BANTUAN ONE OFF PENJAJA ,PENIAGA KECIL DAN PASAR AWAM BERLESEN DI BAWAH MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)
Pada 2 Jun 2021, yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pandemik Covid 19.
Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off untuk penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan bantuan berjumlah RM300 bagi setiap pemegang lesen.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.
Tujuan Bantuan Peniaga, Penjaja Kecil & Pasar Awam Berlesen MBI
Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.
Baca juga: GKP 4.0 : Bantuan RM1,000 Bagi PKS & Tarikh Bayaran
Syarat Kelayakan Umum
Semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh layak memohon dan boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI.
Tarikh Permohonan & Semakan
Semakan dan permohonan boleh dibuat bermula 7 Ogos 2021 (Sabtu) sehingga 30 September 2021.
Baca juga: Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan (Penjawat Awam)
Cara Permohonan Bantuan Peniaga Kecil, Penjaja & Pasar Awam MBI
Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan iaitu Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.
Semua permohonan perlu mempunyai sijil penjaja dan pasar dsripada MBI (tidak perlu sijil SSM).
Lesen penjaja adalah untuk semua kategori lesen seperti medan selera, lesen penjaja bergerak, pasar malam, pasar pagi, tapak penjaja, pasar pagi FAMA, memory lane dan sebagainya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 05-2058047 (Waktu pejabat sahaja).
https://www.mbi.gov.my/perniagaan/bantuan-One-penjaja-dan-peniaga-kecil