Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced

Sukacita dimaklumkan bahawa UMP Advanced di bawah kelolaan Universiti Malaysia Pahang kini menawarkan bantuan zakat buat pelajar yang berkelayakan.

Tujuan zakat ini disalurkan adalah bagi mengurangkan beban para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan zakat yang ditawarkan.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022

Tarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced

Permohonan bagi Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced dibuka sehingga 31 Disember 2022

Bantuan zakat ini terbuka kepada pelajar UMP bagi :

  • Peringkat Asasi
  • Peringkat Diploma PUPW/MUST
  • Kemasukan Khas
Zakat Pelajar UMP Advanced

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar berstatus aktif
  • Pendapatan isi rumah keluarga dalam kategori B40
  • Pelajar yang kehilangan ibu bapa atau kedua-duanya bakal diberikan keutamaan dalam penerimaan zakat.
  • Pemohon/ibu/bapa atau keduanya-duanya adalah tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) juga akan diberikan keutamaan.
  • Ibu/bapa atau kedua-duanya adalah penerima bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Dokumen Sokongan

  • Slip gaji bapa/penjaga yang disahkan oleh majikan**
  • Slip gaji ibu/penjaga yang disahkan oleh majikan**
  • Slip gaji bapa atau pengesahan pendapatan bapa yang bekerja sendiri atau tidak bekerja*
  • Slip gaji ibu atau pengesahan pendapatan bapa yang bekerja sendiri atau tidak bekerja*
  • Salinan sijil kematian ibu/bapa/penjaga yang berkaitan**
  • Salinan kad pesara ibu/bapa/penjaga (jika berkaitan)**
  • Salinan kad bantuan JKM ibu/bapa/penjaga (jika berkaitan)**
  • Dokumen sokongan lain (jika ada)**

Nota Penting :

  • Semua dokumen sokongan untuk perkara bertanda (*) wajib disahkan oleh Penghulu Kampung.
  • Perkara bertanda (**) wajib disahkan oleh pegawai yang berkelayakan (Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bantuan zakat secara atas talian dengan mengisi borang menerusi pautan di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UMP ADVANCED

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar UMP Advanced di talian berikut :

Puan Aslinda : 011- 2631 5610

Encik Navi : 019-600 7817

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!