PERMOHONAN BAHARU BANTUAN TUNAI UNTUK RAKYAT – SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 KINI DIBUKA
Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini data bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2023.
“Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian,” menurut MoF.
Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
MOF berkata, data penerima STR fasa satu akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, selain data daripada beberapa agensi kerajaan akan disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.
“Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia,”
Bagi yang belum memohon, berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan baru bagi bantuan ini.
Apakah Itu Bantuan Tunai Rahmah?
STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.
Bantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini?
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : SITUASI YANG MEMERLUKAN PENGEMUKAAN BORANG PERMOHONAN STR KE PEJABAT LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Jumlah Bayaran STR Setiap Fasa
TERKINI :
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diagihkan awal bulan April sebelum sambutan Aidilfitri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
Berikut adalah jumlah bayaran tambahan yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :
Kategori Penerima | Pendapatan | Bil. Anak | Bayaran 1 Jul-23 | Bayaran 2 Ogos-23 | Bayaran 3 Sept-23 | Bayaran 4 Okt-23 | Bayaran 5 Nov-23 | Bayaran 6 Dis-23 | **Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023 (RM) | Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023 (RM) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
* Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur (Tambahan RM600) | ≤ PGK Miskin Tegar RM1,169 | 0 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 1,600 |
1-2 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 2,100 | ||
3-4 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 2,600 | ||
≥ 5 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 100 | 600 | 3,100 |
Nota:
- Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
- Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
Cara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
Muat Turun Borang Manual
- Borang Permohonan STR 2023
- Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR 2023
- Borang Serahan Dokumen Sokongan STR 2023
- Borang Pembatalan Permohonan STR 2023
Rujuk panduan kemaskini STR : STR 2023 : Panduan Kemaskini Maklumat Pemohon
Baca juga:
- Diskaun PTPTN 20% – Belanjawan Madani 2023
- Ujian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing – Bajet 2023
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Panduan Pengguna
- Permohonan Baharu STR
- Kemas Kini Permohonan STR
- Daftar Akaun MySTR
- Peti Mel MySTR
- Maklum Balas STR
- Status Bayaran STR
SOALAN LAZIM: