Baucar Buku Guru MADANI 2025 – Semakan & Penebusan

baucar buku guru
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baucar Buku MADANI 2025 kini boleh disemak dan ditebus oleh golongan yang layak, termasuk lebih 400,000 guru di seluruh negara.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk menggalakkan budaya membaca serta menyokong keperluan pendidikan rakyat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang baucar buku yang diumumkan.

Baca juga: Pas MyTourist: Jenis Pas & Diskaun Yang Ditawark

Pengenalan Baucar Buku Kerajaan MADANI 2025

Baucar Buku Kerajaan MADANI 2025 merupakan inisiatif terbaharu kerajaan yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, program ini telah diperluaskan bukan sahaja kepada pelajar institusi pengajian tinggi, malah melibatkan lebih 400,000 guru di seluruh negara.

Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh akses kepada ilmu pengetahuan, memperkasa pendidikan, serta menghargai peranan penting golongan pendidik dalam memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.

Baucar ini boleh digunakan untuk membeli bahan bacaan seperti buku ilmiah, novel, majalah pendidikan dan lain-lain keperluan pembelajaran di kedai buku terpilih.

Ia juga merupakan kesinambungan kepada usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang cintakan ilmu dan berdaya saing dalam bidang pendidikan dan literasi.

@japentv

Brek! | Inisiatif Baucar Buku untuk Guru: Hadiah Penuh Makna, Inspirasi Tanpa Henti! 😍✨ 📚 Inisiatif pemberian baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru untuk tahun ini. 📖 Usaha itu sebagai langkah berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar sekolah dan universiti. 📌 Golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca. #MalaysiaMADANI #TaatSetia #JabatanPenerangan

♬ original sound – japentv – japentv

Baucar Buku Guru 2025

Pada tahun 2025, kerajaan melalui inisiatif Baucar Buku MADANI telah meluaskan pemberian baucar buku kepada lebih 400,000 orang guru di seluruh negara.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Menurut Perdana Menteri, pemberian baucar buku ini adalah langkah berterusan Kerajaan MADANI untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar sekolah dan universiti.

Golongan guru dipilih kerana mereka memikul tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.

Beliau turut menyatakan bahawa, “Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru. Tahun depan kita tengok dulu keadaan ekonomi sebab kita sedang bertarung dengan tarif Amerika Syarikat,” sebagai respon terhadap komitmen jangka panjang kerajaan dalam program seumpama ini, bergantung kepada kedudukan ekonomi semasa negara.

Pemberian Baucar Buku Guru 2025 ini jelas menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap jasa para pendidik dan usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berilmu dan cintakan budaya membaca.

Kredit: Youtube Anwar Ibrahim

Cara Semakan & Penebusan Baucar Buku Guru 2025

TATACARA PENEBUSAN BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025

LANGKAH 1 -Pendaftaran dan Pengesahan Maklumat:
i. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mendaftar di portal Book Capital (https://mall.bookcapital.com.my) dan baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang layak.

baucar buku guru 2025

LANGKAH 2 – Pembelian:
i. PPP wajib memilih sekurang-kurangnya satu judul dari “Judul Khas Baucar Buku Guru”. Setelah itu, PPP boleh memilih buku daripada kategori lain di portal Book Capital.
ii. Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja dan mesti dihabiskan dalam satu transaksi.
iii. Sekiranya jumlah pembelian melebihi nilai baucar, bayaran tambahan boleh dibuat melalui perbankan dalam talian.

LANGKAH 3 – Pemprosesan oleh Penjual:
i. Penjual menerima notifikasi pesanan. Penjual diberi masa tiga (3) hari bagi mengesahkan pesanan dan enam (6) hari bagi membungkus pesanan untuk diserahkan kepada kurier.

LANGKAH 4 – Penghantaran oleh Kurier:
i. Kurier akan menghantar pesanan ke alamat penghantaran yang didaftarkan.

LANGKAH 5 – Penerimaan Pesanan:
i. Proses pesanan PPP selesai dan status pesanan bertukar ke ‘Finished’ jika tiada sebarang pertikaian dalam tempoh 5 hari selepas pesanan dihantar.

