PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK IBU TUNGGAL, WARGA EMAS, OKU, SURIRUMAH, PELAJAR DAN BAYI
Sistem iSejahtera merupakan sistem yang dibangunakan selaras dengan Hasrat kerajaan negeri untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang dan dapat diakses melalui pautan iSejahtera.
Sistem ini dimulakan dengan Program Penghargaan Warga Emas dan diperluas lagi untuk program-program kebajikan seperti berikut:
- a) Program Ibu Tunggal
- b) Program OKU
- c) Program Anak Emas
- d) Program Pelajar Emas
- e) Program Ibu Emas
- f) Program Bantuan One-off
Sistem ini digunakan oleh orang awam,Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang
Baca juga: Akaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tidak Bayar Nafkah
Jenis Bantuan iSejahtera 2022
Terdapat beberapa jenis program bantuan yang boleh dimohon bagi tahun 2022 iaitu:
- a) Program Warga Emas
- b) ProgramBantuanIbuTunggal
- c) ProgramKemiskinanAES
- d) Program Bantuan OKU
- e) Program Anak Emas
- f) Program Ibu Emas
Syarat Bantuan iSejahtera
Syarat-syarat permohonan:
1. PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
2. PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
3.Bercerai atau kematian suami
4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
5.Tidak berkahwin semula.
6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
4.Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
5.Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
6. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
7.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
3. PROGRAM SURI EMAS
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.
3.Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap
4.Wanita masih berumahtangga.
5.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Suami.
3.Salinan Sijil Perkahwinan.
4.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
4. PROGRAM BANTUAN OKU
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Menetap di Negeri Pulau Pinang.
3.Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan Kad Pendaftaran OKU.
4.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5. PROGRAM ANAK EMAS
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2.Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
3.Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Sijil Kelahiran anak.
2.Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
3.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
Cara Pendaftaran iSejahtera
Pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh mendaftar secara atas talian (online).
Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
Semakan Status
Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.
Jumlah Bantuan
BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
- Program Penghargaan Warga Emas : RM150
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
- Program Ibu Emas : RM100
- Program Bantuan OKU : RM150
BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
- Program Anak Emas : RM200
- Khairat Kematian : RM1,000
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Bayaran Fasa 2/2022 kepada penerima Program i-Sejahtera yang belum menerima bayaran bagi tahun 2022 dijangka akan bermula pada hujung bulan April 2022 dan selesai sepenuhnya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mengikut rekod, terdapat 31,818 orang pemohon yang belum mengemaskini maklumat akaun bank. Pada masa yang sama, bayaran tertunggak bagi tahun 2020 dan 2021 akan turut dipertimbangkan untuk dibayar pada Fasa Bayaran 2/2022 sekiranya pemohon membuat pengemaskinian maklumat akaun bank selewat-lewatnya sebelum 7 April 2022.
Pengemaskinian maklumat akaun bank boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui Sistem i-Sejahtera ataupun terus ke kaunter Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) atau ke Pejabat Daerah dengan mengemukakan salinan maklumat akaun bank yang masih aktif.
Pemohon yang mempunyai sebarang masalah berkaitan pengemaskinian maklumat akaun bank adalah dimohon untuk menghubungi Pusat Khidmat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) untuk meja bantuan.
Maklumat Pusat Khidmat boleh dirujuk melalui Portal i-Sejahtera pada bahagian ‘Hubungi Kami’.
Pautan Sistem i-Sejahtera : https://isejahtera.penang.gov.my/
Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2022
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf