PROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)
Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.
Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).
Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Apakah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?
Program BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuklah masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.
Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.
Baca juga:
- MyLesen GDL 2.0: Program Pemandu Kenderaan Perdagangan
- eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Mulai April 2022
Syarat Kelayakan
Calon yang terpilih diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu :
- warganegara Malaysia
- tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
- sihat tubuh badan dan mental
- tiada kecacatan fizikal
- tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.
Kadar Bayaran
Melalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar caj separuh harga dari harga asal untuk mengambil lesen memandu.
Pemohon yang layak bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.
Cara Permohonan
Setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.
Cara permohonan untuk menyertai program ini adalah melalui ADUN atau ahli parlimen kawasan masing-masing.
Orang ramai boleh menghubungi ketua kampung atau pihak MIROS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk maklumat lanjut.
Berikut adalah contoh program hebahan yang diadakan bersekali dengan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia baru-baru ini.
MAKLUMAT LANJUT
- Facebook MOT : Kementerian Pengangkutan Malaysia
- Facebook JPJ: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Telefon : 03-8000 8000
- E-mel: [email protected]
- Laman web rasmi JPJ: jpj.gov.my
*Sumber : Berita RTM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BERNAMA