.

Semoga kita sentiasa dilindungi.

Sila rujuk perkongsian di bawah untuk contoh penyediaan beg kecemasan ini.

Baca juga:

Tips & Contoh Persediaan Beg Kecemasan (Bug Out Bag)

BERIKUT DIKONGSIKAN SEBUAH CORETAN DI FACEBOOK OLEH SAUDARA Wan Ab Aziz YANG MENGISAHKAN PENGALAMAN & PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN BEG KECEMASAN MENGHADAPI BENCANA.

Masih belum lewat untuk mula Bug Out Bag.

Saya pernah buat perkongsian beberapa tahun lepas berkenaan dengan apa yang ada dalam beg kecemasan yang ada di rumah kami.

Beg kecemasan ni isinya bukannya untuk seminggu dua ya, tapi untuk digunakan dalam 2-3 hari bila berlaku bencana seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya sebelum bantuan tiba.

Kali ni saya letakkan dalam bentuk gambar supaya mudah untuk dijadikan rujukan.

Adalah penting untuk sediakan beg yang sesuai, tidak kecil tapi tidaklah sampai sukar untuk dibawa semasa kecemasan.

Sebaiknya beg sandang, jangan sesekali beg tarik ya. Sila tulis nama, dan sedikit maklumat ringkas di beg.

Kalau tidak menyusahkan, sebaiknya sediakan satu beg bagi satu orang (yang boleh angkat beg la).

Isi Beg

(Sila sediakan mengikut kesesuaian diri dan tempat. Senarai di bawah adalah mengikut kesesuaian di tempat sejuk)

  1. Air (jangan terlalu banyak sebab berat)
  2. Sedikit makanan yang tahan lama
  3. Tandas segera (ada dijual di Daiso / kedai-kedai online)
  4. Kit kecemasan dan ubat-ubatan
  5. Pelitup muka
  6. Bagi wanita, tuala wanita
  7. Tisu basah, tisu tandas
  8. Bagi kawasan sejuk, sediakan juga pemanas mudah alih, Jepun panggil KAIRO
  9. Bekas untuk isi air (saya punya dalam bentuk plastik boleh lipat)
  10. Plastik wrap
  11. Lapik plastik (pelbagai guna ni)
  12. Baju hujan
  13. Selimut kecemasan
  14. Sejadah
  15. Pisau serbaguna (saya guna Swiss Army)
  16. Lilin dan mancis
  17. Wisel
  18. Tape pelekat
  19. Tali
  20. Sarung tangan
  21. Bateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)
  22. Radio
  23. Lampu suluh (yang saya punya dah sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)
  24. Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)
  25. *Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang)

Rujuk gambar di bawah:

Beg kecemasan saya ni saiznya tak besar mana.
Sekadar keperluan untuk 2~3 hari sahaja.

Pastikan tulis nama ya
Makanan yang dicadangkan adalah makanan seperti beras alpha, sedikit makanan dalam tin, gula-gula dan sebagainya
Air minum, mudah cerita air mineral botol la….
Tandas segera, tuala wanita, kit kecemasan, ubat-ubatan, berus gigi (ubat gig sekali la), tisu basah pelitup muka
Tisu tandas, plastik lapik, sejadah, bekas isi air, baju hujan, selimut kecemasan, plastik wrap dan sebagainya
Lilin, mancis, pisau serbaguna, tali, tape plastik, sarung tangan, lampu, radio, pengecas, bateri, wayar, wisel
Maklumat ringkas (nama, alamt, nombor telefon, jenis darah, hospital, alergi dan sebagainya)

Diharap post ini dapat membantu bagi mereka yang mahu menyediakan beg kecemasan sendiri.

Sumber: Wan Ab Aziz

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut