Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Bujang & Isi Rumah (Dipercepatkan Kepada Februari)

bayaran bpr fasa 1
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Difahamkan mulai 22 Februari 2021, ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 (BSN).

Untuk makluman, bayaran BPR Fasa Pertama ini akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Terkini satu kenyataan rasmi telah dibuat di portal rasmi BPR di mana pembayaran akan dibuat bermula 24 Februari.

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

Jika anda telah memohon ataupun merupakan penerima BSH dan BPN sebelum ini, anda bolehlah membuat semakan melalui langkah di bawah:

Semakan Status Permohonan BPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Kaedah bayaran

Seperti BSH dan BPN sebelum ini, kaedah bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan.

Pembayaran tunai pula akan dilakukan melalui kaunter BSN mengikut tarikh yang akan diberitahu secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

bayaran bpr fasa 1

Kadar Bayaran BPR Fasa 1

Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Februari 2021
  • Fasa 2 – September / Oktober 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500
    • 1 orang anak RM1,200
    • 2 orang anak atau lebih RM1,800
  2. Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 – RM4,000
    • 1 orang anak RM800
    • 2 orang anak atau lebih RM1,200
  3. Bujang berpendapatan bawah RM2,500
    • 21 tahun ke atas RM350

Baca juga: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan

Maklumat Lanjut Tentang Bayaran BPR Fasa 1

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  3. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut