TERKINI: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Insentif khas Kerajaan Negeri Johor, iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor telah diumumkan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor melaluis sebuah pengumuman khas hari ini, 14 April 2022.
Sejumlah RM144.36 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Kasih Bangsa Johor ini meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi dengan 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.
Berikut dikongsikan sepenuhnya senarai bantuan yang terlibat dalam insentif ini:
Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Berikut disenaraikan antara bantuan yang telah diumumkan dalam Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor pada 14 April 2022:
- Bantuan Beras Bangsa Johor
- Setiap Ketua Isi Rumah di Johor akan menerima 10kg beras
- Bantuan Pekerja Ekonomi GIG
- Bantuan RM300 Pemandu Teksi, e-Hailing, Penghantar makanan
- Bantuan Imarah Masjid & Surau
- RM500 Kepada Imam, Bilal, Noja, Kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran
- Bantuan khas Aidilfitri Fakir Miskin
- RM400: Golongan fakir
- RM300: Golongan miskin dan setiap tanggungan pula terima tambahan RM50
- Bantuan Pasangan Raja Sehari
- Bantuan RM1000 kepada pasangan yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah
- Program i-Berkat
- Bantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) berbentuk barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan serta barang keperluan pesakit kronik / terlantar
- Bantuan Pelancongan
- RM1000 untuk pemandu pelancong, pengusaha homestay dan pengusaha bot pelancongan
- Bantuan Pemandu Bas Awam & Bas Ekspres
- Bantuan RM300 bagi pemandu bas yang berdaftar dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
- Bantuan Keran Pesara
- Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
- Bantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor
- Bantuan Ketua Kampung
- Bantuan RM500 Kepada Ketua Kampung
- Biasiswa Bangsa Johor
- Pembelajaran secara percuma untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)
- Bantuan Mahasiswa IPTA /IPTS
- Skim Bantuan Pendaftaran Kemasukan ke IPTA / IPTS bagi Diploma (RM500) dan Ijazah Sarjana Muda (RM1000)
Sila rujuk senarai penuh Bantuan Kasih Bangsa Johor dalam lampiran di bawah:
Sumber: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz dan laman web rasmi Kerajaan Johor.
Baca juga:
- BKM Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Akan Diterima
- Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021
Semoga insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor khususnya.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang insentif Bantuan Kasih_Bangsa Johor 2022 boleh dilihat dan dimuat turun di https://www.johor.gov.my/
Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera dalam setiap jenis bantuan pada infografik.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri, Johor
Talian Am: +607 266 6070 / +607 266 6071
Faks: +607 290 9022 / +607 290 9955