NOTIS BSN : SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 SECARA TUNAI / PENGKREDITAN KE AKAUN BANK
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 7 November 2023 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Bagi bayaran tunai juga, BSN telah mengumumkan bahawa ia akan turut dilakukan mulai 7 November 2023 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN.
Berikut dikongsikan cara penebusan tunai BKM di kaunter BSN bagi penerima yang layak.
Tarikh Bayaran Tunai STR Di Kaunter BSN
Tarikh penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kaunter BSN sama ada secara tunai atau melalui akaun bank adalah bermula pada 7 November 2023 (Selasa).
Untuk pelanggan yang sudah membuka akaun bank, status pembayaran anda boleh disemak melalui saluran berikut:
- Perbankan internet myBSN (https://www.mybsn.com.my/)
- Mesin ATM
Manakala bagi pelanggan yang belum membuka akaun bank atau memilih pembayaran secara tunai, status pembayaran anda adalah seperti berikut:
- Pembayaran secara tunai dilaksanakan di Cawangan BSN seluruh negara mulai 7 November 2023
- Sila semak maklumat anda melalui kod QR di bawah atau terus ke pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk makluman, penerima tunai adalah individu yang:
- Tiada akaun bank
- Gagal kredit
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian STR di BSN.
Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai STR.
Berikut langkah membuat semakan status BKM:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.
Jumlah Pembayaran BKM Bagi Setiap Kategori
Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Baca juga:
- Lupa Kata Laluan STR, Ini Cara Dapatkan Semula Password
- Login STR : Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah Fasa 4
Maklumat Lanjut
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran STR melalui Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah 2023
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565