Baca juga: Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025 – Semakan & Penebusan

baucar buku guru 2025

Cara Pendaftaran Akaun Di Book Capital

Sila rujuk panduan di bawah untuk mendaftar akaun di Book Capital:

  1. Pendaftaran menggunakan e-mel DELIMa – Sila layari https://mall.bookcapital.com.my. Halaman utama yang akan dipaparkan adalah seperti dalam infografik di bawah.
  2. Klik butang ‘Login/Signup’ di sudut atas kanan kemudian klik butang ‘Register Now’.
  3. Klik butang ‘Sing Up with DELIMa Account’ seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah.
  4. Masukkan e-mel DELIMa anda, kemudian tekan butang ‘Next’.
  5. Masukkan kata laluan anda, kemudian tekan butang ‘Next’.
  6. Setelah pendaftaran selesai, anda akan dibawa ke halaman utama Book Capital. Anda akan lihat nilai e-baucar RM100 pada dashboard anda di Book Capital.
baucar buku madani 2025
baucar buku madani 2025
baucar buku madani 2025
baucar buku madani 2025

Cara Pembelian Buku Di Book Capital

Setelah berjaya mendaftar akaun, anda kini boleh membuat pembelian menggunakan baucar yang telah anda terima.

Sila rujuk panduan di bawah:

Buku-buku boleh ditambah ke dalam troli.

Selepas buku ditambah ke troli, mesej pengesahan akan muncul di menu pada penjuru kanan atas, dan kuantiti pada ikon troli akan dikemas kini.

baucar buku madani 2025

PENTING : Anda wajib memilih sekurang-kurang satu judul daripada kategori khas ‘JUDUL KHAS BAUCAR BUKU GURU’ dan klik masuk ke troli. Setelah itu, anda boleh meneruskan pemilihan buku daripada mana-mana kategori di portal Book Capital.

baucar buku madani 2025

Semasa Checkout, klik butang “Use Book Voucher” seperti di bawah.

baucar buku madani 2025

Anda boleh menyemak jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan kemudian klik butang “Pay
Now”. Sistem akan membawa anda ke halaman gerbang pembayaran. Sekiranya jumlah
pembelian melebihi nilai e-baucar, anda harus menambah pembayaran dengan menggunakan
perbankan dalam talian.

baucar buku madani 2025

Setelah pembayaran selesai, anda akan dibawa ke halaman invois pesanan. Pada halaman ini,
anda boleh melihat butiran dan status terkini pesanan.

Muat turun panduan PDF :

Tempoh Penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025

Tempoh penebusan adalah 1 Julai – 30 September 2025 dan bermula pada jam 12.00 tengah hari ini. Anda boleh tebus di laman web Book Capital atau Bookcafe Kedai Buku Mesra Guru.

  • Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja
  • Mesti digunakan dan dihabiskan dalam satu transaksi sahaja
  • Sah untuk semua buku pilihan di Bookcafe
baucar buku guru madani 2025

Klik link untuk tebus: https://mall.bookcapital.com.my/…/43-PTS-BOOKCAFE-SDN-BHD

baucar buku guru madani 2025

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang LAYAK, tetapi TIADA DELIMa ID, laporkan kepada HELPDESK DELIMa di emel [email protected]

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Apakah Baucar Buku Guru Madani 2025?

Sebagai penghargaan kepada para pendidik negara, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perbadanan Kota Buku memperkenalkan Baucar Buku Guru Madani 2025.
Baucar bernilai RM100 ini boleh digunakan untuk pembelian pelbagai jenis buku berkualiti.

Inisiatif ini bukan sekadar pemberian insentif, tetapi dorongan untuk memperkasa budaya membaca dalam kalangan warga pendidik.

Berapa nilai Baucar Buku Guru Madani 2025?

Baucar ini bernilai RM100.

Bilakah tempoh penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025?

Tempoh penebusan adalah bermula 1 Julai (jam 12.00 tengah hari) sehingga 30 September 2025.

Bagaimana cara nak tebus Baucar Buku Guru Madani 2025?

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) hanya perlu mendaftar di portal Book Capital (https://mall.bookcapital.com.my) dan baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang layak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku Guru ini, sila ikuti laman web rasmi / Facebook PBAKL , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut