Senarai Barang Keperluan Camping Yang Wajib Disediakan

Aktiviti camping ataupun berkhemah adalah merupakan salah satu aktiviti popular yang diminati ramai orang. Ia mempunyai keseronokan dan cabarannya yang tersendiri. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama ahli keluarga termasuklah anak-anak. 

barang keperluan camping

Sekiranya anda merupakan individu yang baru pertama kali ingin mencuba aktiviti ini, anda boleh rujuk perkongsian di bawah mengenai barang keperluan camping yang wajib disediakan sebelum anda bertolak pergi ke tapak perkhemahan.

Jangan ambil mudah mengenai barang-barang yang disenaraikan tau, kerana ia boleh berkaitan dengan keselamatan diri anda. 

Jom baca!

20 Senarai Barang Keperluan Camping 

1. Peti Kecemasan (First Aid Kit)

Peti kecemasan adalah merupakan satu item yang terpenting perlu dibawa ketika anda hendak melakukan aktiviti berkhemah. Hal ini kerana, apabila berada di kawasan hutan, anda akan terdedah dengan pelbagai risiko bahaya yang boleh mengancam nyawa. 

Dengan adanya peti kecemasan, ia boleh menjadi alat pertolongan awal sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diinginkan. Anda boleh dapatkan peti kecemasan beserta isinya melalui Shopee ataupun klik saja gambar di bawah. 

First aid kit: https://shopee.com.my/alpro/523682111

2. Kompas 

Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih Sukar mendapat liputan Internet, ada baiknya  anda membawa kompas ataupun peta kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai rujukan apabila mencari jalan. Selain itu, kompas juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu menentukan arah kiblat. 

Kompas: https://shopee.com.my/3cworld/15782922635

3. Lampu Suluh

Jangan sesekali terlupa membawa lampu suluh walaupun anda tidak bercadang untuk ke mana-mana pada waktu malam dan hanya duduk di tapak perkhemahan.

Lampu suluh adalah merupakan barang asas yang anda wajib bawa. Hal ini kerana, anda pasti akan memerlukan nya kelak kerana bisanya di tapak perkhemahan tiada bekalan elektrik ataupun lampu disediakan.

Lampu suluh: https://shopee.com.my/neworldmobile/8660215603

4. Pisau Lipat

Pisau lipat mempunyai banyak kegunaan apabila berada di dalam hutan kelak. Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, membuat khemah, memotong tali dan sebagainya. Dengan saiznya yang kecil, ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta selamat untuk disimpan kerana boleh dilipat/ditutup. 

Pisau lipat: https://shopee.com.my/little_gadgets/18869765146

5. Tali

Tali juga merupakan salah satu item penting ketika anda ingin memasuki hutan. Ia mempunyai banyak kegunaan diantaranya ialah untuk membuat khemah, membuat tripod untuk memasak air, membuat sidaian baju, menanda jalan, mengikat sesuatu dan sebagainya. 

Tali: https://shopee.com.my/vidivelocity/7176537994

6. Pemetik Api 

Pastikan juga anda membawa pemetik api untuk menghidupkan api terutamanya pada waktu malam bagi menerangi kawasan tapak perkhemahan serta menghalang binatang buas menghampiri kawasan khemah anda. Biasanya orang juga menggunakan mancis namun sekiranya anda mempunyai pemetik api, itu lebih baik. 

Pemetik api: https://shopee.com.my/bershark/20540197715

7. Powerbank

Apabila berada di kawasan hutan,  anda tidak akan  mendapat  bekalan elektrik. Oleh itu, pastikan anda membawa powerbank untuk mengecas telefon ataupun kamera anda.

Powerbank Pineng ni macam okay jugak. Boleh tahan lama sekiranya penggunaan tidak kerap. Anda perlu menggunakannya dengan berhemah agar cas powerbank anda tidak kehabisan di tengah hutan. 

Powerbank: https://shopee.com.my/mall4you.my/2080183798

8. Sleeping Bag Kalis Air

Untuk mendapatkan keselesaan semasa tidur, pastikan anda membawa sleeping bag. Sebaiknya pilih sleeping bag yang kalis air. Selain itu, sleeping bag juga akan membantu menghindar gigitan serangga semasa tidur kerana ia akan meliputi seluruh badan badan. 

Sleeping bag: https://shopee.com.my/vidivelocity/8209691329

9. Camping Mat Ultralight (Kalis Air)

Camping mat biasanya digunakan sebagai alas di dalam khemah ataupun alas tempat duduk di luar khemah. Ia juga mempunyai kegunaan yang lain seperti untuk menutup barang-barang semasa hujan kerana ia mempunyai ciri-ciri kalis air. Pilih camping mat yang boleh dilipat dengan mudah agar tidak mengambil ruang yang banyak. 

Camping Mat: https://shopee.com.my/jdex.os/15313668602

10. Khemah

Tidak jadilah misi perkhemahan anda sekiranya anda terlupa membawa khemah melainkan pihak kawasan tapak perkhemahan tersebut ada menyediakan khemah.

Antara ciri-ciri khemah yang anda perlu pertimbangkan sebelum membelinya ialah, kalis air, ruang khemah muat berapa orang, kestabilan khemah, bahan khemah diperbuat daripada apa serta kelebihan dimiliki. Sekiranya anda inginkan khemah yang besar, anda boleh cuba khemah unta atau camel tent ini. 

Khemah Unta: https://shopee.com.my/magic__pocket/7854907768

11. Insect/Mosquito Repellent

Penyembur serangga ataupun nyamuk  merupakan item yang sangat berguna terutamanya apabila anda berkhemah jauh di dalam hutan. Ia mampu membantu untuk melindungi kulit anda daripada digigit serangga ataupun nyamuk. 

Mosquito repellent: https://shopee.com.my/chomel.os/15326739874

12. Kipas Kecil

Biasanya suasana di dalam khemah sangat panas terutamanya apabila waktu siang. Oleh itu, kipas kecil dan ‘portable’ adalah sangat berguna untuk memberi anda keselesaan walaupun sedang berkhemah. 

Kipas portable: https://shopee.com.my/momokoconceptstore/2478643

13. Selipar

Bawa selipar bagi memudahkan anda untuk pergi ke tandas awam yang sediakan. Beli yang murah-murah sahaja, yang kalau hilang pun anda rasa tak apa. Di Shopee ada banyak pilihan selipar dengan harga dibawah RM10. 

Selipar: https://shopee.com.my/eeproshoes/17603308441

14. Tisu Basah

Kawasan tapak perkhemahan biasanya sukar sangat nak dapatkan air melainkan berdekatan dengan tepi sungai. Jadi, anda jangan lupa bawa tisu basah. Bolehlah buat lap tangan, kotoran dan sebagainya. Nak buat lap lepas buang air kalau terdesak pun boleh. 

Tisu basah: https://shopee.com.my/jayatechonline/8049235488

15. Camping Stove

Dengan saiznya yang kecil, camping stove ini memang sangat berguna sekali apabila dibawa pergi berkhemah. Anda boleh masak seperti biasa menggunakan stove ini. Tak perlulah tunggu lama untuk makan  berbanding masak atas unggun api. 

Camping stove: https://shopee.com.my/ktware/1684092843

16. Cawan Lipat (Folding Cup)

Cawan lipat ini amat mudah digunakan serta tidak makan ruang yang banyak dan stabil. Diperbuat daripada plastik, cawan ini memang tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ia boleh digunakan untuk air panas dan juga air sejuk. 

Cawan lipat: https://shopee.com.my/supermum.my/21231864225

17. Mess Tin

Mess Tin ni bentuknya macam bekas makanan tetapi diperbuat daripada besi. Ia boleh digunakan untuk masak nasi, panas lauk, panas air dan sebagainya. Memang praktikal sangat dan wajib bawa!

Mess tin: https://shopee.com.my/utanking/4032421389

18. Cooler Box 

Sekiranya ada membawa bahan makanan, sebaiknya letakkan di dalam cooler box agar makan tersebut tahan lama. Anda boleh pilih cooler box yang ada roda untuk memudahkan anda mengalihkannya ke mana sahaja. 

Cooler box: https://shopee.com.my/kk_smartbuy/2947552542

19. Plastik Sampah

Jangan buat-buat lupa pula bawa plastik sampah. Masukkan item ini ke dalam senarai barang keperluan camping agar anda tidak lupa.

Pastikan segala sampah anda dimasukkan ke dalam plastik sampah dan ikat elok-elok apabila selesai berkhemah. Beli plastik sampah macam dekat bawah ni pun dah okay.  

Plastik sampah: https://shopee.com.my/novscor.co/8461625120

20. Makanan Tin 

Bgai menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak, anda boleh bawa beberapa tin makanan tin untuk dimakan sepanjang berkhemah. Makanan tin boleh dipanaskan terlebih dahulu atau, tidak dipanaskan pun boleh sahaja terus dimakan. 

Makanan tin: https://shopee.com.my/kfminimart/2815683773

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!