Bantuan Sara Hidup (BSH) ATM 2024: Permohonan & Semakan Bayaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan bermula September nanti, sama seperti yang diberikan kepada yang berumur 80 tahun sebelum ini.

Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Sara Hidup adalah bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada Veteran ATM dan orang tanggungan yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Bantuan Sara Hidup dibahagikan kepada 3 Skim:

  • Bantuan Sara Hidup 1 – Permohonan biasa
  • Bantuan Sara Hidup 2 – Perluasan Bantuan Sara Hidup Tahun 2023
  • Bantuan Sara Hidup 3 – Pemanjangan Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman semua.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen

Kerajaan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan telah diumumkan bagi Veteran Tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini.

Ia bakal memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, perkara berkaitan penambahbaikan dan kebajikan anggota penjawat awam terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam akan dibincangkan oleh JKK-PPA meliputi aspek saraan, pembangunan organisai dan pengurusan bakat bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.

Bantuan Sara Hidup

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya. 

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)

Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023.

Terkini, dimaklumkan bahawa tarikh bayaran pertama adalah bermula pada 19 September 2023 secara berperingkat.

Tarikh bayaran ditetapkan pada 15 haribulan setiap bulan, dan jadual akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kadar bantuan

RM300 sebulan

Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 ke RM500 sebulan bagi yang layak.

Sumber: Buletin TV3

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Berikut merupakan syarat umum kelayakan Bantuan Sara Hidup ATM:

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
    * Tanpa mengira tempoh khidmat.
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup bagi Skim 1, 2 dan 3 yang telah ditetapkan oleh kerajaan:

Bantuan-Sara-Hidup-ATM-1
syarat-Bantuan-Sara-Hidup-ATM
Bantuan-Sara-Hidup-2024

Sebarang pertanyaan sila hubungi hotline JHEV : +03-2050 8000

Dapatkan Waterproof Bed Sheet Mattress Protector dengan harga serendah RM15.00 sahaja di Shopee – selesa, kalis air dan boleh dibasuh.

Cara Memohon

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut: Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar.  Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Semakan Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)

Semakan penyata dan bayaran pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.

Adalah dimaklumkan bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.

PELAKSANAAN GO-LIVE PORTAL VIBES 2.0 UNTUK PESARA PENCEN JHEV / VETERAN ATM

bantuan sara hidup veteran atm vibes

Cara Pendaftaran

  1. Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  3. Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

Rujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:

I) VETERAN ATM / WARIS

pencen atm JHEV

II) PENGGUNA DALAMAN

pencen atm JHEV

III) SYARIKAT

pencen atm JHEV

Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2022

Video Tutorial

Sumber: JHEV ATM

Pelbagai barangan berharga RM0.50 sahaja sempena hari gaji di Shopee!

Maklumat Lanjut

Daftar dan kemas kini maklumat Veteran ATM di VIBES 2.0 sekarang:

https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BSH, sila hubungi 03-2697 6600 / 03-2050 8000 atau menghadirkan diri ke alamat di bawah:

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur,
Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut